Bab 12
Mimpi apa agaknya lelaki itu menjejakkan kaki ke rumah sewanya setelah berbulan lamanya tidak bersemuka. Misliha benci dengan kedatangan Ahmad Zihan ke rumah sewanya.
” Mis apa khabar?” lelaki itu memulakan mukhadimahnya.
” Saya baik-baik aje. Kenapa awak datang sini?” soal Misliha dengan kasar. Lelaki ini yang membuatkan dia memegang tittle janda seawal dua puluh enam tahun.
” Kenapa Mis berkasar dengan abang ni? Mis tak sayangkan abang ke?” Ahmad Zihan masih berusaha untuk memilik semula Misliha yang sudah diceraikannya.
” Jangan nak mengada-ngadalah. Awak nak apa ni? Awak dah ceraikan saya kan? Sudahlah. Ada apa nak cari saya? Tak boleh ke awak biarkan saya dengan Affan hidup gembira?” marah Misliha. Dia tidak boleh berlembut dengan lelaki ini.
” Jadi nama anak kita Affan? ” Ahmad Zihan tersenyum manis.
” Affan tu anak saya. Awak tak pernah mengaku pun dia anak awak. So, awak boleh blah!” Misliha meninggikan suaranya kepada lelaki itu. Mereka sudah sah bercerai. Tiada istilah nusyuz jika aku bersikap kurang ajar dengan dia.
” Kenapa Mis berkasar dengan abang ni? Mis tak pernah macam ni sewktu kita masih berkahwin dulu.” Ahmad Zihan turut meninggikan suara kepada Misliha.
” Awak jangan marah saya pula. Awaklah orang yang bertanggungjawab menjadikan saya macam ni. Ini semua kerana awak.” Aku peduli apa orang nak cakap. Janji lelaki ni berambus dari rumah aku!
” Maafkan abang Mis. Abang tahu abang bersalah. Abang datang nak tebus balik kesilapan abang. Abang nak rujuk semula dengan Mis.”
” What? Awak simpan ajalah niat suci murni awak tu. Saya takkan rujuk semula dengan awak. Mana perginya Fasha? Perempuan yang awak cintai sepenuh hati awak tu?” Misliha masih tidak mahu berhenti menyakitkan hati Ahmad Zihan.
” Fasha? Dia dah tipu abang. Dia dah larikan duit abang dengan lelaki lain,” jawab Ahmad Zihan. Jujur.
” Hah! Padanlah dengan muka awak! Sekarang ni saya minta sangat awak dengan segala hormatnya berambus dari rumah saya ni sebelum saya telefon polis!” Tak boleh jalanlah dia ni. Kena ugut pakai nama polis jugak!
Ahmad Zihan terpaksa beredar apabila Misliha mengugutnya. Dia telah cuba untuk memenangi hati wanita itu semula. Tapi dia gagal. Dia terasa amat bodoh sekali kerana telah melepaskan wanita sebaik Misliha Hadad dan juga puteranya. Kini, kebodohannya memakan semula dirinya.
Share this novel