Bab 6

Fantasy Series 3644

Seperti biasa Song Shin Hye antara yang awal smpai kesekolah. Dia memandang disekeliling kelasnya dengan perasaan yang binggung. Semasa Song Shin Hye memasuki kelas, sepucuk sampul surat berada diatas mejanya. Untuk kali yang kedua daripada orang yang sama.

Surat yang kali kedua ini Song Shin Hye tidak membuang kedalam tong sampah seperti surat sebelumnya. Kerana isi pada surat itu membuatkan dia ingin tahu dari mana datangnya surat itu.

Tidak lama kemudian, Kang Soo Young masuk ke kelas dan duduk disebelah Song Shin Hye."kenapa muka serius pagi pagi ni? Gaduh dengan Park Seo Jeon lagi ke? Soal Kang Soo Young pada Song Shin Hye.
Song Shin Hye hanya mengelengkan kepalanya dan beri surat itu kepada Kang Soo Young.

-Song Shin Hye, jauhkan diri awak dari Park Seo Jeon. Saya tak suka melihat keakraban awak dan Park Seo Jeon. Kalau awak taknak sesuatu terjadi pada Park Seo Jeon, lebih baik awak jauhkan diri daripadanya. Awak hanya milik saya seorang. -X

"Psycho! Siapa ni? Berani nya tulis macam ni... Ini satu ugutan...! "Song Shin Hye menutup mulut Kang Soo Young. "jangan cakap kuat kuat. Kalau orang tu ada dekat dalam kelas ni macam mana? "dan kalau aku tahu siapa orang yang hantar ni, aku dah pergi serang dia dah. "kata Song Shin Hye.

Seharian Song Shin Hye bersikap serius kerana memikirkan tentang surat itu. Bukan perasaan takut yang menghantuinya, malah yang ada hanya perasaan marah yang tertahan dan rasa yang ingin tahu dari mana datang nya surat itu.

Kang Soo Young memberi cadangan supaya Song Shin Hye memberitahu kepada Park Seo Jeon tentang surat itu. Tapi Song Shin Hye hanya merahsiakan perkara itu pada Park Seo Jeon. Bagi Song Shin Hye ini hanya masalah kecil yang dia boleh selesaikan sendiri. Dia hanya perlu mencari siapa yang menulis surat itu sahaja.

Selepas tamat sesi persekolahan, Park Seo Jeon dan Song Shin Hye menuju ke perpustakaan sekolah mereka. Song Shin Hye hanya banyak diam tidak seperti biasa. Park seo Jeon yang duduk berhadapan dengan Song Shin Hye hanya memandangnya dengan pelik.

"Shin Hye, Kenapa dengan kau harini? Ada yang tak kena ke? " oleh kerana di dalam perpustakaan dilarang bercakap, Park Seo Jeon menulis satu nota dan berikan kepada Song Shin Hye.
"tak ada apa apa. Aku okay. :)" balas Song Shin Hye. Tapi Park Seo Jeon merasakan ada sesuatu yang Song Shin Hye sembunyikan daripadanya tapi dengan penuh kesabaran, Park Seo Jeon hanya mendiamkan dirinya sahaja. Kerana dia tahu, Song Shin Hye tak suka ditanyakan dengan soalan yang sama. Kalau Park Seo Jeon mendesak Song shin Hye dengan pertanyaan nya, pasti kepala Park Seo Jeon akan diketuk oleh Song Shin Hye.

Hari demi hari berlalu,Song Shin Hye tidak menerima lagi surat daripada psycho itu. Dan Song Shin Hye masih tidak dapat mencari siapa yang beri surat itu kepadanya. Dengan itu, Song Shin Hye menganggap itu hanya surat dari orang yang saja ingin mengenakan dia. Song Shin Hye mengambil keputusan untuk abaikan sahaja perkara itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience