Bab 7

Fantasy Series 3644

Song Shin Hye menunggu Park Seo Jeon di padang seperti biasa ingin balik bersama. Dari jauh Park Seo Jeon berlari menuju ke Song Shin Hye.

"Shin Hye, hari ni kau balik dulu ye.Aku ada latihan bola sepak. Kalau kau tunggu nanti mesti lama.baik kau balik dulu"kata Park Seo Jeon pada Song Shin Hye.
Dengan langkah yang malas dan bosan Song Shin Hye menuju ke perhentian bas. Sambil mendengar lagu dari mp3nya, Song Shin Hye langsung tidak mengendahkan orang disekelilingnya.

Didalam bas, Song Shin Hye terasa seperti ada yang memerhatikannya. Tapi Song Shin Hye hanya membuat muka yang tidak ambil peduli. Tapi dalam hatinya, hanya dia yang tahu. Dia mengira berapa perhentian lagi yang harus ditempuhi.Rasa tidak sabar ingin turun dari bas itu terlalu mendesaknya.

Sampai di kawasan perumahannya, Song Shin Hye berjalan seperti biasa tapi dengan berhati hati. Ingin memastikan sama ada betul ada yang mengikutinya atau pun hanya perasaannya sahaja.

Tidak ada seorang pun yang melalui kawasan yang menuju kerumahnya itu, kerana perasan memang ada yang mengikuti dirinya, dia beranikan diri memberhentikan perjalanannya dan pusing untuk mengetahui siapa yang mengikutinya.

Seperti jangkaannya, ada seorang lelaki yang memakai topi sedang mengikutinya. Lelaki itu kelihatan terkejut kerana Song Shin Hye tiba tiba pusing memandang kepadanya.

Dengan perasaan yang bercampur baur, Song Shin Hye beranikan dirinya untuk memandang orang yang mengikutinya itu. "Kau siapa? Kenapa ikut aku? "soal Song Shin Hye pada lelaki itu.

"aku yang menghantar surat surat itu pada kau Song Shin Hye. Aku suka kan kau. Aku hanya nak pastikan kau sampai kerumah dengan selamat. "sambil tersenyum dia menjawab pertanyaan Song Shin Hye.

"jadi kau yang hantar surat? Kau yang tulis surat tu? KAu yang suruh aku jauhkan diri daripada Park Seo Jeon???? "dengan rasa tak puas hati, Song Shin Hye melemparkan segala pertanyaan pada lelaki itu. Rasa amarahnya tiba tiba membuak selepas dia tahu siapa psycho yang menganggunya itu.

"Ya.. Aku yang hantar.aku sukakan kau Song Shin Hye. Aku cemburu bila kau selalu bersama Park Seo Jeon. Semalam, aku letak surat atas meja kau. Aku nak jumpa dengan kau. Aku nak berterus terang dengan kau sebab aku nak kau bagi peluang pada aku. Tapi kau tak datang..aku rasa kecewa,marah. Dengan begitu mudah kau menolak aku. "lelaki psycho itu meluahkan segala rasa perasaan nya pada Song Shin Hye.

"Surat? Aku tak jumpa surat apa pun semalam. Dan kalau betul ada surat tu kau letak atas meja aku, pasti aku datang jumpa kau. Tapi bukan sebab aku nak bagi peluang pada lelaki psycho macam kau ni. AKu nak tahu siapa dan kenapa kau hantar surat pelik macam tu dekat aku..! "Song Shin Hye membalas kata katanya dengan rasa marah yang meluap. "dan sekarang aku tahu siapa kau dan aku tahu apa niat kau. Sekarang, kau jangan ganggu aku lagi dan jauhkan diri kau dari aku dan Park Seo Jeon. Dan aku akan anggap perkara ini tak pernah berlaku. Tolong pergi sekarang" sambung Song shin Hye.

Tapi tidak mudah lelaki itu ingin mengalah. Dia malah makin berjalan mendekati Song Shin Hye. "Kau nak aku lupakan kau? Kau ingat senang macam tu je aku boleh lupakan kau? "lelaki psycho itu mengenggam tangan Song shin Hye dengan kuat.

Song Shin Hye cuba melepaskan genggaman lelaki psycho itu. Tapi tidak dapat.. Song Shin Hye ingin menjerit memanggil nama Park seo Jeon, hanya itu yang berada difikirannya... 'Park Seo Jeon' tapi tidak terkeluar jeritannya.

Song Shin Hye cuba ingin menampar lelaki Psycho itu tetapi di tepis oleh lelaki itu. Tiba tiba satu tumbukan hinggap dipipi lelaki psycho itu. Dan genggaman lelaki psycho itu terlepas.

Song Shin Hye tidak menyangka Park Seo Jeon datang tepat pada waktunya. Park Seo Jeon menumbuk lelaki itu berkali kali. "Jangan pernah kau berdiri tunjukkan muka kau depan aku dan Song Shin Hye lagi. Kalau perkara tu terjadi, aku takkan lepas kan kau. Faham!!?? " lelaki psycho itu selamatkan dirinya dari Park Seo Jeon.

Park Seo Jeon memandang Song Shin Hye dengan rasa tak puas hati. "ya!! Song Shin Hye!! Kenapa kau tak pernah ceritakan hal ni kat aku? Kalau Soo Young tak ceritakan apa yang terjadi, mesti kau da kena culik dengan psycho tu. Ni.. Surat surat ni... Kenapa tak tunjuk dekat aku?kalau aku tak datang tadi mesti kau....."Song Shin Hye memeluk Park Seo Jeon dan menangis dibahu Park Seo Jeon. Membuatkan Park seo Jeon berhenti dari bebelannya.

"Selamat kau datang. Terima kasih.kau selalu ada bila aku perlukan kau. Dan maaf sebab tak ceritaka semua. Aku ingat ada yang saja nak kenakan aku dan nak aku jauh dari kau. "selepas mendengar jawapan dari Song Shin Hye, Park Seo Jeon tidak lagi meneruskan niatnya untuk marah Song Shin Hye.

Park Seo Jeon menghantar Song Shin Hye balik kerumah sampai didepan pintu pagar rumahnya.
"Seon Jeon, kenapa kau ada dekat sini? Bukan kau ada latihan bola sepak ke? Soal Song Shin Hye pada Park Seo Jeon."tak ada latihan pun hari ni... Saja aku buat macam tu sebab aku nak tengok kalau ada yang perhatikan kau.. Semalam, aku datang ketempat yang psycho tu nak jumpa kau. Tapi taman tu ramai orang dan aku tak pasti Dia yang mana"balas Park Seo Jeon. Dan rupanga surat yang last dihantar oleh lelaki psycho tu, Park Seo Jeon terlebih dahulu baca surat tu. Dan rahsiakan daripada Song shin Hye.

Park Seo Jeon merasakan ada sesuatu yang tak kena dengan Song shin Hye. Park Seo Jeon bertemu dengan Kang Soo Young, kawan baik Song Shin Hye. Dan Kang Sok Young msnceritakan tentang surat dan lelaki psycho itu kepada Park Seo Jeon. Selepas mengetahui tentang perkara tersebut, PArk Seo Jeon ingin berjumpa dengan lelaki psycho itu. Dan akhirnya semua nya terjawab apabila Park Seo jeon perasan ada yang mengikuti Song Shin Hye didepan sekolah. Park Seo Jeon menunggu masa yang sesuai untuk menyerang lelaki itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience