Tengku Iris Melissa merupakan seorang gadis yang cantik berlesung pipit dan mempunyai pelbagai kelebihan dari segi mempertahankan diri sehingga membuatkan ramai terkesima apabila melihatnya. Iris sentiasa mendahulukan keluarga dalam apa jua keadaan. Baginya, kebahagiaan keluarga adalah keutamaannya. Tengku Luth Mikael merupakan seorang lelaki yang biasa-biasa dan "simple". Luth mempunyai sifat "melindungi" yang sangat tinggi terhadap orang-orang yang disayanginya. Pengembaraan dan dirinya tidak asing lagi kerana minatnya yang mendalam untuk menjelajah seluruh tempat di pelusuk bumi ini. Tidak menyangka bahawa hidup mereka berdua bakal berubah apabila mereka terpaksa untuk berkahwin atas kehendak keluarga. Aku setuju jadi isteri kau tapi dengan satu syarat - Tengku Iris Melissa Syarat? jangan sesekali cakap yang kau nak buat kawin kontrak sebab aku tak akan pernah biarkan itu terjadi - Tengku Luth Mikael. Jangan Kolot. Kisah kita bukan macam dalam novel. Terpaksa kahwin, buat kontrak dan jatuh cinta! Syarat aku mudah... Jangan sesekali terfikir untuk masuk campur urusan peribadi aku walaupun aku isteri kau yang sah disisi agama - Tengku Iris Melissa Adakah ikatan perkahwinan tanpa rasa cinta dan sayang ini dapat bertahan? atau akan terus terputus di tengah jalan membawa haluan masing-masing? Jangan tunggu I sebab I tak mampu nak bahagiakan you lagi macam dulu. Lupakan I dan teruskan hidup you dengan dia - Aidan Mampukah hidup yang berbekalkan kesetiaan dan janji dapat menjamin kebahagiaan? Selalunya seseorang itu akan sedar ketika ianya sudah terlambat. Jadi bagaimanakah akhir kisah hidup seorang Iris Melissa?
Update 06 December 2024
2021-11-26 1 Replies
best jugak ni
2021-10-12 1 Replies
besttt