Bab 8

Fantasy Series 3649

Peperiksaan akhir tahun makin hampir, Park Seo Jeon dan Song Shin Hye menghabiskan masanya diperpustakaan. Boleh dikatakan setiap hari selepas habis waktu sekolah, mereka akan pergi ke perpustakaan untuk mengulangkaji pelajaran sehingga malam.

Jam menunjukkan pukul 9malam dan Song Shin Hye baru tiba dirumah.Sekilas pandang dia dapat melihat mama dan papa tirinya di ruang tamu sedang menonton television. Tiba ditangga Song Shin Hye berdiri tidak bergerak kerana didepannya terlihat Kim Jee Hee yang ingin menurun tangga.Yang membuatkan Song Shin Hye terpaku adalah baju yang dipakai oleh Kim Jee Hee.Baju couple nya dengan Park Seo Jeon.Walaupun bagi orang lain itu hanya sehelai baju, tapi baginya itu satu barang berharga baginya.

Kim Jee Hee menuruni anak tangga dengan senyuman yang sinis pabila terlihat Song Shin Hye didepan nya terpaku memandangnya. Song Shin Hye mengawal perasaan marahnya.

"Jee Hee, tolong tukar baju tu.baju lain kau boleh pakai tapi bukan baju tu. "dengan sedaya upaya Song Shin Hye mengawal nada percakapannya. Dia tidak mahu perkara begitu diperbesarkan. Dan kerana penat juga, dia tidak mahu bergaduh dengan Kim Jee Hee. Tapi Kim Jee Hee tidak pedulikan Song Shin Hye.

Melihat Kim Jee Hee terus menuruni anak tangga tapi Song Shin Hye menarik tangan Kim Jee Hee. "buka baju tu sekarang" Kim Jee Hee menepis tangan Song Shin Hye. "Suka hati ak lah. Aku nak pakai baju ni hari ni. Esok aku basuh aku bagila balik"Kim Jee Hee menggunakan nada yang tinggi pada Song Shin Hye. Dari awal lagi Kim Jee Hee memang sengaja ingin membuat Song Shin Hye marah. Lagi lagi bila mama dan papanya ada dirumah. Kim Jee Hee tidak pernah menganggap Song Shin Hye sebagai kakaknya. Kerana itu, Kim Jee Hee akan mencari idea untuk membuat Song Shin Hye marah padanya.

Song Shin Hye tidak dapat mengawal lagi marahnya. Terus dia menarik baju yang dipakai oleh Kim Jee Hee itu. Tapi Kim Jee Hee melawan dan tidak ingin mengalah.

Mendengar riuh rendah suara anak anak nya, Song Shin Jo dan suaminya datang menghampiri mereka. Meleraikan pertengkaran Song Shin Hye dan Kim Jee Hee.

"kenapa ni? "Soal Kim Jang Suk kepada Song Shin Hye dan Kim Jee Hee tapi mata nya merenung tajam pada Song Shin Hye.
"papa... Shin Hye tarik baju yang Jee Hee pakai ni.. Sakit pa.. Jee Hee hanya nak pinjam hari ni je. Esok Jee hee bagila balik. "Kim Jee Hee mulakan drama sedihnya. Untuk menarik perhatian papa dan mamanya.

Lepas mendengar nada sedih Kim Jee Hee tu, Kim Jang Suk terus memarahi Song Shin Hye. "kenapa macam ni Shin Hye? Pasal baju macam ni pun nak bergaduh. Kamu berdua kan adik beradik. Apa salahnya kongsi pakai bersama. Sampai nak bergaduh nak jadi apa? Gangster? "
Song Shin Jo hanya mendiam kan diri sahaja tidak ada rasa ingin membela Song Shin Hye kerana pada pendapatnya mang Song shin Hye patut dimarahi kerana sikapnya yang suka bergaduh dengan Kim Jee Hee itu.

"kenapa mama pun pihak pada Jee Hee?? Dia yang pakai barang Shin Hye. Mama.. Mama biarkan saja Shin Hye dimarah oleh papa? " Song Shin Hye rasa sangat kecewa dengan mama nya hanya diamkan diri melihat dia dimarahi. Akhirnya airmata Song Shin Hye mengalir dipipi. Tidak ada yang mahu membela nasibnya.tak dihiraukan kepenatan yang dialaminya itu, Song Shin Hye melangkah keluar dari rumah itu untuk menguatkan dirinya semula. Rasa sebak hatinya tak dapat dibendung lagi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience