"Aku nak kau orang bawa dia jumpa aku untuk lunch tengahari nanti. Aku tak kisah kau orang nak guna cara halus atau kasar asalkan dia terpacak depan mata aku tepat pukul 2.00 petang nanti!"
Suara wanita itu lantang memberi arahan kepada lima orang suruhannya yang berbadan tegap dan gagah perkasa. Mereka tunduk memandang lantai, tidak berani memandang mata wanita tersebut yang kadangkala boleh bertukar sejahat iblis itu.
"Ermm... tapi madam... "
Jelingan mata Azalea atau lebih dikenali dengan nama Madam Lea menyebabkan mereka tidak berani untuk menyambung kata-kata mereka.
"Jangan banyak cakap. Selesaikan tugas yang aku beri kepada kamu semua. Kalau kamu semua gagal, aku sendiri akan habiskan kau orang semua dengan tangan aku sendiri. Faham???"
"Faham Madam!"
****
Hujung minggu yang sunyi, pasti ramai yang banyak menghabiskan masa mereka di rumah bersama keluarga. Aku memandu dengan bebas menyusuri jalan raya di Kuala Lumpur ini dengan gelak ketawa empat 'girls' yang lain.
"Girls...control your voice! I tengah cakap dengan papa I ni. Bising lah!"
Mereka buat tidak tahu sahaja. Dengan hati yang panas, aku terus memberi signal dan berhentikan keretaku di tepi jalan lalu membalikkan badan aku ke arah mereka sambil telefon masih berada di telinga.
"Papa... nanti Iris call balik. Nak settlekan beruk-beruk sesat ni jap". Kata Iris sambil menutup telefon dan memandang tajam ke arah Vivy, Lisa, bella, dan Lara. Mereka menikus apabila dipandang begitu oleh Iris.
"Girls...you all memang bercita-cita untuk jadi beruk ke dari dulu?"
"Of course not!". Mereka berempat jawab serentak.
"habis tu kenapa you all tak boleh nak behave macam seorang manusia yang bertamadun bila I tengah bercakap dengan Papa I?"
"Sorry..."
Perlahan aje mereka menjawab. Aku menahan tawa dan rasa geli hati melihat kelakuan mereka berempat. Seperti budak-budak yang baru lepas kena marah dengan ibunya.
"Sorry accepted. Tapi you all kena belanja I dinner buffet esok dekat hotel lima bintang, okey?"
Mereka diam. Kemudian semuanya tergelak.
"Iris dan makanan memang tak dapat di pisahkan. Badan kecik tapi selera gajah!"
Mengutuk pulak!
"Kejinya statement you lara". Kata Iris sambil sambung pandu semula.
Serentak itu, ketawa besar berderai! Kalau papa dengar ni, pasti dah kena bebel tujuh hari tujuh malam. Katanya, perempuan tak elok gelak besar-besar nanti laki lari. Nntah betul ke tidak papa tu.
Tiba-tiba...
Sssretttt!!!!
"Arghhhhhhh!!!". Semua menjerit tetapi tidak pada Iris. Matanya hanya tajam merenung kereta yang sangat dikenalinya yang telah block keretanya secara mengejut dihadapan.
Lima orang yang berbadan sasa dan gagah keluar dari kereta tersebut lengkap dengan senjata pisau di tangan masing-masing lalu menuju ke kereta iris untuk menariknya keluar.
Iris hanya membuka tingkap keretanya tanpa keluar dan memandang kosong wajah-wajah lelaki ditepi keretanya tanpa rasa takut.
"Tengku Iris... kami diarahkan untuk membawa Tengku ke hotel madam untuk makan tengahari bersama". Kata salah seorang lelaki berbadan tegap dan sasa itu sambil menunduk.
Mereka berempat yang masih terkejut itu terus memandang lelaki tersebut tanpa berkelip apabila mendengar percakapan lelaki itu.
"Seriously??!! ajak lunch macam nak ajak gaduh. tak boleh ke gentleman sikit lain kali." Vivy merungut sambil memicit dahinya.
"haih! nasib muka helok... kalau tak I suruh daddy I saman you all ni. Apa you all tak tahu ke yang you all ni telah membahayakan nyawa seorang bidadari dunia yang tiada tandingan cantiknya". adu Bella sambil memuji diri sendiri tanpa rasa malu.
Lima lelaki tersebut hanya diam berdiri kaku dengan muka yang serius sambil menunggu jawapan daripada Iris.
"Kalau saya tak nak ikut kau orang semua?"
"Kalau Tengku Iris masih berdegil, kami terpaksa membawa tengku dengan cara yang kasar." Mereka masih menunduk dihadapan Iris bukan kerana malu tetapi mereka tahu bila-bila masa sahaja mereka akan dibelasah teruk oleh anak majikannya itu kerana Iris sangat mahir dalam pelbagai seni pertahankan diri.
"huh! try me." Aku mula membuka pintu kereta dan berdiri di hadapan lima lelaki sado itu tanpa rasa gentar.
"I bet Iris akan mengaku kalah." Lisa berkata dan tersenyum sinis sambil berpeluk tubuh menantikan acara sepak terajang live di depan mata yang bakal berlaku sebentar lagi.
"Hell no! Iris yang I kenal tak akan pernah kalah kecuali dengan "dia". Kalau Iris menang, you kena belanja i shopping gucci bag." Bella mencelah sambil merenung iris dari dalam kereta dengan harapan Iris akan menang supaya dia boleh paw Lisa untuk membelikannya koleksi beg baru dari gucci.
"My pleasure dear". Lisa yakin bahawa Iris akan kalah sebab melihat dari gaya lelaki-lelaki tersebut, kesemuanya berbadan tegap dan sasa. Mana mungkin boleh kalah dengan seorang perempuan yang berbadan kecil seperti Iris.
"Enough girls! just watch and enjoy!" teriak vivy dengan hati yang panas melihat kedua rakannya berlawan mulut membuat pertaruhan.
Iris sangat tangkas menumpaskan satu persatu orang suruhan madam Lea tanpa sedikit pun kecederaan yang dialaminya. Berkat usaha arwah Tok daddynya yang menghantarnya belajar pelbagai ilmu seni pertahankan diri dari kecil. Setakat ini, tiada seorang pun orang suruhan mamanya yang berjaya kalahkannya. Semuanya berjaya dikalahkan olehnya dengan sekelip mata. Bukan mahu berlagak tetapi itulah kebenarannya.
"Wow!" Lara, Bella, Vivy dan Lisa menggumam kecil dengan riak tidak percaya sebelum masing-masing bertepuk tangan dalam kereta meraikan kemenangan Iris yang berjaya menumpaskan lima ekor badak perkasa itu.
"Terbanglah duit I." kata Lisa sambil memandang ke arah Bella yang sedang menunjukkan riak bangga kerana telah menang dalam pertaruhan antara mereka berdua tadi.
Iris melangkah semula ke keretanya setelah puas mengerjakan orang-orang suruhan madam Lea itu.
Iris melangkah masuk ke dalam kereta dan bersandar sambil memejamkan mata untuk melepaskan lelah seketika.
"Amacam live show tadi? agak-agak I boleh gantikan Bruce Lee tak lepas ni?" kata Iris sambil membuka matanya dan sambung pemanduannya semula.
"No comment. It's superb babe!". Ujar Lara
"Kalau lah you lelaki, dah lama I tergoda dengan you tau Iris. So damn hot! Geram I!" Bella mencelah sambil membuat gaya seperti mau menerkam.
"Makin lama makin seram I tengok perangai you ni Bella". Aku ketawa sambil memasang radio dengam volume semaksima yang mungkin!
Suasana kembali riuh dengan suara-suara sumbang mereka menyanyikan lagu Senorita yang dinyanyikan oleh Shawn Mendes dan Camila Cambello itu. Memang masuk air!
****
Iris berjalan melangkah masuk dengan penuh gaya ke dalam bangunan yang tersergam indah dan mengeluarkan iphone nya sambil mendail nombor untuk menghubungi seseorang. Dia mengenakan kemeja putih dan seluar korean jean yang longgar serta cermin mata hitam yang ditenggekkan dibahagian atas kepala. Sangat simple tapi elegant!
"Where are you?" tanya Iris sambil melekapkan telefon di telinga.
"In the restaurant" jawab seseorang di dalam telefon.
Iris mematikan panggilan lalu berjalan menuju ke arah restoran yang terletak di dalam hotel mewah tersebut. Dia berdiri dihadapan restoran itu sambil matanya meliar merenung setiap meja di dalam restoran itu untuk mencari kelibat yang ingin dijumpainya itu.
"Tengku Iris... please follow me." Pelayan itu berkata sopan sambil menunduk lalu membawa Iris ke meja yang paling hujung sekali terlindung daripada pandangan pelanggan-pelanggan yang lain. Dari jauh dia dapat melihat susuk tubuh seseorang yang sedang menghirup air dengan penuh tata tertib.
"Assalamualaikum... Madam Azalea" Aku memandangnya dengan riak muka yang kosong.
"Waalaikumussalam..." Dia menjawab perlahan sambil mengangkat kepala dan memandang anak perempuannya yang sudah setahun tidak berjumpa kerana harus mengikut suaminya untuk tinggal di luar negara bagi menguruskan anak syarikat mereka yang baru buka itu.
Madam Lea bangun dari tempat duduknya dan berdiri dihadapan Iris sambil berkata "Sejak bila tiba-tiba jadi perempuan solehah dan beriman ni?"
Iris merenung mata mamanya itu lalu mereka ketawa perlahan. "nak jadi perempuan solehah sekejap pun tak boleh" ujar Iris sambil salam dan mengucup tangan mamanya itu.
"Bukan tak boleh tapi tersangatlah fake! So, just be yourself my dear" Madam Lea terus memeluk anaknya untuk melepaskan rindu yang terpendam.
"Kenapa tak bagitahu Iris yang mama, daddy Ilham and Sara nak balik. Kalau tak, boleh Iris datang jemput kat airport." Aku bersuara sambil meleraikan pelukan dan menatap wajah yang sangat aku rindui selama setahun ini. Kedutan yang mula kelihatan diwajahnya itu membuatkan aku makin takut untuk kehilangannya suatu hari nanti.
"Saja nak buat surprise untuk Iris" Madam Lea senyum segaris lalu melabuhkan punggung dikerusi semula.
"Surprise sangat sampai sanggup upah orang untuk culik anak sendiri semata-mata untuk ajak lunch." Iris duduk dihadapan mamanya sambil menyelak helain menu makanan yang terdapat di atas meja untuk dipesan.
"Anggap je lah itu sebagai salam kepulangan mama untuk Iris. Mama saja nak test sama ada Iris masih kuat macam dulu atau pun tidak." Madam Lea tersenyum bangga dalam hati. Dia tahu anak perempuannya itu tak akan pernah mengecewakannya. Datang lah seramai mana pun lelaki, pasti akan ditumpaskan oleh anaknya yang seorang itu. Sangat tangkas dan kuat!
"Mama ni...tak pasal-pasal orang suruhan mama tu kena belasah dengan Iris. Nanti mama kasi lah extra upah kat diaorang bagi operate sikit muka yang dah pecah tu." jawab Iris sambil mengangkat tangan untuk memanggil pelayan bagi membuat pesanan.
Madam Lea hanya tersenyum sambil menggeleng-gelengkan kepalanya mendengar kata-kata Iris. Over sangat anak aku ni sampai nak operate bagai!
Mereka berdua berborak kosong sambil bergelak tawa sementara menunggu makanan yang dipesan sampai.
Tanpa sedar masa berlalu, makanan yang dipesan telah pun sampai dihantar oleh pelayan restoran tersebut. Terlihat laksa dan mee kari yang masih berasap dan mengeluarkan bau yang cukup enak itu, mampu membuatkan Iris dan Madam Lea kecur liur tidak sabar untuk melahap!
"Oh god! I miss Malaysian food!" ujar Madam Lea sambil menyuakan suapan pertama Laksa kedalam mulutnya. Madam Lea memejam mata merasai kenikmatan laksa yang bermain-main di dalam mulutnya itu.
Iris memandang memandang mamanya pelik. Tak kan lah kat istanbul tu tak ada seorang pun yang jual makanan Malaysia. Kalau tak ada sekalipun, mamanya itu boleh je beli bahan-bahan dan masak sendiri ikut cita seleranya.
"Before Iris cakap, let me explain to you. Memang lah ada orang yang jual makanan Malaysia kat sana tapi rasa makanan tu tak pure macam kita makan kat negara sendiri. Feel dia lain tau! Lagipun, mama kan busy woman...mana lah ada masa nak masak memasak ni sayang oiii. Ada erti???" Madam Lea memberi penerangan sambil sambung menyuap makanannya semula.
Iris masih mengawal riak mukanya yang terkejut. Macam mana mamanya boleh tahu apa yang dia fikirkan. Ilmu apa yang mama tuntut sepanjang berada setahun di istanbul. Seram!
Mereka berdua menyambung semula makan tanpa sebarang bunyi. Hanya kedengaran bunyi sudu dan garfu berlaga sesama sendiri sahaja. Masing-masing melahap seperti orang kebulur yang tidak diberi makan seharian.
"Mama ada maklumat baru tentang dia." Madam Lea bersuara setelah selesai menghabiskan makanan lalu mencapai napkin di ribanya untuk mengelap sisa kuah yang melekat di sekitar mulut tanpa memandang ke arah anak perempuannya itu.
Iris masih diam dan tidak menunjukkan sebarang reaksi muka. Dia masih meneruskan suapannya dan menghiraukan ayat yang baru keluar dari mulut mamanya itu.
"Dia..." Tanpa sempat Madam Lea menghabiskan ayatnya, Iris terus mencelah.
"Please maaa... I don't want to talk about him. I just want to finish my food."
"Sampai bila Iris nak tunggu dia? tanya Madam Lea dengan satu dengusan kasar.
"Iris tak pernah tunggu dia" balas Iris lalu meneguk baki air minumannya.
"Then prove it!" Madam Lea bersuara tegas sambil merenung tajam anaknya itu.
Suasana sepi seketika. Hanya isyarat mata yang mampu meluahkan perasaan masing-masing ketika itu. Mata mereka tidak berkelip seperti cuba untuk meluahkan satu rasa yang sukar diungkapkan.
"Baiklah! untuk buktikan dekat mama, Iris akan berkahwin... dan mama orang yang akan bertanggungjawab cari calon suami untuk Iris tapi dengan satu syarat."
"Apa syaratnya?". Tanya Madam Lea sambil fokus mendengar apa yang ingin diperkatakan oleh Iris.
"Iris tak nak jumpa atau tengok langsung gambar bakal suami Iris sehingga lah hari akad nikah kami bermula dan segala urusan majlis dan pemilihan baju, Iris serahkan bulat-bulat keputusan dekat mama." Iris bersuara tegas lalu bangun daripada duduknya, mencium tangan Madam Lea yang masih beriak tegang sebelum berlalu pergi.
Madam Lea merenung belakang badan anaknya yang semakin jauh melangkah itu dengan senyuman yang sukar difahami oleh sesiapa. Senyuman yang penuh agenda dan seribu satu muslihat.
Ini first novel saya. Mungkin ada banyak kekurangan yang harus diperbaiki. Sila jemput baca dan jangan segan silu untuk comment. Happy reading guys!
Share this novel