Bab 4

Fantasy Series 3644

Setelah lima belas minit perlawanan berlangsung, pihak lawan mendapat satu mata. Park Seo Jeon merasakan dirinya tidak bersemangat pada masa itu.'kau kat mana sekarang Song Shin Hye? 'soal nya didalam hati. Tiba tiba Park Seo Jeon menangkap satu jeritan yang sedang memarahinya. Park Seon Jeon tersenyum kerana dia mengenali jeritan itu dengan jelas sekali.

"Ya!! Park Seo Jeon!!! Park Seo Jeon!!! Kalau kau kalah, aku takkan jumpa kau selama seminggu. Kau dengar tak?? Park Seo Jeon!!! Song Shin Hye yang dari tadi mendiamkan diri di tepi padang tidak berpuas hati melihat pasukan sekolah nya bermain lagi lagi Park Seo Jeon yang tidak bersungguh mengejar bola itu.

Selepas mendengar jeritan Song Shin Hye, Park Seo Jeon terus berlari ke tengah padang mengejar bola sepak itu.

Setelah satu jam lebih perlawan berlangsung akhirnya kemenangan berada di pasukan sekolah mereka dengan mata 2-1. Kemenangan disambut dengan keriuhan jeritan dari pelajar sekolah itu. Park Seo Jeon yang berada ditengah padang tidak memikirkan kemenangan itu yang penting baginya sekarang senyuman Song Shin Hye. Park Seo Jeon berlari ke arah Song Shin Hye dan terlihat gembiranya wajah Song Shin Hye memanggil namanya..

Perjalanan balik dari sekolah mereka hanya bercerita tentang perlawanan yang berlangsung petang itu. "Song Shin Hye, kau ingat perlawanan bola tu? "Park Seo Jeon bertanya pada Song Shin Hye kerana pada fikirannya Song Shin Hye terlupa akan perlawanannya itu.

"Mestilah aku ingat. Kalau tak ingat mesti aku dah balik dulu petang tadi. "jawab Song Shin Hye. Park Seo Jeon hanya tersenyum mendengar jawapan dari Song Shin Hye. Jantungnya tiba tiba berdegup kencang. Sampai dia merasakan sesak nafas. 'kenapa aku rasa macam ni.. Kenapa rasa happy sangat dengar jawapan Song Shin Hye tu.. Haishh... 'Park Seo Jeon berkata sendiri didalam hati. "Park Seo Jeon kau kenapa? Okay tak? "tanya Song Shin Hye pada Park Seo Jeon pabila dia Park Seo Jeon seperti ada yang tak kena.. "tak... Tak.. Takk ada apa apa.. Hehe.. AKu okay... "jawab Park Seo Jeon dengan tergagap.

Park Seo Jeon Berjalan kehulu kehilir di taman bunga diruang luar rumahnya. Seperti ada sesuatu yang tak dapat diungkapkan. Dia menjadi keliru dengan hati dan fikirannya yang tidak sehaluan itu.

Hati-'aku suka dia ke? Kenapa aku rasa macam ni? Dia ada rasa sama macam aku tak? Perlu ke aku luahkan dekat dia? Tapi kalau die tak suka aku macam mana? Eiii malu aku nanti. Mesti dia akan jauhkan diri dari aku. '

Fikiran-'takkan lah aku suka dia. Dahla garang selalu ketuk kepala aku, selalu jerit kat aku. Tapi dengan perangai dia yang garang tulah aku selesa dengan dia.argh! Betul ke aku suka dia? '

Tiba tiba Park Seo Jeon berhenti dari mundar mandir. Dia dapat idea.YES!!!

Song Shin Hye sedang memandang langit dari balkoni biliknya.. Melihat bintang berkelipan yang dapat menenangkan perasaannya.

'ajikdo ireon nal saenggakhanayo... 'deringan telefonnya berbunyi. Setelah melihat nama yang tertera di telefonnya, segera dia menjawab"nak apa kau call ni? "Song Shin Hye sengaja membuat suara yang garang. 'macam dia tau je aku tengah fikirkan dia'kata Song Shin Hye sendiri didalam hati.

"Boleh tanya elok elok sikit tak? Jadi takutla nak cakap. "Park Seo Jeon membalas. Kedengaran Song Shin Hye ketawa membuat kan jantungnya berdegup laju lagi. Dengan pantas dia memegang bahagian jantungnya... 'relex.. Relex... Fuhh fuhh.. 'katanya sendiri. "esok cuti kan.. Jom keluar?"sambung Park Seo Jeon lagi. Kali ini untuk menunggu jawapan dari Song Shin Hye je. Kalau Song Shin Hye setuju, dia akan menjalankan plan nya tadi.

Tanpa berfikir panjang "okay. Jom.. "jawab Song Shin Hye. Park Seo Jeon yang mendengar jawapan dari pertanyaannya tu, terus happy.Untuk meyakinkan hati dia.. Dia perlu berbuat sesuatu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience