Bab 4

Romance Series 18146

Bab 4

” Maldy, bolehlah. Jalan-jalan aje. Tak nak karaoke. Boleh ekk Maldihah Hanan Mukhriz Hizbur???” harap-harap Maldy cakap yes! Muka aku dah ready for take 1,2,3 action nih! Dah tukar mode pelakon fofular minta simpati ni.
” No!” jawab Maldihah. Tegas.

Dush! Maldy ni tak sporting langsunglah. Esok hari ahad, bukan dia kerja pun? Ni mesti nak balik rumah cepat-cepat sebab nak chatting dengan Prof. Fitry lah tu. Hampeh punya adik!

Misliha menarik muncung sehasta. Asyik sedepa je, sehasta pulak. Pendekkan sedikit. Hehehe. ” Maldy ni Nampak noh tak sayang akak. Tak apalah. Siapalah akak ni. Dahlah kena cerai dengan suami. Dibenci mama sendiri pulak tu.”
” Amboi. Ayat tak hengat! Yalah.Yalah. Lepas ni kita pergi. Eh, pesal ramai pulak orang nak bayar ni? Lam mim ba ba (lembab) betullah!” marah Maldihah.

” Lek lek sua sudah, Maldy. Akak tunggu kat luarlah. Da…”

Misliha menukar posisinya. Baring sebelah kanan tak kena. Menghadap sebelah kiri tak sedap. Adoi! Bosannya. Maldihah pula sejak tengahari tadi sudah keluar dengan tunang terchenta. Menyesallah pulak aku suruh dia keluar aja tadi. Haish! Tak baik mengungkit Misliha. Kasihan adik kau tu.
Argh! Tak boleh jadi ni. Kaki aku ni gatal aje nak merayap. Kalau dah macam tu, apa lagi! Merayaplah! Hehehe. Misliha bangkit dari pembaringannya kemudian berjalan kearah almari lalu mengeluarkan sehelai blaus berwarna pink.
Kunci kereta Toyota Rush nya dicapai. Kemana harus ku pergi? Hmm? Angsana? Dekat sangatlah. City Square? Serabutlah kat sana. Banyak budak muda. Danga Bay? Dah jalan dah semalam. Haa! Jusco Tebrau! Yes! Kat sana ada Harris Bookstore. Bolehlah aku duduk berjam-jam kat sana. Hehehehe.

Setibanya di Jusco Tebrau, Misliha menyerang Harris terlebih dahulu. Hmm? Novel apa yang best? Take your time, Mis!
Tiba-tiba perutnya sakit. Novel yang berada ditangannya terlepas. Ya Allah! Sakitnya. Nak beranak ke ni? Kesakitan yang terlampau membuatkan Misliha jatuh terduduk. Perutnya ditekan-tekan. Orang disekeliling mula panik.
” Excuse me! I’m a doctor,” selar seorang lelaki. Dia mahu melihat apa yang terjadi. Situasi tersebut menggambarkan seperti ada berlakunya kemalangan.

” Help me. It hurts!” Misliha menggenggam erat tangan lelaki yang mengaku dirinya sebagai doktor itu.
” Wait. I’m calling the ambulance. Everybody please give her some space,” lelaki itu menekan-nekan lembut perut Misliha. ” Hang in there, sweetheart. The ambulance will arrive soon. You and your baby will be fine.”

Samar-samar mata Misliha melihat doktor itu. Sedetik, dua detik, tiga detik….kemudian matanya tertutup rapat.

Kelopak mata Misliha terbuka perlahan-lahan. Aku ada kat mana ni? Kat syurga ke? Putih aje semua? Ya Allah!
” Good Morning, Misliha,” tegur satu suara.

” Huh?” lamunannya terhenti. Siapa pula yang tegur aku? Kenapa suaranya itu pernah aku dengar. Tapi dimana ya???
” Hey, are you okay?” soal suara itu pula.
Misliha bangkit sedikit demi sedikit sambil dibantu oleh lelaki itu. Matanya tidak berkelip memandang lelaki itu dengan penuh tanda tanya.

” Err, who are you? ” soal Misliha.

” I’m Henry Wright, the doctor that helped you yesterday. You’re in the hospital right now. Your baby is fine, he is as strong as his mummy. By the way, your sister called and she was very worried about you. She said that she will be coming here in a jiffy,” terang lelaki itu seraya tersenyum manis.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience