Bab 5

Fantasy Series 3644

Selepas membeli tiket wayang, mereka berjalan jalan didalam Lotte Mall. Rancangan Park Seo Jeon ingin bersama dengan Song Shin Hye seharian untuk mengetahui tentang perasaan nya pada Song Shin Hye.

'Kalau betul aku suka die, mesti jantung aku berdegup laju setiap kali melihat dia.Betul, aku kena pastikan perasaan aku hari ni..! 'yakinnya didalam hati.

"Kau pandang apa? "tanya Park Seo Jeon yang perasan Song Shin Hye tak lepas memandang sepasang kekasih yang berjalan dihadapan mereka.

"Sweetnya, dorang pakai baju sama.Comel laaa... "balas Song Shin Hye. "untungnya ada teman lelaki macam tu.. "sambungnya lagi. Selepas mendengar Song Shin Hye berkata begitu, Park Seo Jeon menarik tangan Song Shin Hye menuju ke sebuah kedai pakaian. "Seo Jeon, nak shopping sekarang ke? Wayang dah nak mula. Jom!"Park Seo Jeon tidak pedulikan Song Shi Hye. Dia hanya baju yang sesuai untuknya.

Akhirnya mereka keluar dari kedai baju itu dengan perasaan memakai baju yang sama. "Park Seo Jeon, waaaaa terbaiklah kau ni.. Terima kasih.cantiknya baju ni" Song Shin Hye kelihatan sangat gembira dan hanya tersenyum.

"Hari ni, ada festival bunga api di taman depan sana.. Nak tengok tak? "soal Park Seo Jeon. "nakk.. Nakkk!!"dengan rasa sangat teruja Song Shin Hye bersetuju dengan cadangan Pak Seo Jeon.

'Kenapa aku tak rasa macam semalam? Hati aku tak debar macam semalam pulak bila Song Shin Hye ada depan mata. Kenapa macam ni? 'didalam hati Park Seo Jeon penuh dengan tanda tanya. Niatnya mengajak Song Shin Hye keluar adalah untuk mencari tahu tentang perasaannya pada Song Shin Hye. Tapi apa yang Park Seo Jeon sedang rasakan sekarang ni, tidak sama seperti semalam sewaktu jantungnya berdegup kencang bila bersama Song shin Hye. Itu membuatkan Park Seo Jeon semakin keliru dengan perasaannya.

Manakala Song Shin Hye pula sedang menunggu Festival bunga api itu bermula. Pertunjukkan bunga api hanya setahun sekali dan itu adalah kali pertama dia dapat melihatnya sendiri. Bertambah gembira apabila Park Seo Jeon berada disebelah nya untuk menyaksikan pertunjukkan itu bersama dengannya.

'Festival bunga api bermula'

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience