Bab 10

Romance Series 18146

Bab 10

” Fitry, aku rasa lebih baik dapat janda daripada dara yang tak dara lagi. Sekurang-kurangnya janda tu baik, comel dan kelakar,” sambungnya lagi.

Kini giliran Fitry pula menghela nafas panjang. “Suka hati kau lah bro, kau pikatlah bakal janda tu sampai dapat. Boleh kita jadi biras lepas ni.”

Hanya senyuman yang mampu menghiasi bibir Dr.Henry tatkala mendengar kata-kata yang zahir dari mulut Fitry.

Terpisat-pisat Dr.Henry mengangkat panggilan daripada Blackberry-nya. Haish! Siapalah yang telefon aku pagi-pagi buta ni? Kacau mimpi aku betullah!

” Hello? Henry? Henry!!!” jerit Maldihah dari corong Blackberry milik Dr.Henry.

Wooo! Maldihah ni tak boleh nak slowkan volume dia ke pe? Bergegar eardrum aku! Tapi apa ke halnya perempuan ni call aku pagi-pagi ni? Salah number ke? Tapi tadi dia panggil nama aku tadi?

” Henry? Are you there?” jerit Maldihah sekali lagi.
” Yes. Yes! I’m here! Kenapa ni? Tarzan off duty ke malam ni?” sempat lagi Dr. Henry ni tukar proffesion jadi lawyer buruk! Heheheh.

” Kau jangan main-main boleh tak? Kak Mis ni. Dia pengsan, dia terjatuh dalam tandas. Banyak darah keluar. Tolong aku! Datang sini sekarang!” sekali lagi…Maldihah menjerit.
” Hah? Aku datang sana sekarang!” dengan sepantas kilat Dr.Henry bangkit dari katilnya. Kunci kereta dicapai. Nasib baiklah apartmentnya dan rumah sewa Misliha dan Maldihah sangat dekat. Lima minit dah sampai.

Dr.Henry menyerbu masuk ke dalam rumah sewa itu. Dia mendukung Misliha yang pengsan itu masuk ke dalam keretanya. Bau darah yang menghanyirkan keretanya tidak dipedulikan, yang penting Misliha dan bayinya selamat.
Sebelum itu sempat Dr.Henry berpesan kepada Maldihah agar berjumpanya di klinik miliknya. Memandangkan Maldihah perlu mengambil masa untuk mengunci pintu, Dr.Henry terpaksa pergi terlebih dahulu. Nyawa Misliha dalam tangannya.

Misliha dibawa ke kliniknya. Dr.Henry memeriksa wanita yang dicintainya itu. Humm. Terpaksa dibedah juga pagi ni.
Selepas beberapa jam mengharungi pembedahan. Misliha akhirnya selamat melahirkan seorang bayi lelaki. Memandangkan bayi itu tidak cukup bulan, Dr.Henry terpaksa meletakkan bayi itu ke dalam incubator. Misliha dimasukkan ke dalam wad di kilniknya. Keadaan wanita itu agak stabil selepas dibedah.

” Akak kat mana ni Maldy? Kenapa perut akak kempis? Mana baby akak?” Misliha sudah mulai menggelabah.

Maldihah pun turut menggelabah. Aku nak cakap apa ni? Kak Mis dah macam orang nak menagis tu…

Dr. Henry masuk ke dalam wad yang menempatkan Misliha dan lima orang wanita lain. Doktor muda itu segera meluru kearah Misliha apabila mendapati wanita itu sedang menangis. Maldihah pula kelihatannya seperti sedang memujuk kakaknya yang sedang menagis.

” Misliha? Kenapa ni?” soal Dr. Henry. Cemas.

” Mana anak saya, Henry? Mana?” terhinggut-hinggut bahu wanita itu menangis.

Dr. Henry segera mendakap wanita yang dicintainya itu. ” Rileks okay? Baby awak okay. Cuma dia dalam incubator. He is as strong as his mummy!”

” Anak saya lelaki? Boleh saya tengok dia?” Misliha sudah semakin tenang dalam dakapan Dr. Henry yang berdada bidang dan bertubuh sasa itu.

” Buat masa ni. Awak rehat dulu. Selepas awak bangun, saya janji akan bawa awak jumpa dia. Awak rehat dulu ya?” arah Dr. Henry dengan lembut. Dia mahu menjaga emosi wanita itu.

Tanpa sebarang kata yang terzahir dari mulut, Misliha kembali tidur dalam dakapan Dr. Henry. Dia rasa selamat berada dalam dakapan hangat itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience