Bab 13

Romance Series 18146

?Bab 13

” Awak! Tunggu!” panggil Misliha. Dia rasa bersalah untuk melepaskan Ahmad Zihan pergi sebelum melihat darah daging lelaki itu sendiri.

” Ibu! Abah panggil!” jerit Affan Naqlis yang kini sudah berusia tiga tahun. Anak kecil itu semakin lasak sejak akhir-akhir ni.

Misliha mendukung anak sulungnya yang comot itu masuk ke dalam rumah. ” Mana abah?” soal Misliha kepada Affan.

” Entah? Tadi ada. Abah dalam bilik kut. Abah cakap tadi Ulfa dengan Nuha nak susu. Abah cakap dia tak ada susu, ibu aje yang ada susu,” petah sahaja mulut mungil Affan berkata-kata. Siap buat flashback sekali. Misliha ketawa.

” Mana abah ni. Nak kena dia ni. Ajar anak ibu bukan-bukan. Abang! Abang? ” Misliha melaung memanggil suaminya.

” Ya, sayang? Kenapa ni? Abang tengah tidurkan Ulfa dengan Nuha ni. Senyap sikit ye,” Suami Misliha seakan berbisik. Dia tidak mahu anak perempuan kembarnya bangun dari tidur.

” Ops! Sorry. Tadi Affan kata kembar nak susu. Awak cakap apa dengan anak saya tadi? Tak senonohlah awak ni,” marah Misliha seraya memulas cuping telinga suaminya yang nakal itu.

” Wooo! Anak sayang anak abang jugak he? Jangan nak pertikaikan lagi hal tu. Dah nak masuk tiga tahun kita kahwin.” Dr. Henry pura-pura memarahi isterinya.

” Janganlah merajuk bang. Buruk tau kalau Dr. Henry merajuk,” pujuk Misliha.

” Midad! Abang bukan Dr. Henry lagi tau. Abang dah jadi Dr. Umar,” bersungguh-sungguh Dr. Umar menjelaskan kepada isteri terchentanya yang kadang-kadang keras kepala itu.

” Yalah Dr. Umar!” Misliha menekan kuat nama suaminya itu.
Kini, Misliha Hadad sedang mengecapi bahagia bersama suami terchenta dan anak-anak yang sihat dan riang. Hasil perkahwinannya selama tiga tahun, Misliha dan Dr. Umar dianugerahkan sepasang anak perempuan kembar bernama Ulfa Damia dan Nuha Liana.

Selepas lamaran Dr. Umar ditolak tiga tahun dahulu, Dr. Umar merajuk sehingga berbulan lamanya kerana Misliha mengatakan bahawa dirinya seorang kafir. Misliha tidak tahu bahawa Dr. Umar telah dua tahun memeluk agama Islam sebelum berjumpa dengan Misliha sehinggalah Maldihah dan Fitry menerangkan kepadanya.

Kerinduan terhadap Dr. Umar yang kerap bertandang memaksa dirinya untuk bertemu kembali dengan doktor yang telah berjaya mencuri hatinya itu. Dia tidak mahu Dr. Umar melepaskan dirinya.

Jenuh juga Misliha hendak memujuk Dr. Umar kesayangan itu. Sehingga Misliha terpaksa berbohong dan mengugut lelaki itu dengan menyatakan bahawa dia akan meninggalkan bumi Malaysia.

Akhirnya lelaki itu terpujuk juga. Dr. Umar telah bertandang ke rumah Misliha seminggu selepas itu. Memandangkan kedua ibu bapa Dr. Umar meninggal dunia ketika menjalankan ibadah umrah, lelaki itu datang seorang diri.
Pada mulanya, hasrat Misliha dan Dr. Umar untuk bersama ditentang hebat oleh Mama Misliha, tetapi apabila Dr. Umar mengaku bahawa dirinya seorang doktor, sejuk sedikit hati wanita tua itu. Mama memang memandang pada status. Misliha berdoa agak mamanya itu berubah, suatu hari nanti. Insyaallah.

Ahmad Zihan pula telah membawa diri keluar Negara saat dia mengetahui bahawa Misliha akan diijabkabulkan dengan lelaki yang menjadi pilihan hati wanita itu. Dia juga telah berjanji akan menjadi bapa yang bertanggungjawab kepada Affan Naqlis. Sebelum bertolak ke luar Negara, Ahmad Zihan telah menyerahkan buku akaun bank kepada Misliha. Setiap bulan dia akan memasukkan sejumlah wang kedalam akaun itu sebagai nafkah kepada Affan.

” Kak! Abang Umar! Buat apa lagi kat dalam bilik tu? Tetamu semua dah sampai ni. Majlis dah nak bermula,” jerit Maldihah dari luar bilik.

Maldihah pula telah selamat diijabkabulkan dengan Fitry Azrai setahun selepas Misliha dan Dr. Umar menikah. Hasil perkahwinan pasangan itu, mereka telah dikurniakan seorang bayi perempuan bernama Nia Kirana.

” Ya! Kami datang ni. Taulah baby Nia Maldy tu tak sabar-sabar nak potong jambul. Kut ya pun janganlah jerit-jerit macam Tarzan. Dari anak dara sampai dah jadi mak budak tak ubah-ubah perangai tu.” Misliha menyahut panggilan Maldihah dengan bebelan.

” Maldy, nanti suruh Fitry datang klinik abang.” Dr. Umar pula sibuk menyampuk. Affan Naqlis berada dalam rangkulannya. Anak kecil itu lebih manja dengannya berbanding dengan Misliha.

” Kenapa?” Soal Maldihah. Pelik. Setahunya, abang Fitry tiada masalah. Okay aje, tak ada sakit ‘tuan’ pun.

” Abang nak periksa telinga dia. Manalah tahu gegendang telinga dia pecah. Hahahaha,” memang seronok menyakat dua beradik ni. Kadang-kadang dia dan Fitry akan team-up untuk mengenakan dua beradik itu.

Misliha hanya ketawa apabila melihat Maldihah menayangkan muncung sejengkal. Dia sangat bahagia menjalani hidup sebagai seorang isteri kepada Dr. Umar Bin Abu Bakar dan ibu kepada Affan Naqlis, Ulfa Damia dan Nuha Liana.

Dia juga tidak pernah lupa mendoakan kebahagiaan keluarganya selepas solat. Dia berharap agar keluarganya sentiasa ceria dan bahagia sehingga ke akhir hayat. Tiada apa yang dia mahu selain suami yang menyayangi dirinya sepenuh hati dan anak-anak yang membuat bibirnya mengukir senyuman.

Saat dia menjadi janda muda, seorang lelaki bernama Umar Bin Abu Bakar a.k.a. Henry Wright datang menghulurkan salam cinta untuknya. Semoga cinta kami berkekalan, amin. ‘Midad cintakan abang!’ jerit Misliha dalam hati.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience