Iris memakirkan kereta di perkarangan teratak Villa Azil's iaitu gabungan dua nama antara Azalea dan Ilham. Dia mematikan enjin dan menghela nafas panjang. Agak letih apabila harus memandu hampir tiga jam tanpa henti dari Slim river ke Kuala Lumpur dengan kereta yang agak sesak di jalan raya. Apa rakyat Malaysia ni memang lebih suka berada di jalan raya berbanding duduk di rumah ke?
Masih terngiang-ngiang di telinganya bagaimana Madam Azalea menelefonnya berkali-kali mengingatkan tentang perjumpaan mereka di teratak tengahari nanti. Tertanya-tanya juga Iris perkara mustahak apa yang ingin dibincangkan oleh Madam Azalea hingga menyuruhnya pulang ke Teratak dengan segera. Entah kenapa mengikut nalurinya saat itu, seperti ada sesuatu yang akan berlaku. Sebuah keluhan besar dilepaskan seraya menamatkan lamunannya ketika itu.
Iris keluar daripada perut Peugeot RCZ-R berwarna merah yang dibayar secara ansuran setiap bulan menggunakan hasil duit titik peluhnya sendiri yang bekerja sebagai Assistant Front Office Manager di hotel Marriot Kuala Lumpur sebelum menapak masuk ke dalam Teratak Azil's. Dari jauh dia dapat melihat raut wajah mama dan ayah tirinya yang kelihatan serius membincangkan sesuatu. Kaki terus melangkah ke arah dua susuk tubuh itu setelah memberi salam walaupun tidak didengari oleh Azalea dan Ilham.
"Mama." Iris menghulurkan tangan ke arah Madam Azalea untuk salam. "Daddy." Kemudian dia beralih ke arah Ilham untuk menyalami tangan lelaki yang lebih kurang sebaya dengan mamanya itu lalu melabuhkan punggung di sebelah mamanya.
"Bila Iris sampai? tak dengar pun bunyi kereta tadi." Wajah serius Ilham terus berubah ceria apabila terpandangkan wajah anak tirinya itu. Memang tidak dinafikan raut wajah Iris sangat manis. Lebih-lebih lagi apabila anak tirinya itu senyum hingga menampakkan dua lesung pipitnya di pipi.
"Baru je. Daddy dengan mama borak apa sampai berkerut-kerut muka Iris tengok." Iris bertanya setelah meletakkan beg sandangnya di sebelah lalu mencapai sebiji karipap di atas meja.
Madam Azalea memandang Ilham beserta pandangan yang sukar ditafsirkan.
"I have something to tell you but not now. Lepas lunch baru kita bincang." Madam Azalea bersuara setelah mendapat isyarat mata daripada suaminya.
"About what?" Iris memperlahankan kunyahannya dan mata memandang ke arah Madam Azalea.
"Iris naik dulu berehat. Baru je sampaikan, mesti penat drive. Nanti daddy suruh Bik Nani panggil Iris turun bila makanan tengahari dah siap." Arah Ilham kepada Iris.
"Okay." Iris menaikkan kedua belah bahunya dan mengambil sebiji lagi karipap di atas meja sebelum memasukkan ke dalam mulutnya. "Sedap!" Iris memuji lantas berdiri ingin berlalu dari situ.
Ilham dan Madam Azalea blur!
"Apa yang sedap?" Serentak mereka berdua bertanya.
"Karipap." Sepatah Iris menjawab seraya menunjukkan karipap di tangannya yang sudah tinggal separuh dimakannya lalu melangkah menaiki tangga untuk kebiliknya di tingkat tiga bersebelahan dengan bilik adik tirinya iaitu Sarah.
Walaupun Iris tidak tinggal di teratak Villa Azil's, Ilham tetap menyediakan satu bilik khas untuk anak tirinya itu jikalau Iris mahu berehat atau menginap sementara. Walaupun cuma pangkat anak tiri, Ilham tidak pernah membeza-membezakan kasih sayang antara Sara dan Iris. Dua-dua sangat penting baginya. Tiada lebih dan kurang.
Azalea hanya tersenyum-senyum mendengar pujian dari anaknya itu.
'Kalau Iris nak makan karipap sedap macam tu hari-hari, Iris kena lah kahwin dengan anak kepada pembuat karipap tu. Siapa lagi kalau bukan Tengku Sakinah a.k.a sahabat baiknya dunia akhirat.' Sempat dia berkata-kata di dalam hati.
Ilham yang melihat isterinya yang sedang mengelamun sambil tersenyum sorang-sorang itu hanya menggelengkan kepala. Dia faham benar apa yang ada di dalam kepala otak isteri kesayangannya itu.
****
Luth menonong masuk ke dalam Banglo tiga tingkat milik Tengku Hisyam sebaik sahaja pulang dari Kem milik Haris di Slim River. Sepanjang perjalanan, hanya radio yang menemaninya dengan suara celoteh dari Fara Fauzana dan Fad Bocey.
Sedang dia menaiki tangga untuk menuju ke bilik tidur, suara Tengku Sakinah mematikan langkahnya.
"Luth, mummy nak jumpa kamu dekat taman bunga belakang rumah sekarang. Ada benda yang nak dibincangkan." Tengku Sakinah mengarahkan Luth untuk mengikutinya dengan wajah yang tiada riak. Belum sempat Luth bertanya, mummynya itu sudah membawa diri.
"Okay." Balas Luth walaupun bayang Tengku Sakinah sudah tidak kelihatan lantas dia bergerak menuju ke belakang rumah.
Tengku Sakinah duduk di kerusi kayu yang terdapat di taman mini bunga kepunyaanya itu. Kelihatan pelbagai bunga yang ditanamnya tumbuh dengan elok dan cantik sekali hasil berkat usahanya yang sentiasa menjaga dan menyiramnya setiap hari.
Luth yang sedang melangkah ke dalam Taman bunga mini milik Tengku Sakinah berasa kagum apabila melihat ruang yang dahulunya hanya kosong tetapi sekarang sudah berubah menjadi sebuah taman bunga yang sangat cantik. Dalam diam dia memuji titik peluh mummynya itu kerana berjaya menjadikan sesuatu tempat yang kosong tiada apa menjadi cantik sebegini. Luth melabuhkan punggung di kerusi berhadapan dengan Tengku Sakinah.
"Mummy izinkan Luth pergi kali ni." Tengku Sakinah memulakan bicara setelah beberapa minit mendiamkan diri.
Luth pantas menoleh kepalanya memandang wajah Tengku Sakinah lalu tersenyum nipis ke arah wanita berumur dihadapannya itu.
"Thank you mummy." Balas Luth seraya memegang belakang tapak tangan Tengku Sakinah.
"Tapi dengan satu syarat." ujar Tengku Sakinah sambil melirik ke arah anaknya itu. "Kahwin!"
Luth tersentak apabila mendengar akhir perkataan itu. Kahwin??!!!
Tengku Sakinah perasan akan riak wajah Luth yang seakan berubah apabila mendengar perkataan 'kahwin' dari mulut tuanya tetapi dia cuba untuk mengekalkan riak wajahnya supaya menampakkan dirinya betul-betul serius dengan ungkapannya sebentar tadi.
"Kenapa tiba-tiba?" Luth bertanya kepada Tengku Sakinah dengan curiga.
"Kenapa? Salah ke mummy nak tengok Luth kahwin ada isteri ada anak macam pasangan lain?"
"Tak salah but why now? atau ini salah satu plan mummy untuk halang Luth pergi?"
"Mind your words Luth!" tegur Tengku Sakinah dengan nada yang agak tinggi.
"I'm sorry mummy...but it's ridiculous. Luth tak setuju." Luth dengan segera bangun berdiri ingin berlalu pergi tetapi tiba-tiba lengan kanannya di pegang kejap oleh Tengku Sakinah ketika dia mahu melintas di sebelah mummynya.
"Dan Luth sanggup pergi tanpa restu seorang ibu?" Soal Tengku Sakinah dengan jelas agar Luth terkesan dengan ayatnya.
Luth memalingkan wajahnya ke kanan melihat ke arah Tengku Sakinah yang sedang memandang ke arahnya dengan wajah yang tegang sementara tangan tuanya yang masih setia memegang lengan anak lelakinya itu.
"Luth masuk dulu." Luth cuba melepaskan lengannya dari pegangan tangan Tengku Sakinah dengan lembut lalu melangkah masuk ke dalam rumah.
Ketika itu Tengku Sakinah hanya mampu melepaskan satu keluhan hampa kerana tidak berjaya untuk memujuk Luth untuk berkahwin. Apa yang harus diberitahu kepada Azalea? Adakah dia harus melepaskan Luth sekali lagi untuk pergi? Pelbagai persoalan yang muncul di benaknya sekarang. Haih! masalah! masalah!
****
Makan tengahari di teratak Azil's merupakan satu aktiviti yang janggal bagi Iris. Sepanjang perkahwinan antara mummynya dan daddy Ilham, hanya beberapa kali sahaja Iris menyertai makan tengahari bersama mereka. Kebiasaannya, Iris hanya akan menyertai mereka untuk makan malam sahaja, itu pun boleh di kira pakai jari. Kalau boleh Iris ingin mengelak daripada bertembung dengan adik tirinya, Sara bagi mengelakkan cetusnya pergaduhan antara mereka berdua.
Walaupun umur Iris dan Sarah sama tetapi disebabkan Iris lahir empat bulan lebih awal daripada adik tirinya, sebab itu Ilham lebih gemar menganggap Iris sebagai kakak dan Sara sebagai adik. Walaupun hubungan mereka berdua tidak lah rapat seperti adik beradik yang lain tetapi sehingga kini Sara tidak pernah menunjukkan rasa tidak suka terhadap Iris secara terang-terangan di hadapan Ilham dan Azalea. Hanya Iris dan Sara sahaja yang tahu bagaimana hubungan mereka berdua yang sebenarnya apabila di belakang orang tua mereka.
"Sara tak join kita makan tengahari sekali ke?" Iris bertanya apabila melihat adik tirinya itu tidak kelihatan sejak dia tiba pagi tadi.
"Puas dah Bik Nani kejut dia bangun tadi tapi tu lah liat sangat nak bangun. Balik pukul empat...lima pagi mana tak mengantuknya. Setiap kali daddy tanya, terus dia masuk bilik kunci pintu. Apa nak jadi pun tak tahu lah." Bebel Ilham sambil meletakkan beberapa lauk di pinggannya. Iris yang mendengar hanya mengangguk kepala perlahan.
Suasana sepi seketika. Masing-masing enak menjamu selera tanpa toleh kiri kanan. Ya lah, makanan minang yang di masak Bik Nani tidak pernah mengecewakan setakat ini. Cukup rasa, cukup pedas, masin manis semua cukup lah! Boleh dikatakan sedap hingga menjilat jari.
Setelah selesai makan tengahari bersama, Azalea meminta Iris untuk menunggunya di mini perpustakaan di tingkat dua.
"Daddy mana?" soal Azalea setelah menolak pintu perpustakaan lalu melangkah ke arah sofa yang diduduki Iris.
"Iris nampak daddy masuk bilik kerja dia tadi." Balas Iris seraya meletakkan semula majalah korporat yang diambilnya tadi di atas meja.
Azalea hanya mengangguk kepala lantas melabuhkan punggung di sebelah Iris.
"Mama nak cakap apa dengan Iris sebenarnya? Sampai tak sabar suruh Iris cepat-cepat balik KL." Iris tertanya-tanya.
"You still remember our deal? Mama dah jumpa calon yang sesuai untuk jadi suami Iris." kata Azalea dengan yakin.
Ketika itu jantung Iris seakan terhenti seketika mendengar kata-kata yang keluar dari bibir Azalea. Suaranya seakan tersekat mahu mengeluarkan kata. Otaknya seakan-akan berhenti berfikir. Dia tidak menyangka begitu cepat sekali mummynya berjaya mencari calon suami untuknya.
"Iris??" Panggil Azalea apabila melihat anaknya itu mengelamun.
"Yyy...yess mama." Jawab Iris dengan tergagap-gagap.
"Iris dengar tak apa yang mama cakap tadi?"
"Yaa. Iris dengar maaa..." Iris membalas dengan nada yang perlahan.
"Iris betul tak nak tahu siapa lelaki tu? tengok gambar ke?" Azalea sengaja mengutarakan soalan itu walaupun awal-awal Iris telah memberitahunya bahawa dia tidak mahu jumpa atau berkenalan dengan bakal suaminya sehingga lah hari akad nikah bermula.
Iris hanya menggeleng kepala tanda tidak mahu.
"Okay. Kalau macam tu minggu depan nikah. Iris hanya persiapkan diri sahaja. Selebihnya mama akan uruskan." Terang Azalea dengan senyum meleret di bibir.
Kalau tadi jantungnya seakan berhenti berdetak tetapi kali ini dia merasakan jantungnya akan berlari keluar dari tubuhnya. Iris serta merta memusingkan badannya seratus lapan puluh darjah ke arah Azalea.
"Kenapa cepat sangat?!" Soal Iris dengan nada terkejut.
"Sebab your future husband akan pergi ke India lagi dua minggu. Dia akan berada di sana for a few months atas urusan kerja. That's why mama dan bakal mak mertua Iris decide untuk percepatkan majlis nikah kamu berdua secepat yang mungkin." Terang Azalea satu persatu.
"Okay." Iris bersuara setelah diam beberapa minit memikirkan baik buruk keputusannya itu.
Azalea melemparkan senyum manisnya ke arah Iris lalu jarinya menekan sesuatu di telefon miliknya.
****
"Mummy... kenapa berkurung je dalam bilik dari siang tadi? mummy tak sihat ke?!" Suara kuat Amylea membuatkan langkah Luth yang sedang
menapak ke luar rumah terhenti begitu sahaja. Dari bawah dia dapat melihat melihat wajah risau adik lelaki dan perempuannya yang sedang berdiri sambil mengetuk pintu bilik mummynya dengan kuat.
"Mummy, keluarlah...Yas ada bawa dinner untuk mummy ni." Suara Ilyas sedikit memujuk saat itu. Dia berasa pelik apabila mummynya tiba-tiba tidak ingin keluar daripada bilik.
"Kamu pergi je lah makan. Tak payah tunggu mummy. Mummy dah kenyang!" Kedengaran suara Tengku Sakinah yang agak tinggi di sebalik daun pintu bilik itu.
"Kenapa ni Yas, adik?" Luth yang berdiam diri sedari tadi segera menaiki tangga dan menghampiri mereka berdua.
"Ni hah! mummy ni...Kak Sal kata dari siang tadi mummy tak nak keluar bilik, tak nak makan." Wajah adik perempuannya itu kelihatan amat risau apabila Tengku Sakinah tidak ingin membuka pintu dari tadi.
"Daddy mana?" Soal Luth lagi sambil menatap wajah kedua-dua adiknya yang berdiri di hadapannya itu.
"Daddy outstation tiga hari dekat Penang. Lusa baru balik, itupun mungkin petang baru sampai." Ujar Amylea sambil merenung ke arah pintu bilik mummynya itu.
Luth mengangguk kecil lalu melangkah menuju ke arah tangga dan turun menghampiri laci meja lantas mengambil kunci pendua bilik mummy dan daddynya.
Tengku Sakinah yang berada di dalam bilik hairan apabila dia tidak mendengar apa-apa bunyi. Dia melekapkan telinga di sebalik pintu. Belum sampai beberapa saat, dia merasakan pintu ditolak dari luar. Cepat-cepat Tengku Sakinah berlari dan duduk bersandar di kepala katil.
"Mummy?" Panggil Amylea dan Ilyas hampir serentak lantas melangkah menghampiri mummynya itu.
Tengku Sakinah masih berdiam diri tanpa memandang ke arah anak-anaknya sementara Luth masih berdiri di pintu memerhati dari situ.
"Kenapa mummy berkurung dalam bilik ni? Kak Sal kata mummy tak jamah satu apa pun dari siang tadi. Mummy sakit ke?" Soal Amylea dengan raut wajah risaunya.
"Ni Yas ada bawakkan dinner untuk mummy." Ilyas menghulurkan dulang berisi nasi dan lauk asam pedas ayam berserta sayur ke arah Tengku Sakinah tetapi wanita itu masih tetap diam sambil menggeleng kepala.
Luth yang diam berdiri dari tadi mula menghampiri mereka bertiga lalu mengambil dulang di tangan Ilyas.
"Yas dengan adik keluar dulu. Biar abang yang yang pujuk mummy makan." Arah Luth lantas melabuhkan punggung di sisi katil.
Dengan berat langkah Ilyas dan Amylea keluar daripada bilik mummynya dan menutup pintu dengan rapat. Setelah yakin adik-adiknya telah pergi, Luth meletakkan dulang di meja bersebelahan katil lalu menggenggam erat tangan Tengku Sakinah.
"Mummy marah Luth?" Luth mengusap-usap lembut belakang tapak tangan Tengku Sakinah yang sedang memandang ke arah luar tingkap biliknya.
"Luth keluar lah. Mummy nak rehat." Tengku Sakinah menarik tangannya daripada pegangan anak sulung lelakinya itu.
Luth menarik nafas dalam. Sememangnya dia tahu kenapa mummynya melancarkan mogok sebegini. Ini adalah kerana kejadian pagi tadi yang membuatkan Luth pening memikirkan syarat gila mummynya itu.
"Mummy tahu kan kahwin ni bukan perkara yang main-main?"
"Mummy cuma nak tengok anak mummy dirikan masjid. Lagipun, kalau Luth kahwin sekalipun, Luth tetap boleh pergi ke India. Mummy tak akan halang Luth. Kalau Luth nak bawa isteri Luth sekali pun...suka hati Luth lah. Sekurang-kurangnya mummy tahu sepanjang Luth di India akan ada yang jaga makan minum Luth di sana." Terang Puan Sakinah dengan jelas.
"Mustahil Luth nak bawak isteri Luth ke sana mummy. Tempat-tempat yang Luth nak pergi tu pedalaman dan tak sesuai untuk perempuan." Ujar Luth.
"Kalau macam tu biar je lah wife Luth nanti tinggal dengan mummy. At least mummy ada teman berborak bila daddy kamu pergi kerja. Nanti Luth dah selesai kerja kat India tu, kamu balik lah." Tengku Sakinah masih mencuba untuk memujuk Luth walaupun dia rasa agak mustahil untuk Luth setuju dengan rancangan drastik itu. Tapi tak salah kan untuk mencuba. Hiks!
Luth melepaskan satu keluhan yang agak berat. Sungguh senang mummynya berfikir seperti main kahwin-kahwin sahaja.
"Tapi Luth tak ada kawan perempuan untuk dijadikan isteri."
"Luth hanya perlu cakap setuju sahaja. Selebihnya biar mummy yang uruskan." Ujar Tengku Sakinah dengan penuh yakin apabila melihat Luth seperti teragak-agak untuk membuat keputusan.
"Mummy tahukan Luth hanya tinggal seminggu lebih je kat sini sebelum berangkat ke India? Sempat ke mummy nak uruskan semuanya sorang-sorang?"
"Kita buat yang wajib je. Majlis resepsi kita buat selepas Luth pulang dari India."
Setelah memikirkan baik buruk cadangan mummynya itu. Luth telah membuat satu keputusan yang akan merubah hidupnya selepas ini.
"Jadi keputusan Luth?" Soal Tengku Sakinah dengan wajah yang penuh harapan.
"Yes!" Walaupun hanya sepatah perkataan mampu membuatkan Tengku Sakinah senyum sampai ke telinga kerana akhirnya rancangannya dan Azalea telah berjaya.
"Ya allah! Aminn! akhirnya termakbul juga doa Mummy nak tengok Luth kahwin..." Ucap Tengku Sakinah dengan penuh rasa syukur.
"Tapi sebelum tu mummy makan dulu makanan ni." Pinta Luth lalu meletakkan dulang di riba Tengku Sakinah.
Wajah ceria Tengku Sakinah membuatkan Luth tersenyum nipis sebelum mengisi air kosong ke dalam cawan lalu diberikan kepada mummynya.
****
"What???!!!" Jerit mereka hampir serentak. Lisa, Bella, Vivy dan Lara terkejut apabila mendengar khabar yang menggemparkan daripada Iris.
"Why so sudden?" Lisa bertanya pelik.
"You pregnant ke?" Bella bertanya dengan mata membulat memandang ke arah Iris.
Papp!
"What?! I tanya je..." Bella menggosok lengannya yang sedikit pedih ditampar Vivy.
Vivy menjeling Bella di hujung mata. Iris hanya ketawa perlahan mendengar tuduhan tidak berasas Bella.
"I just want to make my mom happy. That's all!" Ujar Iris dengan tenang. Walaupun pada mulanya dia seakan was-was dengan keputusannya tetapi demi Madam Azalea dia sanggup lakukan apa sahaja asalkan mummynya bahagia.
"Then family you dah decide lah tarikh nikah you semua?" Soal Lara.
"Yes." Balas Iris sepatah.
"Bila?" Soal Lara lagi.
"Next week." Bella yang sedang meneguk air langsung tersedak. Lisa membantu menepuk belakang badan Bella yang sudah terbatuk-batuk memegang dada manakala Vivy dan Lara ternganga mulut mereka apabila mendengar dua perkataan yang mengejutkan keluar dari mulut Iris.
Reaksi mereka mengundang tawa Iris. Tidak menyangka dalam sekelip mata dia mempunyai bakal suami yang dia sendiri tidak tahu rupa parasnya, kerja apa, tinggal mana. Semuanya diserahkan bulat-bulat kepada Madam Azalea. Takdir yang harus diterima Iris demi kebahagiaan mamanya.
Share this novel