Bab 2

Fantasy Series 3644

Selepas habis waktu persekolahan, Park Seo Jeon duduk di bangku depan padang sambil menunggu Song Shin Hye. Itulah rutin hariannya. Walaupun dia tahu Song Shin Hye masih marah padanya, dia tetap akan menunggu Song Shin Hye untuk balik kerumah bersama. Mereka tinggal di perumahan yang sama.. Oleh kerana itu,mereka sering berjumpa walaupun waktu cuti sekolah.

Song Shin Hye memang seorang yang dingin tapi dia juga seorang yang lembut didalam dan cepat hilang marah. Lagi lagi pada Park Seo Jeon kawan baiknya itu.
Song Shin Hye memandang keluar tingkap kelasnya dan melihat Park Seo Jeon yang sedang menunggunya itu.Sambil tersenyum Song Shin Hye mengalas beg nya. Dengan larian yang perlahan dia menurun anak tangga dan menuju ke Park Seo Jeon.
"Ehem! Kau duduk sini kenape? "tanya Song Shin Hye pada Park Seo Jeon.
"tunggu kau la takkan tunggu buah hati pulak" sambil senyum menggoda Park Seo Jeon menjawab.
"tak payah kau nak senyum macam tu kat aku.. Tak cair lah.. Jom.. Tertinggal bas nanti" Song Shin Hye tiba tiba pusing menuju ke perhentian bas diluar sekolah. Entah kenapa jantungnya sering berdegup kencang bila bersama dengan Park Seo Jeon. Lagi lagi bila Park Seo Jeon senyum padanya. Pastinya dia menyembunyikan perasaan nya pada Park Seo Jeon kerana dia tahu, Park Seo Jeon hanya menganggap dia sebagai kawan. Dan dalam fikiran nya, kalau Park Seo Jeon mengetahui tentang perasaannya itu, Park Seo Jeon pasti akan menjauhkan diri daripadanya.

Park Seo Jeon hanya mengekori Song Shin Hye tanpa bantahan.

Bas tiba di perhentian tepat pada waktunya. Mereka menaiki bas yang penuh dengan penumpang itu. Oleh kerana tidak ada tempat duduk yang kosong, mereka terpaksa berdiri.
Di perhentian yang seterusnya, seorang lelaki yang agak berumur menaiki bas tersebut dan berdiri di sebelah Song Shin Hye.
Lelaki itu memandang Song Shin Hye dari atas sampai kebawah sampaikan Song Shin Hye menjadi tidak selesa dengan pandangan lelaki itu..
Tiba tiba Park Seo Jeon menarik tangan Song Shin Hye supaya mendekatinya dan menjauhkan Song Shin Hye dari lelaki itu. Dengan tenungan yang tajam Park Seo Jeon memandang lelaki yang agak berumur itu dan lelaki tersebut yang memahami pandangan itu terus memandang kearah yang lain.. Tidak lama kemudian bas berhenti di tempat perhentian perumahan mereka.

"Kenapa kau biarkan pakcik tu pandang je kau macam tu? Kenapa kau tak marah dia? "Park Seo Jeon tahu soalan nya itu tak masuk di akal. Tak kan Song Shin Hye nak marah orang di dalam bas tu. Walaupun Song Shin Hye bersikap panas baran, tapi dia tidak pernah memalukan orang lain ditempat awam.
"terima kasih Park Seo Jeon yang hensem.. "sambil buat muka comel Song Shin Hye memandang Park Seo Jeon. "tak payah nak buat muke macam tu lah. Tak cair pun... Balikk! "tiba tiba Park Seo Jeon melangkah dengan laju meninggalkan Song Shin Hye disitu. Song Shin Hye berlari perlahan mengikuti langkah Park Seo Jeon.

Sampai dirumah Park Seo Jeon terus masuk kebiliknya.. Rumah yang besar itu hanya didiami oleh Park Seo Jeon dan ayahnya Park Ji Hyuk sahaja. Park Ji Hyuk kebiasaannya tidak ada dirumah dan hanya balik di lewat malam. Kadang kala tiga atau empat hari baru akan balik kerumah.
Park Seo Jeon yang sudah biasa dengan rutin ayahnya hanya diam dan tinggal dirumah yang besar tapi suram itu.

Di dalam bilik Park Seo Jeon terus baring dan tangannya pegang di bahagian jantungnya. 'Kenapa aku rasa macam ni? ' soalnya pada diri sendiri.jantungnya terasa berdegup dengan pantas.
"argh!! Tak tau lah! " jeritnya sambil tutup mata.

Pada masa yang sama, Song Shin Hye baring sambil menutup mata. Memikirkan perasaan nya pada Park Seo Jeon. Dia berharap perasaan itu akan segera hilang.

Tiba tiba pintu biliknya dibuka dan terlihat kelibat Kim Jee hee. Kim Jin Hee adik tiri kepada Song Shin Hye, satu ibu tapi lain ayah.

Semasa Song Shin Hye berusia lima tahun, ayahnya telah meninggal dunia didalam kemalangan jalan raya. Tujuh bulan selepas itu, ibunya Song Shin Jo berkahwin dengan Kim Jang Suk yang mempunyai seorang anak perempuan iaitu Kim Jee Hee yang berusia empat tahun.

Hubungan mereka tidak seperti adik beradik di luar sana. Yang selalu bertukar cerita satu sama lain. Yang ada dia saat susah dan senang. Tetapi bagi Song Shin Hye dan Kim Jee Hee, mereka seperti musuh yang langsung tidak boleh bersua muka. Pasti akan berakhir dengan pergaduhan. Dan pastinya Song Shin Hye yang akan dipersalahkan oleh orang tuanya.

Song Shin Hye terus duduk di birai katil sambil memandang tajam pada Kim Jee Hee."kau nak apa masuk bilik ni? "tanya Song Shin Hye kepada Kim Jee Hee.
Kim Jee Hee tidak menghiraukan pertanyaan kakak tirinya itu dan terus berjalan pergi ke almari pakaian Song Shin Hye.
Sing Shin Hye dapat mengagak apa yang dicari oleh Kim Jee Hee. Pastinya nak meminjam baju Song Shin Hye.

Kim Jee Hee selalu mengambil barang milik Song Shin Hye. Pada awalnya hanya ingin meminjam tapi kesudahannya akan menjadi miliknya terus. Belum sempat Kim Jee Hee mencari baju yang ingin diambilnya, Song Shin Hye terus menutup pintu almari itu dengan kasar. "KELUAR!! " kata Song Shin Hye pada Kim Jee Hee.
Kim Jee Hee pastinya tidak akan mengalah dengan mudah. "Tepi lah, aku nak pinjam baju! " Suara Kim Jee Hee tidak kalah kuatnya.

Dengar teriakan anak anaknya di bilik atas, dengan laju Song Shin Jo melangkah menaiki tangga. "ada apa ni? " Song Shin Jo bertanya kepada anak anaknya.Song Shin Hye tahu dia pasti akan kalah dan perlu mengalah pada Kim Jee Hee, sebelum perkara itu terjadi, dengan pantas Song Shin Hye menolak Kim Jee Hee keluar dari biliknya dan terus mengunci pintu biliknya.

"SONG SHIN HYE!!! BUKA PINTU NI SEKARANG!! " Kim Jee Hee menjerit memanggil Song Shin Hye.
Ibunya Song Shin Jo tidak mampu berkata apa hanya menenangkan Kim Jee Hee kerana dia tahu Song Shin Hye tak akan membuka pintu biliknya. Akhirnya Kim Jee Hee melangkah pergi ke ruang tamu sambil menghentakkan kakinya.

Matlamat Song Shin Hye hanya satu. Habis persekolahannya yang terakhir, dia akan keluar dari rumah itu. Rumah yang besar, tapi tiada siapa yang memihak kepadanya. Dia tidak kisah akan hidup susah tapi tidak hidup di rumah itu. 'bertahan Song Shin Hye.. Kau kuat! ' kata Song Shin Hye pada diri sendiri.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience