Tengku Sakinah menunggu kedatangan Azalea di sebuah kafe yang terdapat dalam Hotel Renaissance Legacy milik kawan baiknya itu. Mereka sudah berjanji untuk makan tengahari bersama setelah setahun tidak berjumpa. Kali terakhir Tengku Sakinah bersua muka dengan Azalea ketika dia menemani wanita itu shopping sebelum berangkat ke Instanbul bersama suaminya untuk menguruskan anak syarikat mereka berdua di sana.
"Dah lama sampai?" Sapa Azalea dari belakang lalu menarik kerusi dan duduk dihadapan Tengku Sakinah.
"Sorry lah, I habis meeting lambat tadi. Banyak pulak dokumen urgent yang I nak kena tandatangan. Dokumen itu lah, dokumen ini lah... boleh migrain I kalau hari-hari macam ni. bebel Azalea dengan panjang Lebar. Tengku Sakinah hanya ketawa mendengar rungutan sahabatnya itu. Walaupun dia hanya seorang wanita suri rumah tangga sepenuh masa berbanding dengan Azalea seorang wanita yang sangat bekerjaya, itu bukan bermakna yang mereka berdua tidak boleh menjadi sahabat baik. Mereka mengenali antara satu sama lain dari zaman belajar lagi dan sehingga sekarang, perhubungan persahabatan itu masih kekal utuh.
"It's okay. I pun baru je sampai tadi. So...how's your life dekat Istanbul? Cerita lah sikit..." Tengku Sakinah agak teruja bila mendapat tahu bahawa sahabatnya itu sudah balik ke Malaysia semalam dan terus wanita itu mengajak Azalea untuk berjumpa.
"Ermm... boleh lah. I busy dengan kerja mana sempat nak pergi jalan-jalan. Sepanjang I kat sana, I banyak luangkan masa kat tempat kerja dengan rumah je. Dua tempat tu je lah yang I dan Ilham hadap sepanjang setahun ni." Panjang lebar Azalea memberi penerangan. Kadang kala dia berasa mahu berhenti dan menjadi suri rumah sepenuh masa seperti sahabatnya itu tetapi siapa yang mahu menggantikannya? Nak harapkan anak perempuannya itu, alamatnya lambat lagi lah dia mahu bersara kerana Iris lebih gemar untuk bekerja di syarikat lain berbanding syarikat kepunyaan keluarganya sendiri. Alasannya mahu mencari pengalaman di tempat lain dahulu. Cliche!
"Bangga pulak I rasa dapat sahabat yang bekerjaya macam you ni. Boleh lah I tumpang glamour you sikit lepas ni."
"Glamour? lambettt lagi!" Balas Azalea dan mereka berdua berdekah ketawa.
Setelah beberapa minit berborak menceritakan perihal masing-masing makanan yang dipesan telah pun tiba.
"Thank you." ujar mereka berdua serentak kepada pelayan kafe.
Mereka memulakan suapan makan tengahari dengan penuh berselera. Tetapi riak wajah Tengku Sakinah agak pelik dipandangan mata Azalea. Sahabatnya itu seperti memendam sesuatu yang agak berat untuk diluahkan.
"You kenapa Ina? dari tadi I tengok muka you macam lain je. Share lah dengan I." Setelah beberapa minit mendiamkan diri, Azalea membuka mulut untuk bertanya. Dia agak risau melihat perubahan wajah sahabatnya itu.
Satu keluhan yang agak berat terbit dari bibir Tengku Sakinah. Fikirannya terasa agak berat apabila memikirkan perihal anak lelaki sulungnya itu.
'Besar sangat ke masalah Ina ni? tak pernah-pernah macam ni... laki dia buat hal ke? Kalau ye memang aku sendiri pergi ganyang cukup-cukup orang tua tu. Berani dia nak curang dengan kawan baik aku! tak cukup dengan satu!' Azalea sempat berkata-kata dalam hati sambil merenung wajah wanita dihadapannya itu.
"Luth nak pergi India lagi dua minggu..." Tengku Sakinah membuka mulut dengan satu keluhan hampa di hujung ayatnya.
"Dah tu? Apa masalahnya?" Azalea berasa agak pelik dengan penyataan Tengku Sakinah.
"The problem is...I tak nak Luth pergi sana. Cukup lah selama ni I berjauhan dengan dia. Tapi bila Luth buat keputusan untuk pergi India tanpa berbincang dengan I dan Hisyam dulu...I betul-betul terkilan Lea. Kalau lah I tak curi-curi dengar perbualan Luth dengan kawan baik dia hari tu, I rasa mungkin sampai kesudah I tak tahu..." Tengku Sakinah menyuarakan rasa hatinya yang sudah lama dipendam sejak pertelingkahannya dengan Luth kelmarin. Sungguh dia terkilan apabila anak sulung lelakinya itu langsung tidak mahu tanya pendapatnya terlebih dahulu sebelum membuat keputusan drastik itu.
"You kena lah faham dia Ina...maybe itu je cara untuk Luth ubat hati dia yang kecewa." Ujar Azalea perlahan. Dia cuba untuk memahami situasi Luth tetapi pada masa yang sama, dia juga jatuh kasihan dengan sahabatnya itu. Yelah...ibu mana yang sanggup tahan rindu untuk tidak berjumpa dengan anak sendiri dalam tempoh yang lama? Sedangkan dia sendiri masa mula-mula mahu meninggalkan Iris setahun yang lepas, puas Ilham memujuknya.
"I faham Lea...tapi sampai bila??? cuba you cakap dengan I... sampai bila??? I pernah hampir-hampir kehilangan dia dulu dan I tak nak benda tu jadi lagi. Kalau boleh I nak dia sentiasa ada kat depan mata I. Tapi... I tahu, itu mustahil..." Satu lagi keluhan terbit dari bibir tua itu. Tengku Sakinah termenung seketika sebelum menyisip jus tembikainya. Entah apa yang harus dia lakukan untuk menghalang rancangan anak lelakinya itu.
"Ina... I rasa I boleh tolong selesaikan masalah you." Setelah beberapa minit mendiamkan diri, Azalea membuka mulut dengan satu senyuman yang sukar ditafsirkan. Tiba-tiba dia teringat perbualannya dengan Iris semalam.
"Maksud you?" Soal Tengku Sakinah dengan muka berkerut.
"Perkahwinan..." Azalea senyum segaris memandang sahabatnya itu. "Agak-agak kalau Luth kahwin, dia akan batalkan tak rancangan dia untuk ke India tu?" Azalea mengetuk bibirnya menggunakan jari telunjuknya seakan memikirkan kemungkinan tersebut.
Tengku Sakinah diam seketika memikirkan ayat yang keluar dari mulut Azalea. Kahwin?! Luth nak ke? sedangkan sebelum ini dia menyuarakan tentang calon teman wanita, ada je alasan anak lelakinya bagi. Ini kan pula, mahu menyuruh anaknya kahwin. Tapi kalau dah itu sahaja satu-satunya cara yang boleh menghalang Luth daripada terus pergi, why not?!
"Tapi kalau Luth kahwin sekalipun, dia boleh je bawa isteri dia sekali ke India dan tetap juga dia akan tinggalkan I kat sini kan?" Soal Tengku Sakinah dengan kemungkinan yang akan berlaku.
"No! No! No! No!" balas Azalea sambil menggoyangkan jari telunjuknya ke kiri dan ke kanan. "Cuba you bayangkan... bakal isteri Luth seorang yang berkarier, degil dan keras kepala... jadi you rasa, dia akan setuju tak kalau Luth tiba-tiba ajak dia pergi ke India dan tinggalkan kariernya di sini?" Azalea cuba untuk meyakinkan Tengku Sakinah agar sahabatnya setuju dengan cadangannya.
Tengku Sakinah seakan faham apa yang ingin diperkatakan oleh Azalea dan dia mula mengukir senyuman nipis tetapi hanya sekejap sebelum senyumannya mati memikirkan kemungkinan lain yang akan terjadi.
Tapi...macam mana kalau Luth masih berkeras nak pergi? lepastu tinggalkan isteri dia dekat sini. I bukan apa..I cuma kesiankan nasib isteri Luth nanti bila ditinggalkan. Apa pulak bakal keluarga besan I kata nanti." Tengku Sakinah bersuara hampa.
"Come on! I rasa you lebih kenal anak you. I yakin... Luth seorang yang bertanggungjawab. Dia tak akan abaikan sesuatu yang sudah menjadi amanah untuk dia jaga, lagi-lagi melibatkan anak orang." ujar Azalea dengan penuh yakin. Walaupun dia jarang berjumpa dengan anak sulung sahabatnya itu, tetapi entah kenapa dia berasa amat tertarik dengan keperibadian lelaki itu. Mungkin aura "melindungi" yang dia dapat lihat dari cara Tengku Sakinah setiap kali wanita itu bercerita mengenai anak sulungnya itu.
"Jadi...maksud you, Luth tak akan pergi ke India kalau Isteri dia tak ikut sama? Am i right?" Soal Tengku Sakinah meminta kepastian.
"Yes! exactly! macam yang I cakap tadi... Luth seorang yang bertanggungjawab. Dia mesti tahu tanggungjawab dia sebagai seorang suami dan I yakin Luth tak akan tinggalkan isteri dia sorang-sorang kat sini dalam tempoh masa yang panjang." kata Azalea dengan panjang lebar dan penuh yakin.
"Tapi..." ujar Tengku Sakinah meleret.
"Tapi apa lagi?" Azalea mencelah lalu mengambil sepotong kuih dan menyuap ke dalam mulutnya.
"Tapi...mana I nak cari calon isteri untuk Luth dalam masa dua minggu ni? mana sempat Lea..."
Azalea mula menegakkan badan kehadapan dengan riak muka yang serius memandang ke arah Tengku Sakinah.
"Kita kahwinkan saja anak you, Luth dengan anak perempuan I, Iris. Macam mana?" Azalea mengutarakan cadangan mengejut dan Tengku Sakinah benar-benar terkejut dengan cadangan itu.
"Wait! you serious ke ni Lea? Iris ni tak silap I, anak you dengan suami pertama you dulu kan?"
"Yes! I tak main-main. Iris anak I dengan Izham. Kalau boleh I nak Iris kahwin dengan Luth kalau you tak keberatan." Pinta Azalea tanpa berselindung. Dia sedar permintaanya amat luar daripada jangkaan Tengku Sakinah dan tidak bertapis tetapi dia sudah begitu berkenan untuk bermenantukan Luth Mikael. Dia percaya dan yakin, Luth mampu menjaga dan melindungi Iris sebaik mungkin.
"Tapi macam mana kalau Luth tolak mentah-mentah cadangan ni?" Lambat-lambat Tengku Sakinah bertanya.
Azalea mengecilkan mata ke arah wanita dihadapannya itu. Kecik besar kecik besar je dia tengok. Sejak bila pulak wanita di hadapannya itu jadi slow!
"Look! Tengku Sakinah yang I kenal tak macam ni tau. Tengku Sakinah yang I kenal, dia penuh muslihat! licik! So i guess you tahu macam mana nak buat Luth setuju dengan cadangan kita ni." terang Azalea sambil mengetap bibir menahan geram dan Tengku Sakinah termenung seketika memikirkan idea untuk melaksanakan rancangan mereka itu.
"Anak you macam mana? dia okay ke kalau you suruh dia kahwin dengan Luth?" Tengku Sakinah agak risau dengan penerimaan Iris. Bukan apa, dia tidak mahu lah menggadaikan masa depan seseorang semata-mata untuk menggagalkan rancangan anaknya itu. Dia bukan lah kejam sangat! Kalau Iris tidak bersetuju, siapa lah dia untuk memaksa.
"Yang tu you jangan risau! I yakin dia akan setuju. Lagipun, dia sendiri yang minta I carikan calon suami untuk dia." Azalea sempat tersenyum memikirkan permintaan Iris yang tiba-tiba itu. Dia tahu Iris tidak rela sepenuhnya mengatakan semua itu. Tetapi terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata....hah! pandai-pandai lah sambung. Walaupun itu memang niatnya dari dulu, tetapi bila Iris mengutarakannnya terlebih dahulu...dia hanya mampu tersenyum kerana tidak perlu bersusah payah mahu memujuk Iris untuk berkahwin. Dia ada sebabnya tersendiri kenapa dia beria sangat mahu Iris berkahwin secepat yang mungkin.
"Seriously Lea?! bukan selalunya budak-budak zaman sekarang tak suka ke bila mak bapak cari jodoh untuk diaorang? tapi anak you terbalik pulak." Tengku Sakinah bertanya dengan sedkit pelik selepas mendengar kata-kata Azalea. Dia merasakan Azalea seperti menyembunyikan sesuatu daripadanya, tetapi apa?!
"Are you hiding something from me Lea?" Soal Tengku Sakinah lagi lalu merenung ke arah mata Azalea. Dia merasakan wanita itu seakan memikul satu beban yang agak berat.
Azalea menyandarkan badannya di kerusi lalu melepaskan satu keluhan yang agak berat. Tengku Sakinah memandangnya dengan penuh serius menunggu kata-kata yang keluar dari bibir sahabatnya itu. Walaupun dia tahu Azalea tak akan sesekali buat keputusan yang boleh memudaratkan kedua-dua belah pihak tetapi dia berhak tahu kerana ini melibatkan anak lelakinya juga.
"I need someone to protect my Iris...and I see your son...Luth." Azalea berkata perlahan dan matanya bergenang memikirkan keadaan Iris yang masih tidak tahu apa-apa mengenai ini. Rahsia ini sudah lama dia pendam seorang diri agar tiada siapa yang mengetahuinya. Tetapi kali ini, dia harus juga memberitahu Tengku Sakinah agar rancangannya berjaya.
"Protect?! From whom?!" Jelas Tengku Sakinah agak terkejut dengan penyataan yang keluar dari mulut Azalea. Tetapi kenapa Luth? kenapa tak hire je bodyguard untuk lindungi anak perempuannya itu tetapi kata-kata itu hanya tersimpan di dalam hati.
"For now, I tak boleh nak beritahu you lagi sepenuhnya...but i janji dengan you, yang I akan cerita dekat you semuanya bila Luth dan Iris sudah selesai di ijab kabulkan. I tahu agak berat untuk you terima permintaan I kali ni...I faham kalau you tak setuju dan I pun tak nak paksa. Tapi I nak minta tolong satu benda daripada you... tolong jangan bagitahu sesiapa pun tentang apa yang kita bincang sekarang ini especially Iris." terang Azalea satu persatu dengan satu perasaan yang agak hampa.
Tengku Sakinah termenung seketika memikirkan apa yang diperkatakan oleh sahabatnya itu. Dia masih tertanya-tanya kenapa Azalea memilih anaknya bukannya orang lain tetapi dia berat mulut mahu bertanya takut di salah erti.
"You tak nak tanya kenapa I pilih Luth berbanding lelaki lain?" ujar Azalea seakan sudah tahu persoalan yang bermain-main dikepala wanita di hadapannya itu.
Tengku Sakinah ketawa perlahan sebelum menyisip jus epalnya.
"You tahu je kan apa yang ada dalam kepala otak I ni."
"Well!" Azalea senyum nipis bangga diri seolah-olah mendapat pingat kejuaraan apabila dapat meneka persoalan yang berlegar di kepala sahabatnya itu. "Kenapa I pilih Luth...because I trust him. Walaupun I jarang dapat berjumpa dengan dia empat mata tapi I yakin anak you mampu lindungi dan bahagiakan Iris. Apa yang membuatkan I lebih yakin dengan Luth bila I dapat tahu dia lah lelaki yang selamatkan Iris dulu." Azalea terangkan satu persatu dengan senyuman nipis di wajahnya.
Tengku Sakinah hanya mampu menutup mulut dengan kedua tangannya kerana terlampau terkejut dengan berita yang baru diketahuinya.
"Yyyouu mean...Luttth...lelaki yang you cari selama ni????" soal Tengku Sakinah tergagap-gagap dengan keadaan yang masih terkejut. Dia seperti tidak percaya bahawa anaknya selama ni yang dicari oleh sahabatnya bertahun-tahun. Adakah ini kebetulan atau takdir yang sudah ditetapkan antara Luth dan Iris?
Azalea hanya menganggukkan kepalanya tanda mengiyakan soalan Tengku Sakinah. Dia tahu sahabatnya itu terkejut tetapi itu lah kebenarannya.
"Bila you tahu semua ni? and you betul-betul
pasti ke itu Luth?" Soal Tengku Sakinah lagi.
"Yes! I pun baru je dapat tahu masa I still kat Instanbul. Mulanya I tak percaya pun...tapi untuk puaskan hati I, I upah beberapa informer yang berlainan untuk siasat pasal ni and surprisingly, hasilnya tetap sama. Semua bukti memang terarah kepada Luth, anak you." Azalea menghela nafas panjang seperti melepaskan satu beban di bahunya.
"I tak tahu nak cakap apa Lea... I still terkejut dengan apa yang you bagitahu tadi tapi kalau you rasa dengan kahwinkan diaorang berdua adalah jalan yang terbaik...I ikut rancangan you." Tengku Sakinah tersenyum sambil memikirkan sahabatnya yang akan bertukar menjadi besannya tidak lama lagi. Walaupun belum pasti akan mendapat persetujuan daripada Luth tetapi dia tetap akan pastikan Iris menjadi menantunya.
"Jadi you setuju lah???" Azalea berkata dengan penuh teruja. Walaupun pada niat awalnya memang dia ada merancang untuk menjodohkan Luth dengan anak perempuannya sejak dia mengetahui tentang rahsia itu tetapi dia tidak menyangka secepat ini. Urusannya sangat di permudahkan.
"Kalau itu je cara yang boleh halang Luth daripada pergi...my answer is yes!" Tengku Sakinah menggenggam tangan Azalea di atas meja dengan senyuman lebar terukir di wajah mereka berdua.
Enjoy your reading...
Share this novel