Bab 6
Betapa kecilnya dunia ini. Pusing-pusing dah jumpa. Rupa-rupanya Fitry dan Dr. Henry merupakan housemate. Mereka juga merupakan teman sekuliah ketika belajar di Australia dahulu. Patutlah kenal sangat!
” Kak…” panggil Maldihah.
” Hmm?” apelah budak kecik ni nak. Kacau aja orang tengah baca majalah Pa & Ma ni.
” Kak!” jerit Maldihah.
Gila ke apa budak kecik ni? Mahu pekak aku dengan anak aku dengat suara nyaring dia tuh! ” Apalah. Maldy nak cakap, cakap ajelah. Toksah duk jerit-jerit macam beruk mak yeh. Pekak tujuh keturunan akak tahu!”
Maldihah hanya tersengih mendengar teguran kakaknya itu. ” Sorrylah kak. Maldy nak cakap ni. Akak tak rasa ke yang Dr. Henry tu hensem? ”
Akenna budak ni. Dah ada tunang tu diam-diam sudah. Buat apa nak fikirkan si Dr. Henry tu. Lebih baik fikirkan si Fitry tu. Ada jugak faedahnya.
” Tak. Kenapa? Maldy nak dengan dia ke?” soal Misliha. Sengal punya otak.
Bengong ke apa akak aku ni? Prof. Fitry Azrai’ tu nak sumbat kat mana? Dia dah datang dah perangai gila-gila dia tu. Tapi tak apalah. Sekurang-kurangnya dia gembira. Tak macam masa duduk dengan bakal-bekas-abang iparnya itu. Entah apa-apa yang dingomel Maldihah dalam hati kecilnya.
” Akak dah kenapa? Abang Fitry nak sumbat kat mana? Entah apa-apa aja perangai,” marah Maldihah. Aku nak kenen-kenenkan dia dengan Dr. Henry tu, dia kenen-kenenkan aku dengan Dr. Henry balik. Sungguh tidak betul!
” Sumbatlah kat mana-mana pun. Kat lubang hidung boleh. Lubang telinga boleh. Susah-susah sangat kat lubang tandas. Hahahaha,” minah senget dah maih dah!
Kwang…kwang…kwang…
Kakak nilah. Perangai tak ubah macam budak kecik. Ada ke patut dia main-mainkan aku. Hish! Tak patut! Tak patut!
” Akak jangan main-main boleh tak? Akak tak suka ke dengan Dr.Henry tu?” jangan putus asa Maldihah!
” Biasa aja. Kenapa? Ingat akak tak paham ke apa yang duk tersemat kat dalam kepala hotak Maldy tu. Sorrylah Maldy. Akak rasa trauma lah nak kahwin lagi. Lagipun akak ni belum sah cerai lagi. Bila baby dah lahir barulah sah akak bercerai. Ada edah lagi. Akak rasa Dr. Henry tu takkan suka kat akak dan akak pula takkan sukakan dia. Ada reti?”
Maldihah hanya tersenyum sumbing mendengar kata-kata kakak kesayangannya. Kalau kakaknya mahu menjadi lone ranger selepas bersalin nanti, apa yang nak dikatakan lagi. Mana boleh melawan kata Misliha Hadad!
Share this novel