BAB 6

Drama Completed 3683

Luluh hatiku melihatnya. Aku segera mengusap bagu Husna memberi kekuatan kepadanya. Aku nak dia tahu bahawa aku okay dan aku akan sentiasa setia disisinya walau apa jua keadaan.

“Sebenarnya pakcik, saya nak ambil diari emak dan beberapa barang peninggalan emak.”

“Tak guna kau nak ambil apa-apa, dah habis kosong semua dalam rumah tu aku bakar. Jadi kuman dan kudis saja menyemak rumah. Sudahlah sewa rumah sesen haram tak bayar ada hati kau nak tumpang simpan barang dalam rumah tu, apa kau ingat rumah tu stor korang? Sarang dadah korang? Dah tu ada berani lagi nak tunjuk muka depan aku. Dasar anak mat gian dan perempuan jalang. Kau ingat aku bayar rumah tu dengan melanggan emak kau ke?” semakin sinis kata-katanya.

Allahuakhbar! Bagaimana Husna bisa menghadapi cercaan ini. Hinaan demi hinaan. Hukuman demi hukuman yang dilemparkan kepada Husna. Gadis itu tetap diam.

Sepatah tidak melawan. Aku yang disebelah pula terasa bahangnya, tanpa sedar genggaman tanganku sudah siap dikepul-kepul macam bila-bila masa sahaja mulut orang tua di depanku ingin ku balun biar berderai gigi jongangnya.

“Maaf mencelah ya Pakcik, niat Husna cuma nak ambil barang arwah emak dia saja bukannya nak ambil rumah pakcik, sebatang kayu dari rumah pakcik tu pun dia tak nak. Kalaupun pakcik marah berapi dan benci melahar dengan keluarga Husna, tapi pakcik mana boleh buang barang peninggalan arwah sesuka hati lebih-lebih lagi arwah ada waris. Warisnya ini masih hidup dan sekarang datang menuntut. Pakcik dah bersedia ke hawab semua tu pada Allah kelak di padang Masyar? Pakcik nak jawab dengan Allah guna upah apa pula nanti? Yang pakcik bercakap sekarang dan perlakukan dengan tak elok ini adalah anak yatim piatu tau tak?” ujarku tegas, lancing saja mulutku menjawab.

Aku sudah tak tahan dengan layanan hina daripada orang tua yang ku kira bapa saudara Husna itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience