Bab 3

Fantasy Series 3644

Pukul tujuh pagi, Song Shin Hye melangkah memasuki kelasnya, di atas mejanya terlihat satu sampul surat berwarna merah. Dia melihat ke kiri dan kanan. Tidak ramai pelajar yang datang kesekolah pada waktu pagi begini.
Dengan wajah yang pelik, dia membuka sampul itu dan membaca isinya.

"Song Shin Hye, saya dah lama perhatikan awak. Saya sukakan awak. Awak selalu berada di fikiran saya."- X

Selepas membaca surat itu, Song Shin Hye terus membuang didalam tong sampah. Dia tidak ingin tahu surat itu dari siapa kerana baginya itu semua hanya buang masa.

Di kantin Song Shin Hye sedang menjamu makanan nya bersama kawan sekelasnya Kang Soo Young. Seorang gadis yang suka ketawa. Susah dan senang mereka sentiasa berdua. Keakraban mereka seperti adik beradik. Selalu berkongsi cerita dan memahami satu sama lain.

Park Seo Jeon melangkah menuju ke meja makan Song Shin Hye dan duduk berhadapan dengannya. "hari ni aku balik lambat. Kau balik dulu okay. "katanya pada Song Shin Hye. "kenapa? Nak pergi dating ke?"soal Song Shin Hye kepada Park Seo Jeon.
Park Seo Jeon yang tak puas hati dengan pertanyaan tu terus menjawab "haah nak pergi dating. Ada masalah? "Jawab Park Seo Jeon dengan geram dan terus berlalu pergi.

'Dia tak ingat ke hari ni aku ada perlawanan? Aku saja je nak tau dia nak tunggu aku sampai habis perlawan ke tak.boleh die tanya nak pergi dating ke?? Huhh!! Miss blur. Mesti die tak ingat perlawanan aku hari ni. 'Park Seo Jeon membebel pada dirinya sendiri. Terlihat kecewa nya dia kerana Song Shin Hye tidak ingat pada perlawanan bola sepak nya pada hari ini.

Setelah habis waktu sekolah, ramai pelajar menuju ke padang untuk menyaksikan perlawanan bola sepak antara sekolah mereka dan sekolah lain. Ramai yang datang untuk memberi sokongan.Begitu juga dengan sekolah pihak lawan.Ramai pelajar dari pihak lawan datang ingin menyaksikan perlawanan tersebut.

Park Seo Jeon memasuki padang dengan pasukannya. Dia memandang kesekeliling padang yang dipenuhi pelajar, apatah lagi peminatnya, ramai yang bersorak memanggil namanya. Park Seo Jeon yakin Song Shin Hye tidak datang melihat perlawanannya itu, dan jeritan daripada pelajar tidak dipedulikan kerana hatinya sedang kecewa. Dan semestinya Park Seo Jeon tidak tahu kenapa dia rasa kecewa seperti itu pabila bayangan Song Shin Hye tidak kelihatan di sekeliling padang bola tu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience