Asap yang mengeluarkan bau yang enak itu membuatkan rata-rata perempuan yang sedang membuat air di situ makin terliur dan tidak sabar untuk menjamahnya. Sementara geng lelaki kelihatan agak sibuk dengan aktiviti bakar membakar lauk-lauk BBQ sebagai makan malam terakhir mereka semua di kem tersebut sebelum berangkat pulang pada esok pagi.
"Sepatutnya bukan sekarang I tengah melantak dinner kat hotel lima bintang ke?" sindir Iris sambil mengerling ke arah Bella, Lara, Vivy dan Lisa yang sedang duduk beralaskan batu sederhana besar.
Mereka semua memandang ke arah muka masing-masing dan tiba-tiba...
Mereka ketawa berdekah.
"Alaaa Iris...maknanya itu bukan rezeki you lah namanya. Mungkin Tuhan nak selamatkan duit kitaorang semua daripada kena kikis dengan manusia pelahap macam you." Ujar Vivy lalu menyambung ketawanya semula bersama yang lain.
"Kalau lah I tahu Lara nak heret kita semua kat sini, awal-awal I suruh you all belanja I masa tu juga. No excuses!" kata Iris berbaur usikan.
Dia bukan nak sangat pun makan di restoran hotel yang mewah, saja nak kenakan mereka semua...Ye lah, siapa suruh buat hal memekak ketika Iris sedang berbual dengan papa kesayangannya itu. Kali ini mereka semua terlepas tetapi lepas ni....no more!
"Girls...you perasan tak dua orang mamat hensem kat tempat BBQ tu?" ujar Bella dengan mata yang tepat memandang ke arah dua susuk tubuh lelaki tampan yang berada ditempat BBQ sambil mempamerkan senyum gatalnya.
Yang lain turut menoleh kepala melihat ke arah tempat yang dikatakan Bella. Mata masing-masing meliar mencari mamat hensem yang diperkatakan itu.
"Ermm....Bella, you boleh tak specific sikit dua org mamat mana yang you maksudkan tu? kat situ ada lebih sepuluh orang lelaki tau...so yang mana satu?" Lara merengus perlahan sementara yang lain masih fokus mencari dua lelaki yang dimaksudkan Bella.
"Alaaa...yang pakai baju slim fit lengan pendek warna grey dengan hitam tu lah." Balas Bella acuh tak acuh tanpa mengalihkan pandangannya.
Masing-masing mula fokus mencari susuk tubuh yang memakai baju yang dikatakan Bella dan akhirnya mata mereka semua menyorot ke arah dua susuk tubuh lelaki tersebut iaitu Haris Iskandar dan Luth Mikael yang sedang sibuk membalik-balikkan lauk BBQ tanpa menyedari diri mereka sedang diperhatikan oleh Lima orang gadis.
"Kenapa dengan dioarang?" Iris menyoal dengan muka yang berkerut memandang ke arah Bella yang masih tidak mengalihkan pandangannya.
"They're so damn hot!!!" Bella menjerit kecil kerana terlalu teruja melihat keindahan ciptaan tuhan di depannya. "I rasa macam dah jatuh cinta lah girls! jantung I ni asyik dup dap dup dap je dari tadi." Bella memegang dadanya dan membayangkan jika salah seorang daripada lelaki tersebut menjadi boyfriendnya. Alangkah bahagianya hidup!
Lisa tersenyum sinis. "If I'm not mistaken ini dah kali ke seratus you cakap yang you dah jatuh cinta. Am i right girls?"
"yeah! you're right dear!" Vivy menyokong kata-kata Lisa sambil menggoyangkan jari telunjuknya ke arah Lisa. "Yang part Hot tu I setuju lah but...yang part dup dap dup dap tu, I rasa better you check kat mana-mana hospital kut. Ye lah mana tau jantung you dup dap dup dap sebab sakit jantung bukannya sebab jatuh cinta." Vivy berdekah ketawa sehingga berair matanya mentertawakan Bella.
"Kalau lah kat Malaysia ni ada anugerah playgirl paling terhebat, I orang pertama yang akan undi you Bella! I confirm tiada siapa yang lebih layak pegang gelaran tu selain you." Ujar Lara sambil menahan tawa daripada pecah.
"Erghh! shut up girls! you all ni tak support BFF langsung!" Bella mencebik seraya bangun meninggalkan mereka semua.
"Bella nak pergi mana???!!" jerit Vivy dengan nada agak sederhana.
"Ambil air! haus!"
"Tunggu! I nak ikut!!!"
"Tak nak! I sentap dengan you!" balas Bella lalu melangkah dengan cepat meninggalkan Vivy di belakang.
"Alaaa... Bella! tunggu I!!" Vivy dengan cepat berlari anak mengejar Bella yang sudak agak jauh kedepan.
Lisa dan Lara hanya ketawa sambil menggeleng kepala melihat telatah mereka berdua.
Iris hanya diam melihat gurauan sahabatnya itu. Kadang dia terlihat ketawa nipis apabila masing-masing cuba membahan Bella. Dia tidak menafikan bahawa dua lelaki yang ditunjukkan sahabatnya itu agak tampan dan hot malah aura yang terdapat pada lelaki yang berbaju warna hitam itu lebih terserlah berbanding rakan disebelahnya itu mengikut pandangan mata kasarnya. Ya! lelaki yang ber "aura" itu adalah Luth Mikael. Lelaki menjengkelkan merangkap instructor yang membantunya membuka helmet siang tadi.
****
"Esok kau gerak balik KL pagi ke tengahari?" Haris bertanya tanpa memandang ke arah Luth sambil tangan kirinya mengipas bara arang secara manual sementara tangan kanannya sibuk membalik-balikkan ayam dan kambing yang hampir masak itu.
"Pagi kut...tengok lah macam mana mood aku esok." Jawab Luth seraya meletakkan ayam yang sudah kelihatan masak ke dalam tray yang disediakan.
"Mummy kau macam mana? dia okay ke kau nak pergi nanti?" soal Haris lagi. Walaupun dia dapat agak penerimaan Tengku Sakinah bagaimana tetapi dia masih mahu mendengar sendiri dari mulut sahabatnya itu.
"Kau rasa?" Luth membalas semula dengan soalan seraya memandang ke arah Haris dengan kedua belah kening terangkat.
Haris ketawa nipis memandang Luth. "Aku rasa mummy kau tengah lancarkan mogok tak nak bercakap dengan kau sekarang. Betul tak?"
Luth hanya mampu tersenyum nipis mendengar tekaan Haris yang tepat itu. Tetapi kali ini sepertinya mummynya bukan sekadar mogok tak nak bercakap dengannya malah apabila Luth menghantar pesanan teks di whatsapp pun, mummynya hanya akan 'read' sahaja pesanan itu dan tidak akan membalas langsung. Itu yang membuatkan Luth makin serba salah untuk meninggalkan mummynya itu.
Kalau sebelum ini, jika Tengku Sakinah membuat mogok tak nak bercakap dengannya sekalipun, tetapi wanita itu tetap akan membalas pesanan ringkasnya di whatsapp walaupun sepatah-sepatah. Itu pun cukup melegakan hati Luth kerana itu menunjukkan mummynya hanya merajuk sekejap dengannya. Dibandingkan dengan situasi sekarang, Luth dapat mengagak bahawa mummynya bukan sahaja merajuk tetapi marah dan kecewa dengan sikapnya. Itu membuatkan Luth buntu dengan keputusan yang dibuatnya sama ada masih mahu meneruskan rancangannya ke India ataupun tidak.
"Luth..." Haris memegang bahu kanan Luth dengan mata yang tepat memandang ke arah sahabatnya itu. "Aku tahu itu semua impian kau dan itu yang kau nak dari dulu lagi...tapi itu bukan sebab utamanya kan?" Haris bertanya dengan berhati-hati.
"Maksud kau?" Luth cuba mengawal riak wajahnya.
"Selama ni kau pergi sana, pergi sini bukan sebab kau nak tangkap gambar sangat kan? Ya! betul itu impian kau..aku tak nafikan semua tu tapi sebab utamanya, kau hanya nak ubat rasa kecewa kau pasal hal dulu tu je kan?" Haris cuba untuk mengorek isi hati Luth yang sahabatnya cuba pendamkan selama ini.
Luth mengeluh berat. Dia termenung seketika memikirkan peristiwa dulu yang membuatkan dia ingin membawa diri sejauh yang mungkin. Dia tersepit dengan rasa kehendak dan restu.
"Macam ni lah Luth...walau apa pun keputusan kau lepas ni, aku tetap sokong kau. Whatever it is...you jump! I jump!" ujar Luth dengan ketawa lalu meninggalkan Luth seorang diri di situ dan berjalan mencari port yang sesuai untuk dia melantak.
"Bodoh!" Luth ketawa lalu mengangkat baki-baki ayam dan kambing yang dibakar dan letakkan di dalam tray.
Selepas selesai membakar, Luth berjalan ke arah sekumpulan pelajar yang lain sambil membawa dulang yang berisi ayam dan kambing di tangan kanannya lalu dihulurkan kepada salah seorang pelajar lelaki di situ untuk diberikan kepada yang lain lalu dia melangkah kaki ke arah Haris yang sedang enak melantak seorang diri lalu melabuhkan punggung di sebelah lelaki itu sambil menyisip air oren yang sejuk yang dibawanya tadi. Lega!
"Woii ayam aku tu!!!" Haris memarahi Luth yang sengaja mencuri ayam dipinggannya. Hish! dah lah bahagian kepak pulak tu dia ambil!
Luth hanya membuat bodoh lalu dengan selamba menggigit isi ayam tersebut tanpa rasa bersalah.
Tanpa mereka berdua sedari, Bella dan Vivy sedang berjalan menghampiri ke arah mereka berdua dengan cawan dan pinggan yang berisi makanan di tangan masing-masing.
"Hi! boleh kitaorang join sekali?" Bella meminta izin dengan nada yang lembut dan sangat sopan. Gayanya mengalahkan perempuan melayu terakhir. Vivy disebelahnya hanya tersengih-sengih menampakkan barisan giginya seraya memandang ke arah dua lelaki dihadapannya itu sambil menahan malu.
Sudah puas dia memujuk Bella untuk duduk di tempat lain tetapi wanita itu tetap degil malah sempat menolak badannya dengan bahu tajamnya supaya Vivy mengikutinya. Akhirnya, dia terpaksa akur dengan perangai menggeletis Bella itu. Nasib BFF till die!
Haris dan Luth mengangkat kepala melihat gerangan yang menegur mereka itu.
"Yaa! Sure... duduk lah." Pelawa Haris dengan sebuah senyuman tersungging di bibirnya. Luth hanya memandang sekilas dan menyambung semula menggigit ayam tadi sehingga ke licin meninggalkan tulang.
Selepas mendapat keizinan daripada Haris, Bella cepat-cepat mengambil tempat dihadapan dua lelaki tersebut dan diikuti dengan Vivy. Masing-masing hanya bersila beralaskan rumput dan tanah.
"You berdua je ke? kawan-kawan you yang lain mana?" Soal Haris.
"Ouh... diaorang tengah ambil makanan. Kejap lagi diaorang join lah." Balas Bella dengan nada yang lembut.
"Girls!! sini!" jerit Vivy sambil melambai-lambai tangan kanannya ke arah Lara, Iris dan Lisa.
Iris dan yang lain mencari arah suara tersebut dan mereka melihat Vivy dan Bella yang sedang duduk bersama-sama dua orang lelaki yang duduk membelakangi mereka bertiga.
Mereka bertiga berjalan menuju ke arah Vivy dan Bella dengan membawa makanan masing-masing. Iris yang tidak perasan akan wajah dua orang lelaki tersebut kerana lampu di kawasan itu agak malap dengan selamba melabuhkan punggung di sebelah Luth. Haris yang melihat wajah Iris sudah tersenyum-senyum miang dan Luth hanya merenung ke arah Iris yang masih tidak sedar dengan kewujudannya di sebelah.
"Hi beauty!" Haris menegur Iris yang ralit memilih ayam dipinggan untuk di makan terlebih dahulu.
Iris tersentak! dia seperti pernah dengar suara itu. Dengan perlahan dia mengangkat kepala memandang kehadapan. Kau?!! bertambah terkejut lagi apabila dia dapat melihat dengan jelas wajah lelaki disebelahnya yang sedang tajam merenung ke arahnya. Mamat ni pun ada??!!!
Bella dan yang lain mempamerkan riak terkejut apabila mendengar perkataan yang keluar dari mulut Haris. Sudah tentu mereka tertanya-tanya kenapa Haris memanggil sahabat mereka dengan panggilan yang agak mesra itu.
Iris hanya diam tanpa menjawab sapaan Haris namun dia sempat menghadiahkan jelingan maut ke arah Haris kerana berani memanggilnya dengan panggilan sebegitu. Yang membuatkan lagi Iris bertambah geram apabila dia melihat mata helang Luth yang seronok meliar di wajahnya tanpa rasa malu. Hilang moodnya malam ini gara-gara dua manusia liar itu! No manners!
"You dah lama kenal Iris ke Haris?" Bella bersuara apabila dia melihat muka Iris seakan berubah apabila ditegur Haris dengan panggilan sebegitu. Bukan dia tak kenal Iris, pantang bagi wanita itu apabila ada lelaki yang cuba memanggilnya dengan panggilan mesra sebegitu.
"Not really! I jumpa...." Tanpa sempat Haris menghabiskan kata, ayatnya di potong.
"I terserempak dengan dia semalam kat warung sementara tunggu you all balik dari aktiviti. That's it!" Iris cepat mencelah bagi menjawab kekeliruan Bella dan sahabatnya yang lain. Dia tidak mahu Haris bercerita yang bukan-bukan sebab itu dia dengan pantas menjelaskan tentang pertemuannya dengan Haris dan
rata-rata mereka hanya mengangguk tanda agak berpuas hati dengan penjelasan Iris.
"Yeah! Kitaorang tak sempat nak berbual pun semalam. But tonight maybe sempat." Haris berkata lalu mengenyit mata ke arah Iris.
Luth disebelah hanya mendengus kecil mendengar ayat miang kawannya itu. Sementara Iris disebelah kanannya hanya membuat muka bodoh sambil menggigit ayam tanpa niat untuk berborak panjang dengan Haris.
"Korang semua semester berapa sekarang?" Soal Haris.
Mereka memandang sesama sendiri sebelum berdekah ketawa kecuali Haris, Luth dan Iris.
"What?! salah ke soalan I?" soal Haris lagi menunjukkan reaksi pelik. Dahinya kelihatan berlapis-lapis apabila wanita dihadapannya itu makin kuat mentertawakannya. Setahu dia, soalan dia takde pulak ada unsur-unsur lawak pecah perut tadi. Ke....diaoarang ni tiba-tiba kena sampuk??? hah sudah!! mana dia nak cari ustaz malam-malam buta kat pinggir hutan macam ni! Mintak simpang lah!
"You tengok kitaorang ni macam sebaya ke dengan budak-budak tu?" Lisa bersuara setelah puas ketawa sekali pakej dengan mata berair.
Kening Haris sudah hampir bercantum memikirkan soalan dari wanita yang seiras pelakon TV Ruzana Ibrahim itu. Luth masih maintain dengan riak muka kosongnya tapi telinganya tajam mendengar setiap patah kata yang keluar dari manusia sekelilingnya.
Lara menahan tawa melihat muka pelik lelaki itu. "You tak payah nak berkerut sangat muka tu Haris...Kitaorang ni dah empat tahun tinggalkan zaman belajar. I tutor budak-budak tu semua and..."
"And sebab tu lah kami semua ada kat sini semata-mata nak temankan si Lara gedik ni..." Bella mencelah kata-kata Lara.
Lara terus menarik hujung rambut Bella melepaskan geram kerana memanggilnya gedik. "For sure I gedik yang curlasss okay!" Sempat Lara flip rambutnya kebelakang.
Bella dah menjerit perlahan menahan sakit apabila rambutnya ditarik oleh Lara. Hilang keayuannya depan Haris dan Luth sementara Lara mempamerkan riak puas hatinya kerana dapat membuatkan Bella menjerit sakit.
'Tak guna punya Lara... Pecah kaca pecah gelas, ada hari I balas! ekh tiberrr!' Sempat Bella berkata di dalam hati sebelum merapikan semula rambutnya yang kusut akibat di tarik Lara tadi.
"Mati-mati I ingat korang ni student lagi. So I guess umur korang semua ni dalam lingkungan twenty six to twenty eight lah kan?" Haris menduga.
Bella mengangguk tanda mengiyakan tekaan Haris. "Yaaa...We're twenty seven handsome." ujar Bella dengan tangan kanannya di pipi sambil menayangkan senyuman miangnya kepada Haris. Dia sudah cair dengan ketampanan Haris dan bernekad mahu menggoda lelaki itu sampai jatuh cinta kepadanya tetapi bukan bererti Luth Mikael tidak mempunyai raut wajah yang tampan malah jika nak dibandingkan dengan Haris, boleh dikatakan Luth dua kali ganda lebih handsome dan hot! namun disebabkan aura gelap lelaki itu agak menakutkan bagi Bella jadi dia berniat untuk lupakan sahaja hasratnya untuk tackle Luth. Tak dapat yang extra handsome, dapat yang suam-suam kuku pun jadi lah. Hiks!
Suasana yang kecoh dan riuh dengan suara mereka tidak langsung menarik minat Iris dan Luth untuk bercampur sekali. Mereka berdua leka dengan dunia masing-masing tanpa memikirkan topik yang mereka semua bualkan.
"Lisa...you nak tak ayam I? perut I dah kenyang lah. Tak boleh nak sumbat dah." Pelawa Iris setelah beberapa minit mendiamkan diri lalu menyuakan pinggan yang berisi beberapa ketulan ayam kepada Lisa.
"Boleh juga." Kata Lisa lalu mengambil beberapa ketul ayam di pinggan Iris dan letak ke dalam pinggannya.
"Tamak!" ujar Luth tanpa memandang ke arah gadis di sebelahnya.
Sepatah kata yang keluar dari bibir Luth Mikael berjaya menyentak tangkai hati seorang gadis bernama Iris Melissa sehingga membuatkan gadis itu menoleh kepala ke arah empunya suara tersebut.
"Excuse me?! Apa kau cakap tadi?" Iris menyoal tanpa nada walaupun amat jelas apa yang didengarinya dari mulut lelaki itu.
"Pekak!" Luth membalas dengan tenang.
Dada Iris turun naik menahan marah apabila mendengar perkataan yang keluar dari mulut lelaki disebelahnya itu. Dia merenung wajah lelaki itu dari tepi bagai nak tembus kepala kerana geram dengan mulut lancang lelaki itu yang sesedap rasa memanggilnya tamak pada mulanya dan pekak sebentar tadi.
Luth masih kelihatan santai dan tenang seolah-olah tiada apa yang berlaku tanpa mempedulikan pandangan Iris kepadanya yang bagai mahu menerkamnya bila-bila masa sahaja.
Perbualan yang rancak tadi mulai sepi apabila mereka melihat pertelingkahan kecil yang berlaku di antara Iris dan Luth. Masing-masing menjadi penonton setia melihat sesi lawan mulut antara mereka berdua tanpa berniat mahu masuk campur.
"Apa masalah kau dengan aku eh?" Iris bertanya seraya bangun berdiri memandang Luth di bawah yang masih duduk bersila dengan riak yang selamba tanpa rasa bersalah langsung.
Kemudian tidak lama, Luth juga turut berdiri berhadapan dengan Iris yang mempunyai ketinggian rendah sikit daripadanya dengan muka yang merah menahan marah.
"Kalau dah tahu tangki tu kecik, jangan tamak sangat pergi ambil ayam sampai penuh pinggan macam dah tiada hari esok nak makan." Tempelak Luth dengan selamba.
Iris cuba menenangkan hatinya yang bila-bila masa sahaja akan meledak sebelum dia mendekatkan jaraknya dengan Luth sehingga nafas kasar Luth dapat dirasai oleh Iris.
"Kalau aku tamak sekalipun, aku ada susahkan hidup kau ke?" Iris menekan dada Luth dengan jari telunjuknya.
"Tak. Tapi aku sakit mata tengok manusia macam kau ni membazir makanan depan mata aku."
"Kau buta ekh?! Tak nampak aku bagi ayam tu dekat Lisa tadi? ada nampak macam aku membazir makanan ke kat situ?"
Luth tersenyum sinis. "Kawan kau hanya ambil dua ketul sahaja ayam dari pinggan kau. Selebihnya? Aku tak rasa yang kau akan makan ayam tu tapi apa yang kau akan buat? Tu!" Luth memberi isyarat mata ke arah Iris untuk melihat sesuatu di belakangnya. "Kau nampak tong sampah tu? Situ tempat kau akan buang semua ayam-ayam tadi. Setan je yang suka membazir makanan macam tu."
Iris mendongkol geram.
"So, kau nak cakap aku ni setan lah?" kesabaran Iris makin menipis apabila Luth cuba samakan dia dengan setan. Melampau!
"Up to you! Kalau kau rasa macam tu...aku tak boleh kata apa." Luth menaikkan kedua belah bahu
"Kau tahu tak kau lah manusia yang paling bodoh dan menjengkelkan yang pernah aku jumpa!!!" Iris menjerit tepat dihadapan muka Luth untuk melempiaskan marahnya. Nasib baik kawasan mereka makan itu agak jauh sedikit dari kawasan pelajar berkumpul kalau tidak mesti mereka berdua jadi bahan tontonan malam ini.
Bella, Vivy, Lara dan Lisa, masing-masing terkejut dengan suara Iris yang agak tinggi itu dan cepat-cepat mereka bangun lalu berdiri dibelakang Iris cuba untuk menenangkan amukan marah sahabatnya itu dengan menariknya jauh sedikit satu meter daripada Luth. Sementara Haris sempat berbisik di telinga Luth supaya sahabatnya itu berhenti mengeluarkan kata-kata yang terus menerus menyakiti hati gadis dihadapannya itu. Tetapi makin pening Haris dibuatnya apabila kata-katanya ibarat masuk telinga kanan keluar telinga kiri apabila Luth tidak mempedulikannya malah bergerak ke arah Iris dengan lebih dekat.
"Kau pun nak tahu satu benda tak? kau ni cantik sebenarnya..." ujar Luth dengan meleret.
"Tapi sayang...satu je kekurangan kau. Biadap!" sambung Luth lalu menunjal dahi Iris dengan jari telunjuknya dan berjalan pergi meninggalkan mereka semua yang kelihatan agak terkejut dengan perbuatan Luth tadi.
Mereka semua seperti terpaku melihat adegan sebentar tadi dan cepat-cepat tersedar apabila Iris meronta untuk dilepaskan tangannya dan seperti mahu mengejar Luth dari belakang. Mereka cuba untuk menahan Iris daripada mengejar Luth yang semakin jauh dari pandangan mereka dan Haris tidak jemu memohon maaf bagi pihak Luth yang agak keterlaluan tadi.
Setelah keadaaan agak reda, Iris dibawa ke khemah untuk berehat supaya hatinya lebih tenang dari memikirkan kejadian tadi. Ini kali pertama mereka melihat keadaan Iris yang marah sebegitu rupa. Agak menggerunkan! Kalau tak dihalang tadi, mungkin Luth akan teruk dipukul oleh Iris kerana mulut lantangnya yang sedap mengkritik Iris.
****
Kedinginan pagi menyentuh kulit Iris yang berpakaian t-shirt hitam lengan pendek bersama cargo pants panjang berwarna kelabu gelap. Kelihatan pelajar-pelajar Lara sudah mula sibuk membuka peralatan khemah masing-masing dan mengemas beg mereka.
Aku? awal-awal sudah membuka khemahku sendiri tanpa bantuan orang lain kerana aku harus pulang awal terlebih dahulu atas urusan peribadi.
"Iris!" Panggil Lara dengan nada sedikit kuat kerana jaraknya dengan Iris yang agak jauh.
Aku menoleh mencari keberadaan suara itu.
"You dah nak gerak ke?! Jum lah breakfast dulu!" Ajak lara.
Aku hanya menghantar isyarat 'okay' tanda setuju dengan pelawaannya lalu bergerak menuju ke arah Lara sambil menggalas backpack di bahu.
"You nak nasi lemak ke bihun goreng?" Soal Lara setelah Iris berdiri disebelahnya.
"Erm bihun goreng je lah." Pinta Iris lalu mengambil dua cawan berisi teo panas dan bergerak menuju ke arah meja yang kosong di dalam khemah itu.
"Nah!" Lara menghulurkan satu satu bungkusan bihun kepada Iris.
"Air you." Iris membalas semula dengan menolak satu cawan berisi teo ke arah Lara.
Suasana sepi seketika. Masing-masing diam menikmati sarapan pada pagi itu sambil menikmati suara kicauan burung. Sungguh mendamaikan bagi Iris. Suasana yang tidak akan dia dapat apabila pulang ke Kuala Lumpur nanti.
"Mana yang lain?" Iris bersuara setelah makanan dihadapannya habis dijamah dengan berselera.
"Macam lah you tak kenal diaorang tu." Balas Lara ringkas sambil menyambung suapannya. Iris hanya mengangguk kecil lalu menyisip saki baki air di cawannya.
Ya! Yang dimaksudkan mereka berdua siapa lagi kalau bukan Lisa, Vivy dan Bella. Mereka bertiga kalau tidak menghabiskan dua jam untuk menyiapkan diri memang tidak sah! Semua benda from top to toe kena perfect serba serbi. Dibandingkan Iris dan Lara yang lebih selesa untuk berketerampilan lebih sederhana tetapi tetap vogue di pandangan mata orang sekeliling.
Ehem!
Haris berdeham untuk menarik perhatian dua gadis dihadapannya. Semestinya Lara dan Iris.
Dia masih rasa bersalah dengan kejadian semalam yang melibatkan Iris dan Luth. Puas dia memujuk Luth untuk meminta maaf kepada Iris tapi Luth masih dengan keras kepalanya tidak mahu meminta maaf. Ya! dia tahu tentang kepantangan Luth yang satu itu. Luth paling tidak suka apabila melihat pembaziran depan mata sebab itu dia berkelakuan seperti tidak cukup zat malam tadi tapi tetap bagi pandangannya cara Luth agak kasar untuk seorang perempuan.
Iris hanya memandang Haris dengan ekor matanya tanpa rasa mahu menegur kerana masih marah akan kejadian malam semalam yang melibatkan kawannya yang bermulut lancang itu. Lara mempamerkan senyuman manis ke arah Haris lalu menjemputnya duduk sekali bersama mereka.
"Dah nak balik ke?" Haris memulakan bicara.
"A ah. Tapi Iris balik dulu sebab ada hal sikit kat KL." Balas Lara dengan senyuman yang masih di bibir.
Iris masih diam bermain telefon tanpa mempedulikan perbualan di antara dua manusia dihadapannya itu.
Haris kelihatan gelisah mahu meneruskan bicara. Dia seperti cacing kepanasan apabila melihat muka serius Iris yang seperti singa itu. Lara yang memandangnya dari sisi tepi hanya menahan tawa melihat perilaku Haris yang serba tidak kena. Kadang garu kepala, kadang gosok belakang leher. Macam-macam!
"You ada nak cakap apa-apa ke Haris?" Tanya Lara apabila dia tidak sampai hati melihat muka Haris yang kelihatan seperti ayam berak kapur itu. Dia tahu Haris mahu berkata sesuatu tetapi tidak terkeluar ungkapannya apabila melihat muka tegang sahabatnya itu.
"Hah?!" Haris terkejut apabila ditanya sebegitu. Ketara sangat ke muka aku ni? "Ermm...Iris! sebenarnya I nak minta maaf lagi sekali bagi pihak kawan I. Luth memang mulut pedas sikit tapi trust me hati dia baik. Mungkin semalam dia terlebih hormon bila nampak you membazir makanan semalam...sebab Luth memang pantang kalau orang membazir makanan depan mata dia. Tapi I tak deny yang perbuatan Luth memang salah bila dia tunjal kepala you semalam. Sebab tu I datang sini nak minta maaf sekali lagi sebelum you balik KL." Terang Haris satu persatu. Dia tidak mahu gadis-gadis yang baru dikenalinya semalam salah faham dengan tindakan Luth yang agak kasar semalam. Kalau boleh dia mahu selesaikan isu ini sebelum gadis-gadis itu semua pulang.
Jari iris yang menari di screen telefon berhenti seketika mendengar permohonan maaf Haris bagi pihak kawannya.
Iris mengangkat kepala lalu tersenyum sinis memandang ke arah Haris.
"Mana dia? kenapa bukan dia sendiri yang minta maaf dekat I? Kenapa you pulak yang terhegeh-hegeh minta maaf bagi pihak dia? Ke dia malu nak berhadapan dengan I lepas apa yang dia dah buat semalam?" soal Iris bertubi-tubi.
"Errr dddiaa..dia..." Haris tergagap gagap mahu menjawab kerana dia belum sempat merangka jawapan untuk soalan itu sebelum dia datang tadi. Hah sudahh! Nak jawab apa?!
Belum sempat Haris ingin menyambung kata-katanya tiba-tiba kerusi di hadapannya atau lebih tepat kerusi di sebelah Iris di tarik oleh seseorang.
Tadi Haris, sekarang Lara yang seperti cacing kepanasan apabila melihat seseorang yang berada disebelah Iris itu. Lara sempat berdoa di dalam hati supaya jangan lah ada adegan bunuh membunuh kat sini apabila dia melihat mata tajam Iris sedang merenung bagai nak tembus kepala seseorang di sebelahnya itu.
"Luth! bukan kau dah gerak balik ke tadi?" Haris mempamerkan muka pelik apabila Luth muncul didepannya tiba-tiba sedangkan dia sendiri yang menemani Lelaki itu sehingga ke kereta tadi.
"Aku patah balik, ada tertinggal barang kat dalam bilik kau." Jelas Luth tanpa mempedulikan renungan tajam dari gadis sebelahnya itu.
Memang betul Luth tertinggal telefonnya dan kebetulan semasa mahu mencari Haris untuk meminta kunci bilik, dia melihat lelaki itu sedang duduk berbual dengan dua orang gadis yang dikenalinya semalam. Terus kakinya laju melangkah ke arah mereka bertiga tanpa memikirkan akibatnya apabila dia muncul di situ.
"Ni kau dah ambil belum telefon kau?" soal Haris sambil mencuri pandang ke arah Iris yang masih galak merenung sisi wajah Luth. Dahinya sudah berpeluh-peluh memikirkan kemungkinan yang akan berlaku jika Luth berterusan duduk di meja ini.
"Kunci!" Luth menyuakan tangan kanannya ke arah Haris.
Haris cepat-cepat mengeluarkan kunci dari poket seluarnya dan hulur kepada Luth. Dalam pada masa yang sama, Haris membuat isyarat mata kepada sahabatnya itu untuk cepat beredar dari sini kerana dia sudah dapat melihat muka Iris yang seperti singa kelaparan. Menakutkan!
Luth hanya tersenyum sinis melihat muka gelabah lelaki dihadapannya itu. Bukan dia tidak sedar akan aura panas yang sedang membara disebelahnya tetapi dia sengaja mahu menambah lagi bara api yang sudah terang-terang akan membakar dirinya sekali jika dia tidak beredar dari situ dengan segera.
"Bagus! tak membazir." Luth memuji dalam nada yang sinis setelah melihat ke arah bungkusan bihun yang kosong di depan Iris lalu memakai ray-ban sunglasses yang disangkut dibajunya sebelum bangun pergi meninggalkan mereka bertiga di belakang.
Iris sudah menggegam tangannya erat seperti ingin menumbuk seseorang. Matanya masih tajam merenung belakang badan Luth yang makin jauh berjalan sehingga hilang dari pandangan.
"I...I..Irisss" Panggil Haris dengan takut. Dalam hatinya puas dia menyumpah ranah kawan baiknya itu apabila dengan sengaja cuba untuk memprovokasi Iris.
Iris memejam mata seketika sebelum membuka semula dan memandang Haris tepat.
"Kau!" jari telunjuk Iris tepat meghala ke wajah Haris yang kelihatan pucat itu. "Pastikan jantan tu tak muncul depan aku lagi!" Iris menolak kerusinya kebelakang lalu bangun dan berlalu pergi bersama bagpacknya di bahu.
Haris tanpa sedar menganggukkan kepalanya seperti burung belatuk sementara Lara mengusap dadanya tanda lega apabila Iris tidak melepaskan amarahnya seperti malam semalam. Hanya tuhan sahaja yang tahu betapa kuat jantungnya berdegup apabila sahabat lelaki disebelahnya itu tiba-tiba muncul tadi. Nasib tak ada perang dunia kedua berlaku!
enjoy your reading...
Share this novel