Chapter 7

Romance Series 5652

Sepasang baju kurung putih gading untuk akad nikah yang tergantung di depan almari dipandang sepi oleh Iris. Terimbau kenangan dua tahun lalu ketika dia memakai baju kurung yang sama semasa majlis nikahnya dengan Aidan. Kenangan pahit seorang Iris dimana dia ditinggalkan pengantin lelaki setelah menabur pelbagai janji untuk sehidup semati dengannya. Kerana kenangan pahit itulah, yang mendidik dan mendewasakan aku sehingga menjadi Iris yang sekarang. Satu keluhan nipis dilepaskan oleh Iris.

Tok! Tok! Tok!

Iris tersentak dari lamunan dan tombol pintu biliknya di pulas lalu di tolak dari luar oleh seseorang.

"Boleh papa masuk?" Soal Tengku Izham sambil melangkah masuk ke dalam bilik.

Iris tersenyum nipis. "Dah masuk dah pun."

Tengku Izham ketawa kecil seraya melabuhkan punggung di sisi katil Iris.

"Selalunya muka orang yang nak kahwin akan berseri-seri, ceria...tapi papa tengok Iris lain pulak."

"Lain? maksud papa?" Soal Iris pelik.

"Maksud papa muka Iris sekarang dah macam mati Laki!" Tengku Izham ketawa besar apabila melihat muka anaknya yang cemberut itu.

Walaupun perkahwinan ini bukan paksaan dari sesiapa tetapi hatinya masih berbelah bahagi.
Iris merasakan dia sudah membuat keputusan paling gila dalam hidupnya apabila bersetuju untuk berkahwin dengan tiba-tiba. Lebih-lebih lagi apabila dia meletakkan syarat yang tidak masuk akal kepada mamanya untuk tidak memperkenalkan siapa calon suaminya sendiri.

Dibuatnya calon suaminya itu orang tua yang ada sepuluh cucu ataupun yang muda tetapi dia dijadikan bini nombor dua. Mintak simpang! Untuk berpatah balik amatlah mustahil. 'Betul ke keputusan yang aku buat ni?' Bisik Iris di dalam hati.

Bukanlah lelaki yang sempurna dia mahukan kerna dia tahu tiada yang sempurna di dunia ini melainkan yang di atas. Cukup lah lelaki itu mampu membimbingnya, menjaganya dan menyayanginya tidak melebihi cintanya kepada yang maha esa. Iris sedar akan dirinya yang tidak sempurna tetapi itu bukan lah penghalangnya untuk bahagia. Dia sudah nekad dengan keputusannya kali ini. Dia tidak akan berpatah balik. Walau siapa pun bakal suaminya nanti, dia akan terima dan redha.

"Iris nak pakai baju nikah yang sama ke?" Tengku Izham bertanya setelah ketawanya reda.

Iris hanya menggeleng kepala menandakan tidak.

"Baju ini terlalu istimewa bagi Iris. He design exclusively for me. Tidak mungkin Iris mahu memakainya ketika ingin bernikah dengan lelaki lain." Walaupun pemilik asal baju ini telah meninggalkan memori yang sangat pahit dalam hidupnya tetapi namanya tetap meninggalkan kenangan terindah yang aku tidak mahu usik. Dia istimewa dengan caranya.

Tengku Izham memandang sisi wajah kanan anak perempuannya itu. Cukup besar dugaan yang harus ditanggung oleh Iris. Apabila melihat anaknya diperlakukan sebegitu oleh Aidan, dia merasakan seperti dirinya tidak berguna sebagai seorang ayah kerana tidak mampu untuk melindungi puteri tunggalnya.

"Okay! Kalau macam tu papa akan sponsor baju nikah Iris yang paling cantik dan mahal kat Malaysia ni." Ujar Tengku Izham dengan gembira untuk mengembalikan suasana ceria.

Iris meletakkan jari telunjuknya di dagu seperti memikirkan sesuatu. "Hmmm...baju je? pelamin? Spa? accecories?" ujar Iris berbaur usikan.

"Melampau ekh!" kata Tengku Izham lalu menunjal dahi Iris menggunakan hujung jari telunjuknya.

Iris tergelak tetapi tiba-tiba ketawanya mati. Perbuatan papanya membuatkan bayangan seorang lelaki yang amat dibencinya terlintas di fikiran. Siapa lagi kalau bukan Luth, satu-satunya lelaki yang berani menunjal dahi licinnya selain papanya.

"Ni dah kenapa? kejap ketawa kejap serius...Iris okay tak sebenarnya ni?" Soal Tengku Izham seraya meletakkan belakang tapak tangannya di dahi Iris untuk merasa suhu.

Iris menepis lembut tangan papanya. "Hishhh! Iris okay lah papa. Tak demam pun."

"Takde lah mana tahu Iris demam sebab takut nak kahwin ke, papa boleh tolong panggilkan kawan papa yang doktor tu untuk check Iris. Mana tahu dia boleh bantu jampi serapah anak papa sorang ni." Ujar Tengku Izham kepada Iris.

"Pa..."

Tengku Izham tergelak besar lagi. "Papa keluar dulu lah, esok jangan lupa breakfast dengan papa sebelum keluar." Arah Tengku Izham lalu bangun berdiri melangkah keluar dari bilik.

"Okay. Goodnight Pa!" ucap Iris.

"Goodnight!" sahut Tengku Izham di sebalik pintu.

****

Luth melangkah keluar dari ford ranger Wildtrack berwarna hitam lalu membuka pintu kereta belah kanan belakang untuk mengambil beberapa peralatan serta beg pakaiannya. Dia menyarungkan topi baseball berwarna hitam di kepala dan mula berjalan kaki ke arah pondok rehatnya yang berada di atas bukit yang boleh menampakkan hampir keseluruhan bandar Kuala Selangor. Untuk sampai ke atas, Luth perlu menyusuri hutan yang mengambil masa lebih kurang sepuluh minit untuk tiba. Luth membina pondok rehat tersebut sebagai tempat untuknya menenangkan diri dan mahukan privasi. Tiada siapa yang pernah menjejakkan kaki di pondok itu termasuklah ahli keluarganya hatta Haris sekalipun.

Sesudah sampai di atas, Luth membuka pintu
pondoknya menggunakan kunci dan menolak pintu dari luar. Dia menekan suis lampu dan kipas lalu meletakkan beg dan peralatan yang di bawa di atas mini sofa. Potongan Kayu-kayu yang terletak di tepi pintu itu di ambil oleh Luth lalu dibawanya ke ruang tengah halaman pondok. Setelah lebih kurang lima minit, kelihatan kayu yang disusun seperti unggun api itu sedang menyala sekaligus memberi sedikit haba pada badan Luth yang di sapa angin malam kedinginan.

Luth bangun daripada mencangkung lalu melangkah menuju ke hammock dan melonjakkan dirinya untuk naik. Dia berbaring lalu mengeluarkan telefon bimbit dari poket seluarnya dan membuka gallery mencari gambar seseorang yang dirinduinya lalu menatap wajah itu dengan lama sekali hingga terlelap tanpa sedar. Begitu lah rutinnya setiap kali jika dia singgah di pondok rehat itu seolah-olah tempat itu seakan mempunyai suatu semangat yang membuatkan dia selesa untuk meluahkan segala-galanya tanpa perlu mengeluarkan sepatah kata.

****

"Dah check semua senarai VVIP yang check in hari ni? Jangan ada yang tertinggal pula." soal Iris kepada pekerja-pekerja di bawah departmentnya.

Kami memeriksa semula senarai tetamu VVIP pada hari ini.

"Checked!" jawab Sofea dengan yakin. Walaupun Sofea dan Iris agak rapat sebagai teman kerja berbanding yang lain tetapi apabila melibatkan kerja, mereka sangat professional dan Iris tidak pernah memilih kasih dalam soal pembahagian kerja antara Sofea dengan pekerja yang lain. Semuanya akan dilayan sama adil. Itu Prinsip Iris Melissa.

"Okey, good! Make sure semua fruit basket untuk VVIP dah ready dalam bilik and update to me their room number once they're check in later. So any other questions before I leave?" tanya Iris seraya membelek kertas laporan di tangan.

"Miss Iris, boleh tak kitaorang nak pergi tengok Event Royale dekat roof top petang nanti?" salah seorang pekerja di situ meminta izin.

"Berapa orang?" tanya Iris.

"Empat orang," jawab mereka hampir serentak.

"Ramainya. Semua kerja full ke hari ni?" soalku.

Mereka mengangguk.

"Lain kali lah. You all kan dah selalu attend event-event macam tu setiap bulan lagipun you all semua kerja full day hari ni jadi takde siapa yang akan backup bahagian front office kat sini," putusku.

Kehampaan tergambar di wajah mereka berempat. Teragak-agak Sofea bersuara.

"Alaaa... boleh lah Miss Iris. Staff yang lain kata kali ni charity event tu ada kelainan sikit. Ramai staff department lain yang dah pergi kata best. Tak formal sangat macam event-event sebelum ni."

"Then siapa yang nak gantikan tempat you all berempat petang nanti kat sini? Bukan I sengaja tak nak kasi tapi kita memang kekurangan staff minggu ni. Ramai pulak yang amik cuti. Kalau tak, I dah lama kasi green light..."

"Yang tu Miss Iris jangan risau... kitaorang dah kawtim dengan budak shift pagi. Dioarang akan cover kitaorang sekejap. Pandai-pandailah kami nak gula-gulakan diaorang tu."

Aku memandang mereka dengan jawapan selambanya sambil menyilang tangan di dada.

"Boleh ya miss?" rayu mereka cemas kepada Iris bila melihat aku seperti tak ambil peduli dengan permintaan mereka.

Melihat wajah penuh merayu, aku mengalah.

"Okey fine! tapi make sure jangan lama sangat. Kalau tak...tau lah I nak buat apa dengan you all." Sempat aku memberi amaran. "Yes!" Mereka berempat berhigh five tanda gembira setelah mendapat persetujuan daripada aku.

"Okey, Miss. No worries! Nanti Kitaorang tapau sepinggan dua makanan kat atas tu nanti untuk miss." ujar salah seorang daripada mereka sambil tersengih memandang ke arah Iris.

"Rasuah atau Bodek?"

"Both"

"Jijik!" balas Iris sambil ketawa.

Mereka pun tak dapat menahan ketawa.

"Seronok ye bekerja kat hotel ni...boleh berborak, bergelak ketawa waktu kerja..." Kami menoleh ke arah suara itu. Puan Sri Rihana! Di sebelahnya seorang lelaki tampan. Bermata tajam tetapi menawan. Berdiri di hadapan kaunter check in aje.

"Assalamualaikum and Selamat Pagi Puan Sri. Selamat datang ke Marriot Hotel. Maaf kami tidak perasan kedatangan Puan Sri sebentar tadi," sapa Iris, ramah.

"Apa nak perasannya kalau hati sedang bahagia. Tapi hairan juga, masih boleh ketawa selepas memalitkan arang ke muka orang..." Darahku tersirap. Aku perasan wajah Sofea dan yang lain berubah mendengar kata-kata yang keluar dari bibir wanita tua itu.

"Emir...Mak Long kenalkan, ini Iris Melissa, perempuan yang tinggalkan anak Mak Long merangkap bekas tunang Aidan dulu." Ada unsur menghina dan semestinya menggores semula parut luka dulu. Lelaki disebelah wanita tua itu kelihatan bingung. Mungkin dia hairan dengan cara Puan Sri Rihana memperkenalkan aku.

Aku mengangguk dan melemparkan senyuman ke arah lelaki itu. Tetapi aku memandang tajam muka Puan Sri Rihana yang cuba untuk menjatuhkan maruah aku.

"Oh...You're...Iris."

"Ya...You kenal I?" Senyuman tipis di wajahnya.

"Not really but Aidan pernah cerita pasal you dekat I dulu.

"What did he tell you about me?"

"The truth...the real devil of you." Puan Sri Rihana menjawab sinis.

Emir memandang Puan Sri Rihana dengan dengan isyarat menyuruh wanita itu untuk tidak mulakan pergaduhan.

Aku hampir membuka mulut lagi tetapi Sofea sudah bingkas menarik tanganku. Matanya memandang ke arah tiga orang rakan kerjanya tadi. Isyarat yang aku faham, Sofea mahu aku beredar dari situ dan membiarkannya menguruskan Puan Sri Rihana. Kenapalah dalam banyak-banyak hotel, dekat sini juga Puan Sri Rihana nak datang dan menyebabkan luka lama berdarah kembali?

Tanpa mempedulikan pandangan Emir, Puan Sri Rihana berdiri dan mendekati aku. Dengan gaya yang penuh angkuh dan selamba, dia bersuara lagi.

"Aidan beritahu dia bagaimana dia dikhianati dan dimalukan oleh seorang perempuan yang tidak reti bersyukur dan berterima kasih. Si ibu dan si bapa pula telah menjadi buta hati sanggup menutup kesalahan anak sendiri sementara aku dan suami merana menahan rindu ditinggalkan anak sendiri kerana terlalu kecewa dengan perempuan yang tidak pernah menghargainya dan sanggup menyundal dengan jantan lain dibelakangnya." Aku masih diam dan cuba mencerna setiap kata yang dilemparkan bulat-bulat kepada aku.

"Mak Long..." Emir cuba mengendurkan suasana sambil menoleh ke arahku. Kami bertatapan tanpa bicara. Puan Sri Rihana terus bercakap tanpa mempedulikan lelaki disebelahnya.

"Aku melayan dan menyayangi tunangan anak aku seperti puteri kandung aku sendiri. Ketika dia kemalangan, berjuang untuk hidup dan mati, Aidan lah orang pertama yang menawarkan diri untuk mendermakan darah kepadanya. Menyelamatkan nyawanya sekaligus. Rasanya kisah ini disimpan rapi tanpa pengetahuan sesiapa kecuali aku, suami dan Aidan sendiri kerana tidak mahu tunangannya rasa terhutang budi. Sebab itulah tunangnya begitu biadap dan sanggup menghancurkan hati kami sekeluarga. Kalau bukan kerana Aidan, tidak mungkin perempuan itu dapat bertahan hidup sampai sekarang. Mungkin dah lama mati sama macam kawan yang bersama-sama dengannya ketika itu."

Aku terkedu mendengar kata-kata yang keluar dari bibir tua itu dan ini juga kali pertama Puan Sri Rihana menukar panggilan nama kepada kau aku. Mata bundar Iris bergenang berpandangan dengan Puan Sri Rihana. Benar, aku tak pernah tau siapa penderma darah di sebalik kemalangan yang menimpa aku beberapa tahun yang lalu. Aku cuma tau penderma darah itu adalah seorang lelaki.

"Sebelum itu, maafkan saya kalau mulut saya agak lancang..." Iris bersuara dengan nada yang terkawal.

"Selama ini saya bersabar di atas kutukan dan fitnah Puan Sri kepada saya. Saya langsung tidak menuntut sebarang ganti rugi mahupun saman malu terhadap keluarga Puan Sri bila mana anak kesayangan Puan Sri tidak munculkan diri semasa hari nikah kami berdua. Saya membenci diri saya sendiri kerana saya berfikir telah membuat sesuatu yang membuatkan Aidan melarikan diri daripada saya sehinggalah bila saya keseorangan, tanpa Aidan...Saya seolah-olah berada dalam dunia saya sendiri. Siang malam saya bersungguh-sungguh mencari Aidan untuk meminta penjelasannya tetapi anak Puan Sri hilang tanpa bayang. Perlakuannya sangat menghancurkan hati dan perasaan kedua ibu bapa saya. Saya membiarkan maruah saya dipijak tanpa belas kasihan..."

Setelah apa yang berlaku, kau masih lagi nak pertahankan diri? Kau curang! Kau perempuan jalang yang tidak layak untuk anak aku. Kau mengkhianati Aidan dan hancurkan hatinya sehingga dia membawa diri jauh dari keluarganya sendiri!" Cakap Puan Sri Rihana pantas dipintas oleh Iris.

"Saya tak curang. Saya tak pernah menduakan Aidan dengan mana-mana lelaki sekalipun. Saya tidak pernah mengkhianati Aidan. Tidak pernah terlintas di fikiran saya untuk mengkhianati cinta seorang lelaki yang betul-betul ikhlas sayangkan saya sama seperti dia sayangkan keluarganya.
Mungkin Puan Sri tidak faham atau kurang faham dengan konsep qadak dan qadar...tidak terjadi sesuatu itu melainkan dengan izinnya. Sedangkan kaki yang melangkah pun, kalau Allah tak izinkan, maka Puan Sri tidak akan berdiri dan bercakap dihadapan saya sekarang. Di sini, saya nak Puan Sri faham yang jodoh saya dan Aidan hanya sampai situ sahaja. Ianya sudah ditakdirkan begitu walau kita berusaha sekeras mana sekalipun. Siapa kita nak lawan takdir Allah.

"Jangan nak gunakan nama Allah untuk menutup segala najis yang kau dah lumurkan dekat muka kami sekeluarga. Kata-kata kau tak kan ubah apa-apa. Semuanya hancur disebabkan kau. Semua ini takkan terjadi jika kau tak tinggalkan anak aku!" Suara Puan Sri makin keras.

Aku menarik nafas panjang. Tuduhan yang sama, takkan berakhir sampai bila-bila. Dengan tenang, aku bersuara.

"Saya tidak pernah tinggalkan Aidan. Puan Sri sendiri melihat saya telah sedia bersimpuh di masjid menunggu kedatangan anak Puan Sri yang tiba-tiba menghilang sehingga lah saya menerima pesanan mesej dari nombor yang tidak dikenali mengatakan dirinya adalah Aidan dan ingin berjumpa dengan saya segera di tempat yang kami selalu berjumpa. Tanpa berlengah saya terus menghilangkan diri untuk berjumpa dengan anak Puan Sri tapi hingga sekarang anak Puan Sri tidak pernah munculkan dirinya dihadapan saya apatah lagi mahu meminta maaf. Jadi di sini, siapa yang tinggalkan siapa? Siapa yang tipu siapa? Siapa yang tidak tepati janji? Sekarang, saya tidak ada apa-apa hubungan lagi dengan Puan Sri sekeluarga." Aku mengulang dan menegaskan.

"Penipu! Dasar perempuan Jalang! Kau penipu!" Puan Sri terus melayangkan tangannya ke pipi kanan aku. Mukaku tertoleh ke kiri sedikit, membiarkan rasa sakit itu hilang sendiri. Hanya mata yang masih menatap wajah Puan Sri Rihana yang merah menahan api kemarahan.

"Miss Iris!"

"Mak Long!"

Jerit Emir, Sofea dan tiga pekerja lain hampir serentak.

Bulat mata mereka semua bila melihat Puan Sri Rihana menampar pipi dan memaki aku.

"Saya bukan penipu tetapi Puan Sri yang tidak berani untuk menerima kebenaran dan saya juga bukan perempuan jalang seperti yang Puan Sri katakan. Saya ada maruah untuk dijaga dan jangan sesekali Puan Sri pertikaikannya kerana saya tidak akan teragak-agak untuk halau Puan Sri dari sini seperti anjing kurap yang tidak bertuan. Nasihat saya sebelum Puan Sri beredar, jangan sesekali cuba untuk menunding jari ke arah orang lain demi menutup kesalahan anak sendiri kerana perbuatan itu adalah perkara yang paling hina sekali."

"Kau tak payah nak nasihatkan aku kalau diri sendiri pun tidak betul. Kau dengar sini baik-baik... kalau apa-apa jadi dekat Aidan, aku tak akan maafkan kau sampai bila-bila!" Puan Sri Rihana menunding jari tepat dimuka aku lalu pergi meninggalkan kawasan lobby hotel.

Emir sempat meminta maaf kepada Iris sebelum mengejar langkah ibu saudaranya itu ke kereta. Pada asalnya dia mahu membawa Puan Sri Rihana ke hotel itu untuk makan tengahari bersama dengan bondanya tetapi tidak sangka dapat berjumpa dengan bekas tunang sepupunya itu. Apa yang diperkatakan oleh Puan Sri Rihana sebentar tadi adalah tidak benar sama sekali. Aidan tidak pernah menceritakan perihal buruk tentang Iris malah dia sangat menyayangi dan mencintai gadis itu. Tetapi baru hari ini dia berpeluang untuk melihat wajah gadis pujaan sepupunya itu. Comel dan tak berperasaan. Itu sahaja yang sempat dia gambarkan dalam pertemuan singkat tadi.

Enjoy Reading...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience