Chapter 2

Romance Series 5652

Suasana di ruang tamu itu sangat sepi. Seperti di tanah kubur. Seorang wanita sedang merenung mata pemuda dihadapannya bagai nak tembus kepala. Lelaki dewasa disebelahnya hanya duduk bersilang kaki sambil membaca majalah korporat tanpa sedikit pun mengangkat kepala.

"Kali ni Luth nak pergi ceruk mana pulak?" pertanyaan Sakinah atau lebih dikenali dengan Tengku Sakinah membuatkan lelaki merangkap suami disebelahnya itu mengangkat kepala memandang ke arah anak lelakinya itu.

"Luth dah nak pergi semula?" Tanya Tengku Hisyam.

"Mummy curi-curi dengar ekh apa yang Luth berbual dengan Haris dekat telefon semalam?" Sindir Luth dengan selamba sambil menggigit epal hijau yang berada di atas meja dihadapannya itu.

"Tak kisah lah dari mana mummy dengar sekalipun. Sekarang ni Luth jawab soalan mummy tadi. Luth nak pergi mana? Luth baru je balik sini minggu lepas kan...tak cukup ke masa yang mummy kasi selama ni? sampai bila Luth nak jelajah negara orang dan tinggalkan mummy, daddy kat sini? Kali ni Luth nak pergi berapa lama? seminggu? sebulan? setahun? atau tak balik terus?" Soal tengku Sakinah tanpa henti sambil mengetap bibir geram.

Luth meletakkan baki epal yang digigitnya itu di atas meja sambil merenung kedua wajah mummy dan daddynya itu tanpa kata. Bukan dengan sengaja mahu meninggalkan kedua ibu bapanya itu tetapi ini impiannya dari dulu.
Mengelilingi dunia, menangkap gambar, belajar budaya luar, menikmati keindahan alam yang sangat luas ini dan banyak lagi. Dia belum puas! Lagipun Amylea dan Ilyas sentiasa ada untuk menemani mummy dan daddy sepanjang ketiadaannya di Malaysia.

"Luth dapat satu offer daripada syarikat luar negara. Mereka nak Luth pergi ke India untuk tangkap gambar. Diaorang nak masukkan semua gambar-gambar yang Luth tangkap dalam buku yang akan diaorang terbitkan nanti. Dah lama Luth tunggu peluang macam ni datang. So tak kan Luth nak lepaskan macam tu je mummy." Tutur Luth satu persatu dengan tenang.

Kalau boleh Luth tidak mahu berkelahi dengan mummynya. Dia tidak sanggup untuk pergi dalam keadaan mummynya yang sedang marah dan tidak merestui pemergiannya kerna dia tahu restu seorang ibu sangat penting untuk mendapatkan keredaan Allah SWT.

"Bila Luth nak bertolak?" Tengku Hisyam bertanya.

"Lagi dua minggu daddy."

"Berapa lama?"

"Tak pasti lagi daddy. Mungkin 6 bulan atau lebih." Jawab Luth sambil mengerling sedikit ke arah Tengku Sakinah untuk melihat reaksi wajahnya.

Luth tahu Tengku Hisyam akan sentiasa menyokong apa jua yang dia buat. Jadi agak mudah dan selesa untuk dia bercakap dan bersembang dengan daddynya itu tentang pengembaraanya setiap kali pulang ke Malaysia.

Tetapi melihat daripada riak muka mummynya sekarang, dia yakin yang mummynya itu sama sekali tidak setuju dan membantah keras dengan keputusan yang dibuatnya.

Tengku Sakinah yang duduk di sofa hanya memandang anak lelakinya dengan satu dengusan kasar.

"Buatlah apa yang Luth nak buat. Jangan fikirkan mummy dah. Sakit pening mummy, biar mummy je yang fikir. Luth tak payah sibuk nak ambil tahu dah." Ujar Tengku Sakinah lalu berdiri meninggalkan dua beranak itu di ruang tamu.

Tengku Sakinah melangkah menuju terus ke peti sejuk untuk mengambil air dan meneguk rakus bagi melegakan hati yang sedang membara dengan keputusan drastik anaknya itu.

Sebelum ini pelbagai rancangan yang dia rencanakan semata-mata untuk menghalang anaknya pergi. Antaranya, berpura-pura sakit, letak julap dalam minuman, letak ubat tidur dalam minuman agar Luth terlepas flight dan macam-macam lagi tapi satu pun tak pernah berjaya. Ibarat seperti Luth sudah tahu segala rancangan dan muslihatnya lebih awal. Tengku Sakinah mengeluh kerana sudah buntu mahu cari jalan penyelesaian agar Luth tidak pergi ke India.

****

Masing-masing sibuk memilih baju dan mencalit lip balm di bibir. Mereka mengemaskan ikatan rambut masing-masing yang pelbagai style. Okay done! Lisa dan Vivy dengan gaya rambut fishtail braid, Bella dengan gaya rambut twisted ponytail, Lara dengan gaya high ponytail dan messy bun style dipilih oleh Iris untuk aktiviti malam itu. Perfect! Cantik, kemas, berkeyakinan dan paling penting Hotzzzz and sexy! Mereka bergegas keluar dari tandas dan berjalan menuju ke arah tempat pelajar Universiti itu berkumpul.

"Tak pasal-pasal kita semua terlibat sekali join kem budak Uni." rungut Bella sambil berbalas senyum dengan pelajar lelaki dan perempuan di situ.

"Alaaa chill lah beb... I bosan lah takde geng kat sini. Cuba you tengok sana tu." Lara memuncungkan mulut ke arah dua orang lelaki yang agak berusia sedang rancak berborak di bawah khemah khas untuk pensyarah dan fasilitator bersantai.

Mereka semua menoleh ke arah yang ditunjukkan Lara.

"Pensyarah penghujung senja jugak yang pihak Uni nak hantar sebagai pengiring untuk teman I...I request yang muda, hot, single and badan ketak-ketak tapi yang dapat....hmmm sedeyh!" omel Lara mencemik.

"Okay lah tu... mana tahu rezeki you dapat jadi bini muda siap dapat pakej dengan anak sekali." ucap Lisa berbaur usikan.

"Amin!!!" Kemudian mereka mentertawakan Lara.

"Shut up girls!" Lara menjeling mereka semua lalu menuju ke arah khemah untuk berbincang mengenai pembahagian kumpulan bagi aktiviti sebentar lagi.

Lara dan facilitator yang lain mula sibuk membahagikan pelajar kepada beberapa kumpulan bagi aktiviti burung hantu pada malam itu. Setiap kumpulan akan diketuai oleh seorang pelajar lelaki dan harus berada di bahagian hadapan sekali untuk menjaga kawan-kawan dibelakangnya. Seorang facilitator akan bersiap sedia tunggu di setiap check point untuk menjaga pergerakan pelajar agar tidak tersasar dari landasan yang telah ditetapkan.

Vivy, Lisa dan Bella main redah masuk sahaja ke dalam kumpulan yang mereka pilih sendiri. Mereka pulak yang terlebih teruja berbanding budak-budak itu. Perangai tak pernah nak helok!

"Okay guys, sebelum kita mulakan aktiviti kita pada malam ini, saya akan perkenalkan diri saya terlebih dahulu. Nama saya Lara Damia...bagi yang belum mengenali saya, saya merupakan tutor di universiti awak semua merangkap facilitator sepanjang berlangsungnya kem 3 hari 2 malam ini." Ucap Lara dengan penuh lancar.

Pelajar-pelajar mendengar dengan penuh fokus. Mereka berdiri di dalam barisan mengikut kumpulan yang telah ditetapkan.

"Saya nak ingatkan kamu semua lagi sekali...jangan memandai-mandai nak bukak lampu telefon sepanjang kamu semua berada di dalam hutan nanti. Kamu hanya dibenarkan untuk berjalan dengan berpandukan tali yang disediakan sahaja. Faham?!"

"Faham miss!!!" jerit mereka serentak.

"Good!" Lara memperkemaskan tali kasutnya dan mula berjalan masuk ke dalam hutan bersama-sama pelajar yang lain.

"Iris! you sure ke tak nak join kita orang masuk?" teriak Vivy dari jauh.

"Yaaa! very very very sure!" balas Iris dengan yakin.

Mana mungkin dia mahu ikut mereka semua masuk kedalam hutan yang gelap tu. Dia lebih rela duduk seorang diri di dalam khemah daripada masuk ke dalam hutan itu. Ini kerana Iris mempunyai fobia dengan kegelapan atau lebih dikenali dengan nama saintifiknya Nyctophobia. Hanya ahli keluarganya dan Lisa sahaja yang tahu tentang kekurangannya itu.

****
Iris melangkah masuk ke dalam warung yang satu-satunya ada dalam kem itu. Dia mengambil tempat di bahagian belakang hujung sekali.

"Nak minum apa?" seorang gadis bertudung berdiri tegak ditepi meja berserta pen dan kertas di tangan.

"Milo ais dengan air kosong satu" jawab Iris.

"Makan?"

"Tak nak." Iris menguntum senyum kepada gadis itu.

Mata Iris meliar memandang sekeliling. Dia memandang dua orang lelaki yang sedang makan tidak jauh dari mejanya itu sepintas lalu.

Iris mengambil telefon bimbit dan membuka instagram untuk menghilangkan bosan sementara menunggu yang lain pulang.

"Luth cuba kau tengok perempuan kat meja hujung sana tu. Luth yang duduk membelakangkan Iris menoleh seketika untuk melihat. Gadis itu kelihatan khusyuk dengan telefonnya.

"kenapa dengan dia?" Luth bersuara dan menoleh semula memandang Haris.

"She's cute and ...."

Luth masih menantikan ayat seterusnya dari Haris. Suka sangat cakap separuh-separuh!

"and what?" Luth bertanya acuh tak acuh.

"and look attractive!" Haris ralit merenung wajah Iris dari mejanya. Dia rasa jodohnya sudah sampai. Makk! nak kahwin!

Luth yang mendengarnya hanya beriak selamba. Malas mahu melayan perangai gatal Haris. Dia sudah masak benar dengan perangai kawannya yang satu itu. Pantang jumpa perempuan cantik sikit mula lah dikatanya jodoh. Apooo! tetapi Luth tidak menafikan yang gadis itu memang comel dan menarik tetapi dia tidak berminat untuk mengambil tahu lebih perihal gadis itu. Dia tidak ada masa untuk layan semua ini.

"Dik...kira!" panggil Luth mengangkat tangan sedikit.

"Semuanya lima belas ringgit tiga puluh sen je bang."

"Nah! Balance tu simpan buat duit belanja." Luth menghulurkan not dua puluh ringgit kepada gadis itu.

"Terima kasih!" jawab gadis itu dengan gembira kemudian menyimpan duit itu di dalam poket apron yang dipakainya. Pinggan dan cawan diangkat oleh gadis itu untuk dibawa ke dapur belakang.

Luth menguntum senyum kepada gadis itu dan bangun dari tempat duduknya. Haris masih tidak berganjak...ralit memandang perempuan asing itu tanpa berkedip.

"Kau nak duduk sini sampai subuh ke?" soal Luth dengan sinis.

"Relax lah weh...malam masih muda! Kita cuci lah mata dulu." Haris senyum gatal dengan mata yang masih menatap wajah Iris.

Luth yang sudah berdiri disebelah Haris terus menyiku kepalanya kuat. Rasakan! tenung anak dara orang macam tak pernah tengok perempuan.

"Oiii! sakit lah bengong! kau dah kenapa?!" Haris menggosok kepalanya yang mula berdenyut itu. Dia ingat kepala aku ni diperbuat daripada besi ke apa! Bergegar otak aku!

"Kau tu yang dah kenapa pergi tenung anak dara orang macam jantan gersang!" Luth menjeling lelaki disebelahnya.

"Jantan gersang kau cakap?! Meh aku tunjuk kat kau macam mana jantan gersang ni tackle perempuan!" kata Haris seraya bangun menuju ke meja Iris.

Luth tersenyum sinis. "Let's see." Dia berdiri dengan menyilang tangan di dada memerhatikan tindakan gila Haris itu.

"Hi beauty!" tegur Haris lalu duduk di depan Iris tanpa rasa malu.

Iris diam. Dia memandang lelaki dihadapannya dengan wajah berkerut. Siapa dia ni?! tiba-tiba datang kat aku nak berbeauty bagai. Anak siapa pulak yang sesat ni?!

Melihat kebisuan Iris, Haris tersenyum. Mungkin dia malu kut dengan aku. Takpe-takpe aku faham.

"Nama I Muhammad Haris Iskandar. Boleh panggil I Haris. Tapi kalau nak lagi sedap, boleh panggil I sayang atau baby." Haris menghulur tangan.

Iris memandang tangan Haris tetapi dia tidak menyambutnya.

"Okay." Haris menarik tangannya lalu menggaru kepala yang tidak gatal.

Luth yang memerhati dari tadi hanya ketawa nipis melihat respon perempuan itu. Interesting!

"You sorang je ke?" soal Haris.

Iris masih diam.

"Ermm...you dah lama ke kat sini?" soal Haris lagi. Dia pelik... perempuan dihadapannya ini bisu ke? dari tadi satu patah perkataan pun tak keluar dari mulut dia.

Suasana masih sepi.

"Haris!" panggil Luth dengan nada yang tinggi.

Haris menoleh memandang Luth dan membuat isyarat menyuruhnya menunggu sekejap.

"Takpelah...kawan I dah panggil tu. Nanti kalau ada rezeki kita jumpa lagi. Nice to meet you beauty!" Haris mengenyit mata lalu berdiri meninggalkan Iris yang masih terpinga-pinga.

"Gila!" ujar Iris menyampah.

****

"Attention guys! sebelum saya lepaskan awak semua pergi makan dan tidur, saya nak ucapkan terima kasih untuk malam ini. I hope you guys enjoy. Esok jangan lupa lapan pagi tepat, semua berkumpul kat sini untuk aktiviti water rafting dan jangan lambat! Faham?!" Suara Lara lantang memberi penerangan.

"Faham Miss!!!" jawab mereka serentak.

Masing-masing berpecah keluar daripada kumpulan. Ada yang pergi ke tandas. Ada yang terus pergi mengambil makanan. Tetapi Vivy, Lisa, Lara dan Bella terus menuju ke arah Khemah Iris untuk menjenguknya.

"Iris? tidur dah ke?" tanya Bella lalu cuba untuk membuka zip khemah tersebut.

Mereka melihat tiada susuk tubuh Iris di dalamnya. Mereka mula risau! Tak kan lah tinggal sekejap dah hilang. Matilah nak kena jawab dengan madam Azalea nanti!

Dari jauh Iris melihat kawan-kawannya itu seperti kucing hilang anak. Dah kenapa diaorang tu? Tak kan kena sampuk hantu pulak! Iris melangkah perlahan menuju ke arah mereka berempat.

"You all dah kenapa ni? Cari siapa?" tegur Iris

"Tak...Iris hilang!" balas Lara sambil matanya meliar cuba untuk mencari susuk tubuh Iris di kawasan sekitar itu. Vivy, Lisa dan Bella masih tidak sedar kewujudan Iris yang berdiri dibelakang mereka kerana sibuk menelefon dan menghantar mesej ke telefon Iris.

"Then... I ni siapa? hantu?" soal Iris sambil menahan tawa.

Mereka terdiam dan menoleh serentak ke arah empunya suara.

"Iris!!!" jerit mereka serentak.

Aku tidak dapat lagi menahan tawa melihat perangai sorang-sorang. Macam hilang anak!

"You pergi mana Iris? Call x berjawab, mesej tak baca." bebel Lisa.

"I pergi minum kat warung dalam kem ni je... tak pergi mana pun. Bosan lah duduk dalam khemah je and plus telefon I habis bateri." terang Iris lalu menayangkan telefonnya yang sudah mati.

"Haih! buat kitaorang risau je! Okay lah, I nak balik khemah I. Nak tidur...good night girls! Sweet dream!" Vivy membuat gaya flying kiss kepada mereka.

"I ikut!" celah Bella.

"Iris... you okay tak tidur sorang ni? kalau tak, you tidur sekali dengan I and Lisa jelah." ujar Lara dengan risau.

Bukan apa dia khuatir mahu membiarkan Iris tidur di dalam khemah seorang diri lagi-lagi ditempat asing macam ini. Kalau jadi apa-apa kepada Iris, apa dia nak jawab dengan Madam Azalea. Meremang bulu romanya bila menyebut nama wanita itu. Seram!

"I dah biasa lah tidur sorang. Don't worry lah. Lagipun I tak biasalah tidur berhimpit." balas Iris jujur seraya menanggalkan kasut dan masuk ke dalam khemahnya.

"Kalau macam tu okay lah but if anything happen...cepat-cepat call I. Takpun, you gegar je khemah kitaorang kat sebelah." pesan Lara.

"Ye baik boss! dah shuhh! shuhh! I nak tidur." halau Iris lalu pura-pura menguap.

"Kejis!" Lara dan Lisa kata serentak lalu berjalan menuju ke arah khemah mereka berdua.

Jangan segan silu untuk comment. Enjoy your reading!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience