Bab 1

Romance Series 18146

BISAKAH CINTA HADIR LAGI?
Oleh: DS. MIRA

Bab 1

Misliha Hadad melangkah keluar dari mahkamah syariah itu dengan perasaan yang berbaur. Inikah imbalan segala pengorbanannya selama ini? Apa malang punya nasib, sudahlah sedang sarat mengandung tujuh bulan kemudian diceraikan suami pula. Haihh….apa nak buat sudah nasib badan. Mama pula tidak habis-habis menyalahkan diriku sedangkan yang bersalah bukan aku. Tetapi lelaki itu! Ya, Ahmad Zihan. Lelaki yang membawa seribu penderitaan kepada dirinya.

Ahmad Zihan datang ke dalam hidup aku selepas aku menamatkan pelajaran ku di UUM. Mama yang menjodohkan aku dengan lelaki itu. Kami dipaksa berkahwin olah ibu bapa kami. Perasaan aku terhadap dirinya kosong. Sifar. Zero.

Dia seorang lelaki yang tegas. Tiada keceriaan yang menyelubungi hidup lelaki itu. Hanya awan mendung yang sentiasa menemani setiap langkahnya. Walaupun Ahmad Zihan tidak mengendahkan aku, dia tetap akan memberi nafkah zahir dan batin kepada aku. Setiap malam, lelaki itu akan memaksa aku melayan nafsunya. Apa dia ingat aku ni pelacur? Amat menyedihkan!
Fikiran Misliha Hadad kembali menerawang kepada peristiwa di mana dia diceraikan oleh sang suami yang tidak pernah bertanggungjawab itu…
Pada suatu petang, Ahmad Zihan pulang awal ke rumah. Ketika itu, aku sedang berbual diluar rumah bersama Kamal. Jiran selang dua blok rumah dari rumah kami. Kamal merupakan seorang lelaki yang ramah dan prihatin. Namun, keprihatinan yang ditunjukkan oleh Kamal mengundang api cemburu Ahamd Zihan.

Entah roh apa yang merasuk dalam diri Ahmad Zihan petang itu. Lelaki itu menjerkah Kamal dengan kata-kata yang kesat. Pelbagai tuduhan yang dusta dilemparkan kepada Kamal. Selepas memaki hamun Kamal, kini giliran Misliha pula. Ahmad Zihan menarik kasar tubuh Misliha ke dalam rumah. Tubuh yang sedang membawa nyawa itu dihempaskan keatas sofa di ruang tamu.

” Kau memang perempuan yang tak ada maruah. Aku kerja kat luar kau buat projek kat belakang aku! Sanggup kau ada hubungan sulit dengan budak Kamal tu? Entah-entah budak dalam perut kau tu anak si Kamal tu tak? ” jerkah Ahmad Zihan kepada Misliha.

” Astaghfirullah, abang! Mis tak pernah buat benda terkutuk tu bang…” rayu Misliha sambil memeluk kaki suaminya. Dirinya sudah dilaksanakan seperti anjing tak bertuan oleh lelaki ini. Tidakkah dia kasihan terhadap kandungan aku ni?
” Mengucap konon. Ahh, sudahlah! Kau ingat aku percaya ke? Pergi mampuslah,” Ahmad Zihan menarik-narik rambut Misliha dengan kuat sehingga banyak rambut wanita malang itu terputus dari kulit rambutnya.

Misliha meraung kesakitan tatkala rambutnya ditarik kuat. Sudahlah dia penat membawa kandungan, sekarang dia dipukul pula. Ya Allah, selamatkanlah kandungan ku ini.

” Sumpah bang, Mis tak pernah ada hubungan sulit dengan Kamal. Demi Allah bang,” rintih Misliha lagi. Hancur luluh hatinya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience