Bab 2
” Sudah! Sudah! Kau tak payah nak bersumpah dengan nama Tuhan. Aku takkan percaya kata-kata perempuan sundal macam kau ni. Sekarang kau dengar baik-baik apa yang aku nak cakap ni, aku ceraikan kau dengan talak dua!”
” Abang! Astaghfirullah…” Apa salah aku sehingga diperlakukan sebegini rupa?
” Kau kemas barang-barang kau lepas tu berambus dari rumah ni! Aku tak nak tengok muka perempuan yang curang macam kau ni lagi! Berambus!!!”
Teguran dari Imanisha membuatkan lamunannya terhenti. Misliha menarik nafas sedalam-dalamnya. Kaca mata hitamnya diperbetulkan.
” Sudah-sudah lah tu Mis, kau berhenti fikirkan pasal lelaki durjana tu. Sekarang kau dengan baby mulakan hidup yang baru.” Imanisha menegur sahabat baiknya itu. Sedari tadi Misliha asyik termenung jauh.
Misliha mengeluh berat. ” Yalah, Nish. Aku memang akan melupakan dia. Kau jangan takut. Aku akan baik-baik aje ni. Rilekslah beb!”
” Yalah tu. Yang tadi kau duk termenung tu apa kes?”
” Sarkis!” Jawab Misliha kemudian ketawa mengekek. Imanisha yang geram dipersendakan oleh Misliha kemudian mencubit pipi gebu Misliha. Terjerit kuat ibu mengandung itu.
” Padan muka kau. Kacau aku lagi.Ha! Sekarang kau nak buat apa? Balik rumah mama papa kau kat Johor ke? ”
” Hmm…rasanya tak. Mesti pekak telinga aku kalau balik rumah mama. Aku ingat aku nak balik Johor tapi bukan untuk tinggal dengan mama papa, tapi tinggal sendiri. Aku nak berdikari,” jelas Misliha.
” Boleh ke? Kau tu mengandung tau. Kalau ada jadi apa-apa siapa nak tolong? Kalau kau duduk dengan aku, aku ada. Aku boleh tolong jaga kau dengan baby,” risau juga Imanisha mahu melepaskan Misliha sendiri.
” Kau jangan risau. Insyaallah aku akan jaga diri aku dengan baby baik-baik. Kau doakan aku yer bestie?”
” Betul ni? Yalah. Kata-kata Misliha Hadad binti Mukhriz Hizbur siapa boleh lawan.”
Misliha hanya senyum apabila disindir Imanisha. Ya! Dia nekad. Dia mahu berdikari. Dia tidak mahu menyusahkan orang lain. Ini untuk kebaikan dirinya juga yang bakal dilabel sebagai ibu tunggal.
Share this novel