Bab 9

Fantasy Series 3644

"argh! Laparr.. "Park Seo Jeon yang baru sampai dirumah baru teringat seharian di perpustakaan membuatkan dia lupa untuk makan.

Park Seo Jeon memasuki kedai 24jam yang berdekatan dengan rumahnya. Sedang dia mengambil sebungkus maggie tiba tiba dari cermin kedai itu, dia terlihat Song Shin Hye yang berjalan melintasi kedai itu. Park Seo Jeon meletakkan semula bungkusan maggie itu dan keluar dari kedai kerana ingin mengikuti Song Shin Hye.

Park Seo Jeon mengikut Song Shin Hye dari belakang. Niat nya ingin sergah Song Shin Hye dari belakang tapi tidak jadi pabila dia melihat Song Shin Hye asyik Mengelap matanya sambil berjalan menuju ke taman yang terletak diperumahan tersebut. Tiba satu idea terlintas difikiran Park Seo Jeon.

-'Song Shin Hye.. Kau dekat mana? '

---mesej dari Park Seo Jeon---

-'dirumah lah.. Mana lagi. '

. ---mesej dari Song Shin Hye----

-'yeke? Kau ok? '

---mesej dari Park Seo Jeon----

Sampai di taman Song Shin Hye hanya berdiri dan menangis dengan kuat selepas membaca mesej dari Park Seo Jeon.

-'aku ok :)'
---mesej dari Song Shin Hye---

Song Shin Hye tidak mahu membuat Park Seo Jeon risaukan dirinya.padahal dalam hati, dia sangat berharap Park Seo Jeon berada disisinya ketika ini.

Park Seo Jeon yang berdiri di belakang Song Shin Hye menjadi geram selepas membaca mesej dari Song Shin Hye. Tapi dengan fikiran yang positif Park Seo Jeon berfikir, pasti ada sesuatu yang membuatkan Song Shin Hye berbohong padanya.
Dia tak peduli apapun alasan yang membuatkan Song Shin Hye berbohong padanya dan dia tak nak tahu kenapa Song Shin Hye menangis disini, kerana Park Seo Jeon dapat mengagak pasti ada sesuatu yang terjadi dirumah Song Shin Hye. Park Seo Jeon Hanya ingin Song Shin Hye tahu, dia tidak bersendirian.

-'Song Shin Hye, pusing belakang sekarang'-

---mesej dari Park Seo Jeon---

Selepas membaca mesej dari Park Seo Jeon itu, Song Shin Hye terus pusing dan lihat Park Seo Jeon sedang mendepakan tangannya. Song Shin Hye jalan mendekati Park Seo Jeon dan menangis di dalam pelukan Park Seo Jeon.
Park Seo Jeon hanya membiarkan sahaja Song Shin Hye menangis sepuas hatinya.

Park Seo Jeon dan Song Shin Hye duduk di bangku di taman itu. Song Shin Hye meluahkan segala yang dia rasa. Dia menceritakan semua yang terjadi.

"Jangan nangis lagi. Nanti habis peperiksaan kita keluar dan beli baju couple banyak banyak ok"Park Seo Jeon memujuk Song Shin Hye supaya tidak menangis lagi. Park Seo Jeon memahami apa yang dirasakan oleh Song Shin Hye kerana Park Seo Jeon sendiri menjaga baju itu dengan sebaiknya.

"kau nak baju warna apa? Ha tak pe, nanti kita beli semua warna yang ad ok"sambung Park Seo Jeon lagi. Selepas mendengar kata kata Park Seo Jeon, Song Shin Hye terus ketawa. Terasa hilang segala rasa sedih nya tadi.

"betul ni? Kau nak beli baju couple semua warna? Janji?? "soal Song Shin Hye pada Park Seo Jeon.

"Yup.. Kalau itu yang boleh buat kau gembira. Aku janji. Tapi.... Dengan satu syarat. "kata Park Seo Jeon. Song Shin Hye memandang Park Seo Jeon dengan pandangan yang pelik. "syarat apa? "tanya Song Shin Hye.

"Kalau nak pakai baju couple, kite kena couple la.. Kan? "Park Seo Jeon memandang Song Shin Hye. Dan Song Shin Hye terkejut dengan kata kata yang dia dengar dari mulut Park Seo Jeon. "apa? Co...Cou..Couple?? "dengan tergagap kerana tak percaya Song Shin Hye menyoal Park Seo Jeon untuk kepastian takut takut dia tersalah dengar.

Park Seo Jeon mengangguk dan kali ini mandang Song Shin Hye dengan pandangan yang serius. "kita couple.. Kau ada aku.. Dan aku ada kau. Mula mula aku tak pasti dengan perasaan aku. Tapi sekarang aku yakin. Aku sukakan kau Song Shin Hye"Song Shin Hye tidak menyangka apa yang didengarinya. Kerana selama ini, Song Shin Hye berfikir hanya dia sahaja yang menyukai Park Seo Jeon secara diam diam. Dia tidak pernah terfikir bahawa Park Seo Jeon menyukainya juga.

Akhirnya Song Shin Hye tersenyum dan mengangguk kan kepalanya. Park Seo Jeon turut tersenyum dan menarik nafas lega.

Park Seo Jeon mengumpulkan segala keberaniannya untuk meluahkan tentang perasaannya. Kerana takut ditolak oleh Song Shin Hye dan takut Song shin Hye akan menjauhkan diri darinya. Tapi ditepis dengan pantas segala fikiran negatif itu dan akhirnya melihat senyuman Song Shin Hye membuatkan hati Park Seo Jeon berbunga bunga.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience