"Kamu ke mana, dah pagi macam ni baru balik?" Suara tegas Tengku Izham menyapa gegendang telinga Iris sebaik sahaja dia melangkah masuk ke dalam rumah papanya. Jam di dinding menunjukkan pukul dua pagi. Iris mengeluh kecil sebelum menyalami tangan papanya.
"Pergi night club, papa." Jawapan bersahaja Iris membuatkan mata Tengku Izham terbeliak.
"Hah?! Iris buat apa pergi kelab malam?"
"Jumpa Lisa." Jawab Iris ringkas. Kebetulan Lisa menelefonnya untuk ajak lepak ketika dia hendak pulang ke rumah. Iris tidak menjangka yang Lisa akan mengajaknya ke kelab malam kerana location yang dihantar oleh Lisa menunjukkan sebuah cafe tetapi bila sampai ke destinasi, Lisa terus menarik tangannya sebaik Iris keluar daripada kereta menuju ke arah kelab yang berhadapan dengan location cafe yang diberikan Lisa. Malas nak serabutkan kepala, Iris ikut sahaja langkah Lisa tanpa membantah. Sudah masak benar dengan perangai kawan baiknya yang sorang itu. Suka sangat ikut kepala sendiri.
"Astaghfirullah al-Azim. Iris...Iris. Takde tempat yang senonoh sikit ke nak jumpa kawan. Kut ye pun kamu nak jumpa si Lisa tu...tak perlulah sampai pergi ke kelab malam. Bahaya kamu tahu tak? Banyak lagi tempat yang elok untuk berjumpa." Tengku Izham mula membebel menasihati puterinya yang seperti tiada rasa serba salah itu.
"Okay paa...I'm sorry okay." Iris berkata dengan wajahnya yang lesu. Kejadian yang berlaku di hotel siang tadi benar-benar buat harinya terasa sangat letih dan serabut.
"Dah...pergi bersihkan diri. Jangan lupa solat isyak sebelum tidur." Arah Tengku Izham dengan tegas.
Tengku Izham meluahkan keluhan bimbang yang terpendam dalam hati. Dia memang tidak boleh tidur selagi puterinya itu belum pulang ke rumah. Walaupun puterinya belajar pelbagai jenis seni mempertahankan diri seperti tae kwan do, muay thai, silat dan banyak lagi daripada kecil tetapi Iris tetap seorang perempuan yang harus dilindungi.
Walaupun begitu,dia bersyukur Iris masih mempunyai sifat keperempuanan yang diterapkan dalam dirinya. Justeru, puteri tunggalnya itu tidak pula menjadi tomboy walaupun kekuatannya boleh mengalahkan kekuatan sepuluh orang lelaki. Dia masih menjadi seorang Iris yang cantik dan feminin.
"Okaylah Iris naik bilik dulu." Iris hanya tersenyum hambar sebelum mencium tangan dan pipi papanya. Dia melangkah ke tingkat atas menuju kebilik tidur dengan hati yang masih sakit mengenangkan kejadian hari ini.
Tengku Izham hanya mampu menggeleng kepala melihat puterinya itu. Kadang-kadang tingkah lakunya akan membuatkan orang sekeliling risau tanpa dia sedari. Namun begitu, dia amat percaya anak perempuannya itu tidak akan membuat sesuatu perkara yang akan menjejaskan nama dan imej keluarga.
Walaupun Iris lahir daripada perhubungannya dengan bekas isteri, Azalea. Seorang perempuan yang ditemuinya ketika menyambung pengajian di London dahulu. Dia dan Azalea bercinta untuk beberapa tahun sebelum mengambil keputusan untuk berkahwin ketika mereka di tahun akhir pengajian. Sewaktu Iris berumur lima tahun, dia dan Azalea bercerai kerana ketidaksefahaman dalam rumah tangga.
Selepas 3 tahun bergelar janda muda, Azalea berkahwin dengan seorang duda merangkap usahawan perniagaan yang terkenal di Malaysia dan juga luar negara yang bernama Ilham dan Tengku Izham masih menduda sehingga sekarang kerana dia sudah cukup selesa dengan kehidupannya yang sekarang bersama puteri tunggalnya. Demi kebaikan semua, Iris membuat keputusan untuk tinggal bersama papanya tetapi dia akan sentiasa menjenguk atau makan malam bersama-sama Madam Azalea dan keluarga barunya sekurang-kurang tiga kali seminggu. Seterusnya pun begitu juga hinggalah dia dapat memastikan yang kasih sayangnya untuk mama dan papanya sama adil. Dia sanggup melakukan apa-apa sekalipun asalkan dapat menyenangkan hati kedua-dua orang tuanya itu.
Walaupun mamanya sudah memiliki rumah tangga baharu, Iris tidak pula rasa tertekan atau kekok untuk berbicara dengan Ilham yang digelarnya Daddy Ilham. Ayah tirinya sudah menganggap dan menyayanginya seperti anak kandung sendiri.
**
Dahi mula berpeluh, disuluh bahang panas matahari. Aku berdiri menghadap bonet depan kereta sambil menggaru dagu yang tidak gatal. Macam mana aku nak repair benda alah ni? Kereta ni pun satu hal...dalam banyak-banyak hari, kenapa hari ni juga lah nak buat hal. Sofea menelefonnya tadi beritahu bahawa Raja Muda Selangor akan tiba satu jam lagi untuk perasmian royal event di hotel dan aku harus guna apa saja cara sekalipun untuk ke hotel sebelum VVIP tersebut datang. Aku cuma nampak dua cara aje. Pertama, tahan mana-mana kereta sahaja yang lalu dan minta hantarkan ke hotel! Kedua, bersiap sedia untuk menahan telinga mendengar ayat pedih dari Mr Sam selaku General Manager di hotel tersebut. Dan aku pilih yang pertama! U can do it Iris!
Iris melambaikan tangannya untuk menahan kereta yang lalu lalang sambil mengelap peluh di dahi.
Kelihatan sebuah kereta wira berwarna kelabu berhenti di sebelah Iris dan membuka cermin kereta.
"Kenapa cik adik? kereta rosak ke?" Pemandu kereta itu menegur sambil tersengih-sengih memandang kawannya disebelah.
"Ya rosak. Tapi saya nak minta tolong boleh tak? Tolong hantarkan saya ke hotel Marriot boleh?" Soal Iris sambil membongkokkan sedikit badannya untuk melihat wajah pemandu.
"Cik adik nak buat apa ke hotel siang-siang ni? ada job ke?" Mata Pemandu wira dan kawannya disebelah itu mula meliar memandang bahagian dadaku yang ditutupi blouse satin berwarna cream.
Muka Iris kelihatan merah tatkala bengang melihat perbuatan tidak bermoral dua lelaki di dalam kereta itu. Jangan sampai aku jolok dua biji mata korang! Baru tau rasa! Hish! Sabar Iris...sabar. Diaorang je harapan kau. Iris cuba menenangkan hatinya yang panas ditambah dengan panas dari cahaya matahari yang menyentuh kulitnya.
"Ya. Saya ada job. Ada seseorang yang sedang menunggu saya di sana. Jadi encik berdua boleh tolong hantarkan saya sekarang? Duit tambang jangan risau, saya akan bayar lebih dari sepatutnya."
"Boleh...tak kan... tak boleh." ujarnya meleret lalu Lelaki yang berada disebelah pemandu itu terus keluar dan membukakan pintu kereta belakang untuk Iris. "Silakan masuk cik adik."
"Sekejap, saya ambil beg dalam kereta dulu." Iris terus bergegas menutup bonet dihadapan dan mengambil beg di tempat pemandu lalu menekan butang lock keretanya.
Sebaik Iris ingin sahaja melangkah masuk ke dalam kereta wira itu, dia merasakan ada tangan yang menyentuh belakang badannya dan perlahan-lahan tangan itu cuba menurun ke bahagian bawah pinggang. Iris berhenti melangkah dan berpusing ke arah lelaki itu.
"Aku minta tolong korang untuk tumpangkan aku bukannya sentuh badan aku." Iris merenung tajam ke arah lelaki dihadapannya sambil mengepal tangannya menunggu masa untuk buat serangan.
"Relaks lah cik adik...abang sentuh sikit je. Tak luak pun." Kata lelaki itu sambil memegang hujung rambut Iris dihujung jarinya. Kawannya di dalam kereta sudah ketawa miang seperti menunggu mangsa untuk diterkam.
Iris senyum sinis.
"Arghhhh!!!!"
Iris menyepak kemaluan lelaki itu dengan kasut tumit tingginya lalu dengan tangkas mengilas tangan lelaki itu kebelakang dan menekan belakang lutut lelaki tersebut sehingga jatuh melutut. Kawannya di dalam kereta bergegas keluar cuba untuk menyerang Iris tetapi berjaya ditepis dan dilayangkan sebuah penumbuk ke arah muka lelaki tersebut sehingga jatuh terjelepok di atas jalan tar lalu Iris menarik kolar baju lelaki itu bangun dan mengilas tangannya kebelakang manakala seorang lagi yang masih melutut itu Iris sepak dibahagian tepi kepalanya sehingga pengsan.
'huh! baru terajang sikit dah pengsan. Pondan!' Iris senyum sinis memandang sekujur tubuh yang sudah terbaring diatas jalan itu sambil tangannya yang masih mengilas kuat tangan kanan lelaki lagi seorang itu.
"Lepaskan aku! Sakit lah bodoh!"
"Sakit?? tapi hati aku lagi sakit tengok perangai miang korang tadi!" Iris mengilas tangan lelaki itu dengan lebih kuat lagi.
"Arghhhh!!!"
Vroomm! Vrooom! Vroomm!
Kelihatan sebuah Ducati Desmosedi berwarna hitam berhenti di belakang kereta Iris. Penunggangnya berjaket hitam dan berhelmet full face gelap menongkat motornya dan turun berjalan menuju ke arah Iris. Iris kekal tenang tetapi tangannya masih mengilas tangan lelaki tersebut.
"Kenapa ni?" Tanya lelaki misteri itu kepada Iris tanpa membuka visor helmetnya.
"Nothing." Jawab iris sepatah.
"Tolong bang! Perempuan gila ni serang kami tiba-tiba."
"Tiba-tiba?? Huh??" Iris menghentak belakang lutut lelaki itu dengan kakinya.
"Arghhhh!!" Lelaki itu terus jatuh melutut di atas jalan tar yang berbatu.
"Lepaskan dia." Arah lelaki misteri itu dengan mendatar.
"Kau siapa? Kawan dia?" Mata Iris merenung tajam seperti ingin menembus kepala helmet yang dipakai lelaki misteri itu.
"Mengikut seksyen 147 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 akta yang sama, bagi sesiapa yang dituduh mendatangkan kecederaan ke atas individu yang lain boleh disabitkan hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda atau keduanya sekali. Aku pasti yang kau tak nak pertaruhkan masa depan kau dengan hal kecil macam ni kan?" Ujar lelaki misteri itu dengan jelas.
"Hal kecil kau cakap? Dia sentuh aku tanpa kerelaan aku sendiri. It's sexual harrasment!" Balas Iris separuh menjerit melawan bunyi kereta di jalan raya.
"Tapi bukan dia yang sentuh kau tapi kawan dia yang terbaring kat situ." kata lelaki itu dengan tenang sambil menunjuk ke arah lelaki yang sudah tidak sedarkan diri itu akibat dari tendangan maut Iris tadi. Lelaki itu tahu segalanya dari saat awal dua orang lelaki asing itu berhentikan kereta mereka. Bukannya dia tidak mahu menolong dari awal. Tetapi dia sengaja mahu lihat perempuan diva ini seperti cacing kepanasan menahan panas terik matahari sehinggalah dua ekor jantan gersang ini memberhentikan kereta mereka untuk memberikan pertolongan. Tapi siapa sangka, pengakhirannya bertukar menjadi tragedi malang buat dua lelaki gersang itu apabila sorang sudah pengsan tidak sedarkan diri dan lagi sorang sedang menahan sakit akibat tangan dikilas.
Iris mendengus sinis. "aku lupa...lelaki mestilah kena backup sesama lelaki walaupun terang-terang diaorang ni salah. Such a pathetic loser. Useless!"
Lelaki itu maju empat langkah kehadapan betul-betul berhadapan dengan Iris lalu membuka helmetnya dan melempar renungan maut tepat ke dalam mata Iris.
Iris tercengang seketika melihat wajah dihadapannya itu sehingga tidak sedar lelaki yang sedang melutut dihadapannya itu lari meninggalkan dia dan lelaki misteri itu berdua di tepi jalan sambil memapah kawannya yang sudah separuh sedar itu ke dalam kereta sebelum melunjur pergi dengan laju.
"Kau??!!!" Jerit Iris terkejut.
"Yes me. The same person who poked your bumpy forehead. Remember baby girl?" Luth memandang Iris dengan sinis sekali.
"I'm not your baby girl. Stupid!"
"Say it again?" Luth mendekatkan lagi jaraknya dengan Iris sehingga muncung kasut boot Luth bertemu dengan muncung kasut tinggi yang dipakai Iris.
"S.T.U.P.I.D" Iris mengeja dan menekan setiap satu huruf. "Stupid!"
"One more time u calling me with that word...I will make sure that you will regret for the rest of your life. Mark my words!" Luth memandang tajam ke arah Iris yang terkebil-kebil menahan panas terik matahari.
"Whatever!" Iris berjalan dan sengaja melanggar bahu Kanan Luth untuk menunjuk ketidakpuasan hatinya. Iris melangkah memasuki keretanya sambil menekan-nekan nombor di screen telefon bimbitnya lalu melekapkannya di tepi telinga. Berulang kali Iris mengulangi perbuatannya itu sambil mengeluh kasar.
"Someone pick up my call please! Masa ni juga lah semua tak nak angkat. Haih!" Iris membebel seorang diri sambil berusaha untuk menelefon seseorang. Luth yang melihat hanya memberi senyuman sinis tetapi dibalas dengan jelingan maut daripada Iris.
Luth datang lalu menghulurkan helmet full face nya di tepi tingkap kereta Iris. "This time I"ll help you."
"I don't need your help. Just go." Balas Iris dengan angkuh sambil menekan-nekan skrin telefon bimbitnya.
"Oh really? Kalau aku pergi, aku tak berani jamin yang akan ada orang datang tolong kau sekarang. Paling kurang pun lagi dua jam baru kawan-kawan kau sampai. Itupun kalau diaorang jawab lah call kau tu." Ujar Luth lalu melangkah dengan penuh gaya ke arah motosikalnya.
'Aduhh! Dua jam? Takkan lah kut... Kalau book grab pun waktu-waktu macam ni dah mula jammed. Perasmian tu pulak akan start kurang dari satu jam lagi. Haih! Fikir Iris! Fikir!' Sempat Iris bermonolog di dalam hati.
'Ting!'
Iris dapat satu idea! Aku terus memandang ke arah Luth yang sedang memakai sarung tangan berkulit. Takpe kali ni je. Kali ni je....Malu kita tolak tepi dulu. Yang penting aku mesti kena sampai hotel sebelum VVIP datang. Yeah! you can do it Iris!
Iris melangkah dengan penuh gaya ke arah Luth.
‘Ehem!’ Iris berdehem menuggu reaksi balas daripada Luth.
‘Ehem! Ehem!’ Iris berdehem dengan lagi kuat supaya Luth menyedari keberadaannya di tepi motor itu.
Tetapi malangnya, Luth masih buat tidak peduli akan gadis itu dan sudah bersedia untuk start enjin motor.
Iris yang sudah cuak melihat pergerakan tangan Luth itu terus merampas kunci motor tersebut.
“Kau memang tak dengar ekh aku ehem ehem dari tadi? Ke kau buta tak Nampak aku berdiri kat sini dari tadi?” gerutu Iris geram.
“Maaf. Aku tak layan orang bodoh sombong. Jadi, sila pulangkan kunci motor yang kau curi daripada aku tadi.” Sinis Luth sambal menadah tangan kanannya kepada Iris.
“No! aku takkan pulangkan selagi kau tak nak tumpangkan aku.” Ujar Iris selamba sambal menahan malu yang semakin menebal apabila melihat senyum sinis lelaki di atas motor itu.
‘Itulah! Tadi dia nak tumpangkan. Kau sombong Iris. Sekarang kau dah nampak macam perempuan desperate. Jatuh standard seorang Iris’ Monolog Iris dalam hati.
“Well! Seems like you’re too desperate now Miss Iris Melisa. Am I right?” Ucap Luth sambal mengeluarkan sapu tangan di poket jaket kulitnya lantas mengelap peluh yang membasahi dahi Iris.
Gulp! Iris menelan air liurnya. Dia terkejut dengan tindakan drastik lelaki itu. Matanya terkebil-kebil memandang wajah Luth yang seakan tiada riak dengan perbuatannya itu.
“Nah!” Terhenti kerja haram Iris melihat wajah anak teruna orang tak berkelip. Iris hanya memandang objek bulat di tangan Luth itu tanpa meyambutnya.
‘Betul ke aku nak naik motor dengan dia ni?’ fikir Iris sambal menggaru tepi kepala yang tidak gatal.
“Memang nak berjemur kat sini sampai rentung ke?” Sindir Luth yang masih menghulurkan objek bulat itu ke arah Iris.
Iris hanya menjeling apabila mendengar sindiran dari mulut lelaki pedas itu.
Aku mengambil objek bulat berwarna hitam itu dengan rasa cuak. Teragak-agak aku meletakkannya di kepala. Takut helmetya busuk dan kepalanya berkelemumur. Habislah rambut aku.
Siapa tahu, rupa aje kacak tapi pengotor. Aku mengambil bau dari jauh. Tak berani aku nak menunjukkan reaksi muka, takut dia perasan dan tak jadi mahu menolong aku. Tapi aku yakin dia perasan kerana dengan serta merta, topi keledar yang aku pakai, direntap dengan kasarnya. Terus diletakkannya dengan ganas ke atas kepalaku. Aduh, sakitnya!
Tali dipasang dengan kasar sehingga mukaku terteleng dekat dengan wajahnya. Aku melihat mata yang begitu hampir itu merenungku tepat. Aku melihatnya dengan mata yang terkelip-kelip tak tentu hala. Cepat aku melarikan pandangan, melihat cermin matanya yang tersangkut di poket dada kiri jaket.
"Kau boleh tutup mulut kau. Pakai sarung tangan ni, dan naik belakang. Pastikan sepanjang perjalanan, jangan sesekali cuba nak raba badan aku dengan tangan kau. Faham?” Ucap Luth dengan serius.
“Ya faham.” Balasku dengan perlahan.
Aku mengikut apa yang disuruh dengan taat. Aku memakai sarung tangan sambil melihatnya menekan skrin telefon. Tanpa Iris sedar, sepasang mata sedang tajam menikam ke dalam mata Iris. Satu sekehan yang agak kuat di atas topi keledar menyebabkan aku tersedar dari lamunan.
"Naik sekarang!" Dia menyekeh kepala aku! Eh, bukan, menyekeh topi keledar!
Cepat aku memijak tempat pemijak dan memegang bahu kanan dia untuk naik ke atas motor yang agak tinggi itu. Hilang diva aku bila kena naik motor. Haih! Apalah nasib seorang Iris pagi-pagi dah dapat bala.
***
Setelah dua puluh minit aku menahan diri daripada ingin mencarut, akhirnya sampai juga ke destinasi. Dia ni memang sengaja bawak motor macam pelesit! Memang sengaja nak bagi aku mati katak ke apa. Dah lah tak kasi aku pegang dia. Kalau aku jatuh tadi, memang aku hantar kau dekat tempat yang sepatutnya. Kubur! Ya itu memang tempat paling layak untuk kau! Gerutu Iris di dalam hati berbaur geram.
Aku turun daripada ducati hitam itu lantas menanggal topi keledar dan hulurkan kepadanya.
Luth mendekatkan kepalanya dan berbisik perlahan di telinga kiriku.
"You are under arrest Cik Iris. Tapi tak apa, aku lepaskan kau kali ni.
Hampir cair tahi telingaku mendengar suara machonya. Luth membuka cermin mata hitamnya. Renungan matanya menyebabkan rama-ramaku seperti terkena sumpitan beracun, menggelepar jatuh satu persatu ke dasar perut. Aku cuba mengatur pernafasan yang terasa sesak. Luth menjauhkan kepalanya semula. aku kembali tenang.
"Sorry? What do you mean by that?" Aku cuba mengekalkan riak tenang walaupun jantung aku seperti mahu melompat keluar apabila sepasang mata itu masih tidak mengalihkan pandangannya daripada aku. Tenang Iris...tenang! dia bukan taste kau. Dia musuh kau! Lagipun kau dah nak kawin! Erk? Kahwin?! Okay ini seram!
"Kau cuba untuk raba aku atas motor tadi dan mungkin ini akan meninggalkan kesan yang mendalam terhadap emosi mental aku. Tapi tak apa, macam apa yang aku cakap tadi…aku lepaskan kau kali ni. After this, no more chance for you Cik Iris."
Mulutku ternganga sekejap. What the hell he’s talking about?! Aku? Raba dia?! What a nonsense!
"Excuse me?! Ini satu tuduhan yang tidak masuk akal. Aku tak kan jatuhkan maruah aku semata-mata untuk raba lelaki yang langsung tak ada ciri-ciri untuk jadi jejaka idaman aku."
Hati aku rasa panas. Panas kerana tuduhannya yang agak tidak berasas. Muka aku ni ada nampak macam muka perogol bersiri ke sampai nak keluarkan statement bangang macam tu? Siapa lah perempuan malang yang jadi isteri dia nanti…confirm hari-hari makan hati dengan perangai berlagak perasan bagus dia tu.
"Tangan kau di mana sepanjang berada kat atas motor tadi?"
Aku tahulah tanganku di dadanya. Tapi tu pun sebab dia yang bawak macam pelesit! Bukan salah aku lah kan?!
"Biar aku tanya kau pulak. Cara pemanduan kau pula macam mana tadi? Kau sedar tak cara pemanduan kau tersangatlah teruk? Kalau kau tak bawa motor macam orang gila tadi, takda maknanya aku nak pegang badan kau yang tak seberapa tu."
Okay fine! Yang ni aku tipu sunat sikit. Walau dia pakai jaket kulit lengan panjang sekalipun, masih tetap Nampak menonjol otot-otot di badannya. Senang cakap jenis badan idaman perempuan-perempuan kat luar sana lah. For sure aku tak tergolong dalam kalangan perempuan-perempuan tu. Kalau the girls Nampak ni mesti menggelupur tak ingat dunia.
"Okey, kalau kau tak mahu mengaku tak apa. Tahulah kau ni jenis perempuan yang suka ambil kesempatan."
Aku cuba menenangkan diri daripada membalas kata-kata pedas yang keluar dari mulutnya dan membuka sarung tangannya dengan kasar.
Banyak mata sudah memandang kami. Aku mengambil peluang melepaskan geram. Aku hempukkan sarung tangan kulit ke perutnya dan saja aku menghentakkan kakiku sekuat hati lantas menuju ke pintu utama hotel tanpa mengucapkan terima kasih. Hati aku rasa terbakar dengan pandangan sinisnya.
Senyuman misteri terpapar di bibir Luth sambil memandang ke arah sarung tangan yang berada diperutnya.
“We meet again…”
Iris yang sudah berada di Lobby Hotel hanya melihat dari ekor matanya, Lelaki itu menderum laju dengan ducatinya.
Share this novel