Bab 11

Romance Series 18146

Bab 11

” Err? Aku balik sekejap ya. Aku nak ambil barang kak Mis dengan baby. Kau tolong jaga kakak aku baik-baik ya? Terima kasih.” Maldihah tiba-tiba menyampuk.
” No problem, my pleasure Maldy.”

Selepas berpantang di kampungnya di Pontian, Johor. Misliha kembali ke rumah sewanya semula. Selama keberadaannya di kampung, Dr. Henry merupakan manusia yang rajin melayannya. Doktor muda itu tidak putus-putus menziarahinya dan Affan Naqlis di kampung.
Kepulangannya semula ke Johor Bahru turut dihantar oleh Dr. Henry. Lelaki itu amat prihatin terhadap dirinya dan juga Affan Naqlis.

” Midad, are you okay?” tegur Dr. Henry apabila melihat Misliha termenung jauh.

” Midad?” soal Misliha.

” Ya. Misliha campur Hadad. Jadi Midad. Awak tak kisahkan kalau saya panggil awak Midad?”

” Tak lah. Awak panggillah saya apa pun yang awak nak panggil. Saya tak kisah. Saya banyak terhutang budi dengan awak. Saya tengah sedih sangat ni. Awak pun tahukan? Lahirnya Affan Naqlis ke dunia ni bermakna saya sudah sah diceraikan oleh suami saya. Saya benci dengan bekas suami saya. Sepatutnya dia yang berada ditempat awak sekarang ni. Dia yang sepatutnya menguruskan kebajikan saya dan Affan, bukan awak. Dia jugalah penyebab Affan wujud dalam dunia ni tanpa kasih sayang seorang ayah yang tak bertanggungjawab macam dia.” Misliha sudah menangis disebelah Dr. Henry yang sedang memandu.

” Saya minta maaf dengan apa yang terjadi dalam hidup awak. Kalau awak tak keberatan, boleh tak saya mengisi ruang kosong tu dalam hidup awak dan Affan?”

” Apa maksud awak?” soal Misliha. Dia tidak faham dengan apa yang cuba dikatakan oleh Dr. Henry itu.

” Kita kahwin. Saya cintakan awak Midad. Saya juga sayangkan Affan macam anak saya sendiri. Tolong jangan tolak lamaran saya. Terima saya. Jangan kecewakan saya,” Dr. Henry merayu kepada Misliha untuk menerima cinta yang dihulurkan.

” Tapi saya Cuma janda muda. Saya tak ada apa-apa yang istimewa dalam hidup saya. Saya tak sempurna. Awak carilah anak dara yang lagi baik daripada saya di luar sana.”

” No. Awaklah wanita yang paling sempurna pada saya. You know what? Tyra Banks quote are the same as mine. Perfect is boring, human is beautiful. Kesempurnaan bagi saya membosankan, tetapi manusia macam awak merupakan kecantikan bagi saya. Saya cintakan awak Midad. Lagipun awak cakap Affan memerlukan kasih sayang seorang ayah. Then, let me be his dad. Tolong jangan hampakan saya,” Dr. Henry masih lagi tida berputus asa memujuk wanita yang dicintainya itu untuk menerima dirinya.

” Saya minta maaf. Tapi saya tak boleh terima awak.” Misliha menolak lamaran Dr. Heny mentah-mentah.

” Tapi kenapa?” lelaki itu tidak berpuas hati dengan penolakan Misliha. Dia ditolak mentah-mentah.

” Sebab awak bukan orang Islam. Awak orang kafir,” jawab Misliha dengan jujur.

” What???”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience