Bab 10

Fantasy Series 3644

Dengan segala penat dan lelah yang mereka tempuhi untuk menghadapi peperiksaan, akhirnya hari yang ditunggu telah tiba. Semua pelajar di sekolah itu menumpukan sepenuh perhatian pada kertas peperiksaan yang berada didepan mata mereka.

Sepuluh hari selepas habis peperiksaan akhirnya keputusan peperiksaan akhir tahun sudah terlekat di papan kenyataan di bilik guru sekolah tersebut.

SONG SHIN HYE.............. LULUS

KANG SOO YOUNG...........LULUS

Song Shin Hye dan Kang Soo Young melihat keputusan mereka dan menjerit sekuat hati... Song Shin Hye memandang sekelilingnya untuk mencari Park Seo Jeon tapi tidak kelihatan. Song Shin Hye melihat keputusan Park Seo Jeon pula.

"Park Seo Jeon! Kau dekat mana?" Selepas melihat keputusan Park Seo Jeon, Song Shin Hye terus menelefon Park Seo Jeon.

"dekat kelas. Kenapa? Arrgghh!! "kedengaran suara Park Seo Jeon seperti baru bangun tidur membuatkan Song Shin Hye geram dengan Park Seo Jeon.

"kau tidur? Kau tau tak kau tak lulus peperiksaan akhir tahun? Dan kau boleh tidur??? Datang sekarang dekat depan bilik guru. Sekarang!! "

Park Seo Jeon berlari sekuat hati menuju ke bilik guru. Mengutuk dirinya kerana boleh tertidur dalam kelas pada saat saat begini.

Sampai didepan bilik guru, Park Seo Jeon melihat muka garang Song Shin Hye yang sedang memandangnya. Park Seo Jeon rasa takut ingin melihat keputusannya kerana Song Shin Hye memberitahu bahawa Park Seo Jeon tidak lulus. Kalau betul dia tidak lulus maknanya dia tidak dapat pergi ke kolej yang sama dengan Song Shin Hye.

Selepas menarik nafas yang panjang, Park Seo Jeon mencari namanya dan melihat keputusannya.

PARK SEO JEON................... LULUS

Park Seo Jeon terkaku selepas melihat keputusannya. Tiba tiba kepalanya terasa sakit kerana terasa diketuk dari belakang.Park Seo Jeon terus berpusing dan ternampak Song Shin Hye berlari sambil gelakkan Park Seo Jeon. Dan Park Seo Jeon terus berlari mengejar Song Shin Hye.

"ya!! Song Shin Hye. Berhenti!! "jerit Park Seo Jeon tapi tidak diendahkan oleh Song Shin Hye. Song Shin Hye berlari sambil gelakkan Park Seo Jeon yang kena tipu dengannya tadi. Mereka berlari dengan perasaan yang gembira menuju kepadang sekolah.

Park Seo Jeon dan Song Shin Hye memilih untuk pergi ke kolej yang sama.dan niat hati Song Shin Hye tercapai iaitu ingin keluar dari rumah besar itu dan ingin berdikari untuk menempuhi kehidupannya sendiri.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience