Bab 3

Romance Series 18146

Bab 3

Alhamdulillah. Akhirnya sampai juga Misliha di rumah sewanya. Em, lawa juga rumah teres tiga bilik ni. Pandai Maldihah cari. Maldihah Hanan, adiknya yang rapat dengannya itu memang boleh diharap.

” Kak, boleh tak rumah ni?” soal Maldihah kepada kakaknya yang sedang duduk di atas sofa. Segelas air blueberry disua. Kakak kesayangannya itu kelihatan lesu sekali. Maklumlah penat memandu seorang diri dari Kuala lumpur ke Johor Bahru. Perut memboyot pulak tu.

” Okay sangat. Tapi bilik banyak sangatlah Maldy. Akak duduk seorang aja kat sini.” Perlahan-lahan air berwarna biru itu diteguk, Fuhh! Segarnya!

” Siapa cakap akak duduk seorang? Maldy pun pindah sini tau. Akak ambil master bedroom. Maldy ambil bilik disebelah bilik akak.”

” Hah! Mama tahu tak Maldy pindah dengan akak ni? Eh, kan akak cakap tak payah bagitahu mama. Maldy ni!” marah Misliha. Dia sebolehnya tidak mahu Mama tahu dia menetap sendiri di Johor Bahru ni. Nanti haru jadinya.

” Ak enna ibu mengandung ni. Kalut pulak dia. Rileks lah kak. Mama tak tahu pun. Maldy cakap Maldy pindah rumah kawan, nak berdikari. Mula-mula tu memang mama tak bagi, tapi nasib baik papa back-up Maldy.”

” Oh. Sorrylah. Akak terkejut tadi. Mikhael dengan Musfirah apa khabar?” Misliha tidak lupa bertanyakan khabar adik bongsu kembarnya iaitu Mikhael Haseef dan Musfirah Humaira.

” Si kembar tu okay je. Diorang tengah struggle tu. Calon SPM yang cemerlanglah katakan.”

” Oh, akak lupa diorang ambil SPM tahun ni. Em, Maldy, akak nak solat dulu. Lepas tu kita keluar beli barang dapur eh? Biar akak masak.”

” Tak payah lah kak oii. Malam nanti kita keluar makan sudah. Akak kan baru sampai ni. Pergi rehat dulu.”

Misliha tersenyum kearah Maldihah seraya mengatur langkah kebiliknya. Kewajipan sebagai seorang hamba Allah perlu dilaksanakan. Dia tidak mahu berhutang diakhrat kelak.

Malam itu, seperti yang dijanjikan, Misliha dan Maldihah keluar makan. Mereka memilih untuk makan di Restoran Singgah Selalu. Pada mulanya Maldihah bercadang mahu ke Plaza Angsana sahaja, memandangkan kakaknya itu sedang sarat mengandung. Tetapi Misliha pula mengada-ngada mahu makan ni Restoran Singgah Selalu. Maldihah hanya turutkan saja apabila Misliha menggunakan modal mengidam. Layan ajelah kepala kakaknya itu.

” Kak! Lepas makan ni balik ya?” soal Misliha di kaunter pembayaran.

” Akak nak jalan-jalanlah. Dah lama akak tak balik Johor ni. Rindulah! Apa kata kita pergi Danga Bay pulak lepas ni? Dekat sangatlah tu. Akak nak pergi karaoke lah,” jawab Misliha.
” Haih? Ibu mengandung ni. Akak tu mengandung tau tak? Akak jangan nak mengada-ngada. Kita balik lepas ni. Jangan nak buat kerja gila. Kita bukan budak-budak lagi. Akak nak jadi mak budak dah ni,” bebel Maldihah.

Maldy nilah. Kalau bebel macam makcik-makcik! Seingat aku, aku dah tinggalkan mama kat rumah. Ada pulak mama junior kat sini. Tanpa Misliha sedari lelaki yang sedang beratur didepannya tersenyum mendengar perbualan mereka dua beradik.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience