Pagi yang cerah...meriah dengan kicauan burung dan bunyi sungai yang mengalir. Aku menghirup udara segar di hutan dengan penuh asyik. Nikmat tuhan yang mustahil didustakan bila dapat menghirup udara segar kurniaan tuhan di kawasan pinggir hutan sambil meneguk secawan kopi panas yang pekat.
Dia terimbau kenangan dua tahun lalu ketika dia dan Aidan bersama-sama mendaki bukit broga yang terletak di daerah Selangor itu. Seminggu sebelum itu, puas Aidan merayu supaya aku menemaninya untuk melakukan aktiviti mencabar itu dan akhirnya aku tewas dengan ayat-ayat manisnya. Tidak dinafikan, Aidan sangat hebat dalam pujuk memujuk.
Malah ketika sudah berada dipintu masuk broga, Iris masih tidak mengalah untuk mencuba nasib supaya Aidan mengubah fikiran dan membiarkannya tunggu di kereta sahaja. Tetapi gagal!
"You better don't break your promise my dear." kata Aidan sambil merenung wajah Iris yang cuba untuk pamer wajah kesiannya.
"Please Aidan... kali ni je..." ujar Iris meleret.
Aidan cuba menahan dirinya daripada tersenyum melihat kelakuan Iris yang kelihatan seperti budak-budak yang merengek tidak ingin pergi ke sekolah. Cute!
"Nope! kali ni I tak kan termakan dengan ayat-ayat you. I know you very well my dear. Come!" Aidan tersenyum sinis lalu menarik tangan Iris untuk berjalan disebelahnya. Iris menarik muka masam.
Setelah lima puluh minit berlalu, akhirnya mereka berdua berjaya sampai ke puncak Bukit Broga tepat-tepat ketika matahari terbit. Pemandangan dari puncak itu sangat memukau bagi siapa yang melihatnya. Tak dapat digambarkan dengan kata-kata.
"Wow...cantiknya..." mata Iris bersinar-sinar melihat keindahan alam yang luar biasa itu.
"Ya. Cantik sangat..." Aidan menoleh memandang Iris. "Macam you...."
"Such a sweet talker!" ujar Iris tersenyum tanpa menoleh ke arah Aidan. Dia begitu menikmati panahan sinar matahari pagi yang menyentuh kulitnya.
Aidan ketawa perlahan lalu mendekatkan jaraknya disebelah posisi Iris.
"Iris...look at me." Aidan memusingkan badan Iris menghadapnya. Dia cuba merenung ke dalam mata Iris dengan penuh rasa cinta.
Iris agak pelik dengan kelakuan Aidan yang tiba-tiba berubah jadi romantik ini tetapi dia hanya membiarkan kerana bukan selalu dia dapat tengok sisi Aidan yang satu ini.
"Sebelum ni, I tak pernah rasa takut untuk kehilangan seseorang. Tapi bila hadirnya you dalam hidup I, tiba-tiba perasaan nak melindungi tu datang. Sampai satu tahap I janji dengan diri I yang I akan cuba lindungi you hingga nafas I yang terakhir." kata Aidan dengan penuh perasaan lantas mengeluarkan satu kotak cincin di poket seluar dan membukanya.
"Tengku iris Melissa binti Tengku Izham... will you be my wife for the rest of my life?" tanya Aidan merenung wajah Iris yang jelas terkejut.
Badan Iris kaku dan wajahnya jelas kelihatan riak terkejut apabila Aidan tiba-tiba mengeluarkan cincin dan melamarnya. Matanya mula berair dan merenung mata Aidan untuk melihat kejujurannya untuk memperisterikan dia.
Aidan masih menunggu jawapan daripada Iris dengan penuh debar. Jantungnya bagai nak terkeluar menunggu respon daripada wanita itu. Dalam hatinya berdoa agar Iris menjawab 'Ya' tetapi jika 'tidak' dia reda. Mungkin Iris masih belum bersedia. Cuba menyedapkan hatinya.
Iris memberi senyuman tipis kepada Aidan dan merenung ke arah cincin bertakhtakan diamond itu lalu mengambil dan menyarungkannya di jari manis. "Yes!" balas Iris lantas menunjukkan cincin yang tersarung dijari manisnya itu dihadapan Aidan.
"Thank you! Thank you sayang! Aidan terus menarik Iris masuk ke dalam dakapannya dan Iris membalas pelukan itu. Masing-masing diam hanyut melayan perasaan.
Papp!
Iris tersedar apabila seseorang menepuk bahunya daripada belakang.
"Awal you bangun..." Lisa mengambil cawan di tangan Iris lantas menyisip kopi yang hampir sejuk itu.
"I bukan macam you... matahari dah terpacak atas kepala baru nak bangun." ucap Iris berbaur usikan.
"Auchh! sungguh tajam kata-katamu itu." balas Lisa sambil tangan kirinya memegang dada dengan muka berkerut pura-pura menahan sakit.
Iris yang melihat tindakan Lisa itu terus berderai ketawa. Drama Queen!
"Mana yang lain?" tanya Iris.
"Diaorang semua tengah breakfast kat sana tu hah." Lisa memuncungkan mulut ke arah warung tersebut.
"You tak breakfast ke?"
"Nak ajak you breakfast sekali lah ni...sebab tu I datang sini nak jemput tuan puteri kita ni. Dah jum! kejap lagi dah nak start aktiviti." Ajak Lisa lalu mereka berdua jalan seiring menuju ke arah warung.
****
Masing-masing kelam-kabut menghabiskan sarapan. Pelajar-pelajar mula berlari segera menyertai geng lain yang sudah siap menunggu. Aku dan girls yang lain tak terkecuali turut bersama-sama berlari ke tapak yang diberitahu semalam. Kelihatan beberapa orang yang bertanggungjawab untuk aktiviti pagi ini sudah mula mahu memberi taklimat.
"Assalamualaikum dan Selamat Pagi semua."
Iris, Bella, Lisa dan Vivy bergegas masuk ke dalam kelompok pelajar yang lain dan Lara mengambil tempat berdiri disebelah instructor yang lain bersama-sama dua orang lelaki asing yang tidak pernah dilihatnya sebelum ini.
"Waalaikumussalam!" balas mereka dengan penuh semangat.
"Wow!!! Semangatnya jawab salam." Lelaki itu ketawa perlahan sambil memasukkan kedua belah tangan di dalam poket seluar.
Iris mengecilkan matanya memandang ke arah lelaki yang sedang bercakap itu. Itu bukan lelaki gila yang tegur dia semalam ke?! Kenapa dia ada kat depan tu?!
"Sebelum saya cakap dengan lebih lanjut berkaitan dengan aktiviti kita pada pagi ini...saya nak perkenalkan diri saya dahulu. Nama diberi Muhammad Haris Iskandar. Saya selaku instructor dan pemilik kem di sini."
What?! Iris cuba mengawal riak mukanya yang kelihatan terkejut.
Mata Luth hanya fokus ke arah Iris ketika Haris sedang memperkenalkan dirinya. Dia memerhatikan wajah wanita itu agak lama. Dia merasakan wajah itu sangat familiar seperti pernah menjumpainya sebelum ini tetapi lupa di mana. Sejak dari malam tadi dia memikirkan siapa wanita misteri itu.
"Luth! sini jap!" panggil Haris.
Luth tersentak apabila namanya dipanggil tiba-tiba lalu dia berjalan dan berdiri di sebelah Haris.
"Saya perkenalkan... ini abang Luth Mikael kita. Untuk pengetahuan semua, dia merupakan salah seorang yang expert dalam aktiviti water rafting di Malaysia dan juga di Luar negara dan beliau juga sangat berbesar hati untuk menawarkan diri jadi instructor kamu semua pada hari ini." Terang Haris satu persatu kemudian mengenyit mata ke arah Luth sambil tersenyum.
Luth hanya merengus kecil. Kalau tak disebabkan Haris kekurangan instructor hari ini dan merayu Luth untuk menjadi pengganti, dah lama dia pergi trekking ke air terjun yang berada tidak jauh dari kawasan kem tersebut. Potong betul!
"Jadi...yang perempuan sila tutup mata dan yang lelaki sila tutup telinga." Pinta Haris.
"Aikk?! Kenapa pulak?" soal Faris selaku wakil pelajar di situ.
"Sebab..." Suara Haris meleret sambil melihat wajah pelajar dihadapannya satu persatu dan matanya terhenti di sosok wajah Iris yang terlindung di barisan belakang. Dia pun ada? tak kan dia pelajar juga? Haris sudah tersenyum-senyum suka.
"Sebab apa?" rata-rata pelajar bersuara ingin mengetahui ayat selanjutnya.
Haris cuba sembunyikan senyumannya dan beriak serius. "Sebab takut yang perempuan akan tergoda melihat kekacakan saya dan yang lelaki akan iri hati mendengar pujian dari sang gadis yang memuji saya." Haris terus berdekah ketawa bersama yang lain kecuali Luth dan Iris.
Luth disebelah hanya menggeleng kepala melihat Haris. Malunya aku jadi kawan dia ni! Suka sangat puji diri sendiri handsome.
Iris yang memandang Haris hanya menggaru sebelah keningnya. Lawak hambar apa yang dia cuba buat ni?!
Setelah selesai sesi taklimat keselamatan yang diketuai oleh Haris, mereka mula mengambil peralatan masing-masing seperti jaket keselamatan, paddle dan helmet. Kemudian mereka mula masuk ke dalam raft yang memuatkan enam orang termasuk instructor.
Ketika itu Iris sedang sibuk melayan panggilan telefon dari mamanya.
"Iris! hurry up! raft dah nak gerak ni!" jerit Vivy seraya melambai tangan ke arah Iris.
Iris memandang ke arah mereka. "You all pergi dulu! nanti I naik next raft!" balas Iris separuh menjerit.
Iris melekapkan semula telefon di telinganya. "Maaa...Iris kena tutup telefon dulu. Esok kita jumpa kat rumah. Bye..."
"Okay... Jangan buat-buat lupa pulak. Bye..." sindir Madam Lea di corong telefon.
Iris pantas mematikan telefon dan tinggalkannya di dalam khemah lalu bergegas lari ke arah raft yang hanya tinggal satu sahaja di situ. Raft yang lain sudah pergi dahulu menyusuri sungai. Iris kelam kabut memakai helmet dan jaket keselamatannya lalu mengambil paddlenya yang terletak di tepi tebing. Kelihatan ada tiga orang pelajar dan seorang instructor yang sedang menunggunya di dalam raft. Iris pantas masuk ke dalam raft sambil dibantu oleh dua org pelajar perempuan yang berada di situ.
Iris mengambil tempat di sebelah kiri Luth kerana itu sahaja ruang yang masih kosong. Iris memperkemaskan helmetnya dikepala sambil rasa diperhatikan oleh seseorang. Dia menoleh sekeliling tetapi masing-masing kelihatan seperti tengah sibuk berbual sesama sendiri. Mungkin perasaan aku je kut!
Luth ketika itu cuba mengawal riak wajahnya yang hampir-hampir sahaja tertangkap kerana leka merenung wajah Iris. Dia masih tidak puas hati kerana dia masih belum mengingati di mana dia jumpa wajah itu.
Luth cuba melupakan perkara tersebut sebentar. Dia tidak mahu terlalu memikirkan kerana sekarang dia harus menjalankan tugas yang diamanahkan Haris kepadanya. Kemudian Luth cuba mengingatkan sekali lagi kepada teamnya, command yang akan digunakan sepanjang aktiviti ini berlangsung. Contohnya...Move front, Move back, Sit in, Sit Out, Hold On, Over right and Over left. Setiap command itu mempunyai maksudnya yang tersendiri seperti yang sudah diberitahu dalam sesi taklimat keselamatan sebentar tadi.
"Okay guys! Are you ready?!" teriak Luth kuat.
"Yess! Ready!!!!" teriak mereka bertiga.
Iris hanya ketawa kecil melihat keterujaan mereka bertiga. Mungkin ini pengalaman pertama mereka. Iris hanya beriak tenang kerana ini bukan lah kali pertama dia melakukan aktiviti lasak seperti ini. Sudah beberapa kali... jadi keterujaannya berkurang dan tidak sama seperti pertama kali dia melakukannya dulu.
Raft mula menyusuri sungai mengikuti aliran sungai yang deras. Masing-masing menjerit keterujaan apabila berjaya melintasi juram sungai tanpa seorang pun yang jatuh daripada raft.
"Okay guys! ready! Over right!" Jerit Luth untuk melawan bunyi air sungai yang deras.
Apabila mendengar command seperti itu, mereka yang duduk disebelah kiri cepat-cepat mencari ruang disebelah kanan untuk menghimpit.
"Okay! back to normal." ujar Luth apabila dia merasakan Kawasan sungai di situ agak tenang.
Mereka yang menghimpit tadi mula duduk seperti biasa di sebelah kiri.
Setelah hampir 3 jam menyusuri sungai sepanjang tujuh kilometer itu, akhirnya mereka dan kumpulan raft yang lain sampai di extraction point iaitu point yang terakhir untuk aktiviti itu. Suara sorakan daripada pelajar-pelajar kedengaran begitu kuat sekali.
Bermulalah sesi bergambar bersama instructor untuk kenangan. Bermacam-macam free style yang dibuat oleh pelajar-pelajar itu. Ada yang buat gaya melompat, ada yang membuat peace, ada yang hanya tegak berdiri sahaja dan macam-macam.
Sementara menunggu lori untuk datang pick up, aku dan yang lain di minta untuk memulangkan segala peralatan yang dipinjam kepada instructor masing-masing untuk memudahkan sesi pemulangan barang. Iris menanggalkan jaket keselamatannya lalu diletakkan di atas batu sebelahnya tetapi bila dia cuba mahu menanggalkan tali helmetnya, Iris berasa agak sukar. Dah kenapa pulak ni?! tadi aku pakai okay je. Buat hal betul lah!
Dari jauh Luth melihat bibir Iris yang terkumat kamit seperti mengatakan sesuatu dengan muka yang berkerut sambil tangan yang sedang cuba untuk menanggalkan helmet di kepala. Luth dengan berani melangkah menuju ke arah Iris.
"Kenapa ni?" soal Luth tiba-tiba di sebelah.
Iris hanya mendiamkan diri sambil cuba berulang kali melepaskan ikatan tali helmet dikepalanya itu dan mengabaikan soalan Luth.
Luth tersenyum sinis melihat kesombongan gadis itu. Dia mahu lihat sejauh mana gadis itu mahu mengabaikannya. Luth masih berdiri tegak disebelah Iris lantas menyilangkan tangan di dada merenung pergerakan tangan Iris yang masih gagal untuk membuka tali helmet itu.
"Arghhhh!!!" Jerit Iris sedikit geram.
"Give up?" Soal Luth kepada Iris dengan selamba.
Mata Iris mencerlung tajam ke arah Luth lalu sekali lagi mengabaikan kewujudan Lelaki itu.
Mata Iris pandang sekeliling cuba untuk mencari wajah sahabat-sahabatnya itu. Dia terpandang ke arah sungai, kelihatan mereka sedang berseronok mandi bersama-sama pelajar yang lain. Dia mengeluh! masa aku perlukan korang lah...korang nak mandi sungai bagai. Urghhh!
Iris menoleh ke arah lelaki disebelahnya itu. "Tolong." ujar Iris sambil mengarahkan jari telunjuknya ke arah tali helmetnya itu.
Luth mengangkat kening sebelah dan masih diam untuk melihat reaksi gadis itu.
Iris yang melihatnya mengetap bibir geram. Tadi tanya sangat kenapa. Ni bila aku minta tolong, diam pulak!
Ketika Iris berura-ura mahu pergi mendapatkan pertolongan orang lain, Luth yang masih berdiri disebelahnya itu terus menarik badan Iris supaya menghadapnya. Tangannya pantas bekerja menanggalkan tali helmet yang sudah terbelit-belit itu.
Iris terkejut dengan tindakan drastik lelaki itu. Dia berdiri kaku seperti patung dan matanya tidak berkedip memandang lelaki dihadapannya. Otaknya masih tidak dapat nak memproses dengan apa yang jadi sekarang ini. Semuanya berlaku dengan cepat.
Luth perasan akan mata gadis itu yang sedang ralit merenungnya tetapi dia cuba beriak selamba.
"Okay done!" ujar Luth lalu menepuk sedikit atas helmet untuk menyedarkan gadis itu.
Iris tersentak dari lamunannya dan cepat-cepat menanggalkan helmet daripada kepala. Akhirnya! lega apabila kulit kepalanya terkena angin sepoi-sepoi tengahari yang redup itu. Kemudian, Iris mengambil jaket keselamatan yang diletakkan di atas batu dengan tangan kirinya dan berlalu meninggalkan Luth di belakang tanpa berkata apa-apa.
Luth hanya memandang belakang badan Iris yang kian jauh dengan senyuman yang sangat sinis.
Enjoy your reading!
Share this novel