Bab 2: Catatan Rindu

Drama Series 2686

Aku masih mencari jalan,
tongkat yang aku miliki sekarang,
rasanya tak sama dengan yang dulu,
kerana apabila aku pindahkan berat ku padanya,
dia bengkok dan patah
Seperti itulah Ierna,
tanpa kau disisi aku seolah olah lumpuh
hati ini masih kuat merindukan kau
dalam gelap...
dalam sepi...

Tok! tok! tok!
Bunyi ketukan dipintu mengejutkan Haifa. Kepalanya diangkat untuk melihat gerangan manusia yang mengetuk pintu.
Bersama senyuman manis Miraz berdiri di depan pintu.

"Its lunch time. Nak ikut kita orang or kau nak aku tapaukan?" Tanya Miraz.
"Okey. Jap, aku kemas meja." Haifa menyusun pen pen dan kertas kertas yang berselerak atas mejanya. Coretannya tadi dilipat dan di masukkan ke dalam kotak.
Miraz masih berdiri dipintu, memerhatikan tingkah laku Haifa.

"SO, kita nak makan mana?" Tanya Fatin.
"Anything will do. I dont mind." Jawab Haifa.
"Mir, Seoul Garden jom." Ajak Fatin.
"Apa tengah tengah hari makan kat Seoul Garden. Aku tak nak. Kau duduk situ bukan boleh duduk sekejap. Kita pergi Gerai Kak Biah je. Kat sana lagi best. Sedap, murah pulak tu." Putus Miraz kerana dia yang membawa kereta.
"Kau memangkan. Semedang aku ajak kau tolak. Macam macam lah alasan yang kau bagi. Tak nak sudah!" Fatin merajuk. Muncung bibirnya sambil menjeling Miraz disebelah.
Haifa sekadar tersenyum di belakang. Tidak rasa ingin ikut serta dalam sesi perbalahan itu. Pandangannya di lontarkan keluar tingkap.

Miraz memerhati Haifa dari cermin pandang belakang.
"Tengok jalan tu, Mir..." Ujar Haifa tiba tiba tanpa mengalihkan pandangannya.
Miraz termalu sendiri. Dia tersengih seperti kerang busuk dan kembali melihat jalan.

"ALHAMDULILLAH, kenyang." Ucap Fatin sambil mengusap ngusap perut.

"Tengok, orang yang minta Seoul Garden tadi dah kekenyangan." Usik Miraz. Fatin menghadiahkan jelingan tajam. Namun dia mahu membalas. Dia rasa malas untuk melayan usikan Miraz.

"Korang masuk kereta dulu. Aku nak pergi bayar, lepas tu pergi tandas kejap." Suruh Haifa. Dia bangkit dari kerusi menuju ke kaunter.

"Jomlah. Aku nak pergi kedai runcit sebelah jap." Fatin bangun dan terus berlalu keluar dari kedai. Miraz mengikut dari belakang. Namun dia terus ke kereta.

Tidak lama kemudian, Fatin menghampirinya.
"Beli apa?" Soal Miraz.
"Gula-gula. Tekak aku loya." Jawab Fatin dengan mulut mengunyah gula-gula Mentos.

"Eh, esok orang baru masuk kan?" Tanya Fatin.
"Haah."
"Handsome tak?" Tanya Fatin lagi.
Miraz memandang Fatin seperti tidak puas hati.
"No comment." Jawab Miraz pendek.

"Ehemm.. Dating ke?" Tegur satu suara. Serentak Fatin dan Miraz memandang gerangan yang menegur mereka.
"Hei, Asyraf. Saje je kau kan." Miraz dan lelaki yang dikenali sebagai Asyraf itu berjabat tangan.

"Kenalkan, ni Fatin." Miraz memperkenalkan Fatin kepada Asyraf.
"Hai, Asyraf." Asyraf menghulur salam perkenalan. Fatin memberi senyuman dan mengangguk, "Fatin."

"Berdua je?" Tanya Asyraf.
"Taklah. Ada sorang lagi dekat kedai tu." Miraz menunjuk ke arah restoran tempat mereka makan tadi. "Kau buat apa sini?"

"Baru lepas jumpa client." Jawab Asyraf.
Fatin memandang Asyraf atas bawah. Kemas dan bergaya dengan baju kemeja berwarna biru laut bertali leher dan seluar slack hitam. Rambutnya yang ternampak seperti panjang juga disikat kemas.
Miraz menyenggol siku Fatin apabila perasan perbuatan gadis itu.

"Buat apa lagi? Kenapa tak masuk kereta?" Haifa yang baru tiba menegur mereka.
"Kenalkan ini Asyraf." Miraz terus memperkenalkan Asyraf kepada Haifa.
"Hai, err... Saya Haifa." Haifa membalas walau dia tidak tahu apa yang sedang terjadi.

"Okey, jom. Dah nak habis waktu rehat ni." Ujar Miraz kepada Haifa dan Fatin. "Aku gerak dulu. Jumpa nanti." Ujarnya kepada Asyraf pula.
Mereka masuk ke dalam kereta.

Asyraf tidak lepas memandang Haifa. Bibirnya mengukir senyuman.
"See you soon."

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience