BAB 6: Seperti dia

Drama Series 2686

“KERJA macam ni ke nak tunjuk dekat client? Buat balik!” Tengking Miraz dan terus keluar dari ruangan mesyuarat

Hakim tunduk memegang kepala.

Haifa yang memerhati dari tempat duduknya melepaskan keluhan. Dia bangun dan menyusun langkahnya masuk ke dalam bilik mesyuarat.

Kehadiran Haifa tidak diendahkan Hakim. Dia termenung memandang hasil suntingannya yang ditolak keras oleh Miraz.

“Kau pun nak kritik aku macam Miraz jugak?” Ujar Hakim.

Haifa duduk berhadapan dengan Hakim.

“Ni bukan kesilapan yang kau akan buat. Apa yang jadi ni?” Soal Haifa.

Hakim menghela nafas berat. Dia memandang perempuan pada skrin dengan mata berair.

“Kim…” Panggil Haifa.

“Perempuan tu… ex aku. Tak sampai 2 bulan pun kami putus.” Beritahu Hakim.

Haifa terkedu.

“Dah tu kenapa kau terima job ni?”

“Dia personally request aku dekat Miraz. Dia akan double pay kalau aku yang buat.” Cerita Hakim.

“Miraz tau tak?”

Hakim menggeleng. “Aku akan nampak tak professional kalau aku tolak. Lagipun, aku nak buktikan yang aku boleh, tapi …”

“Cakap dengan Miraz. Dia akan bagi kau jalan lain.” Usul Haifa.

“Takpelah. Aku akan cuba lagi. Aku boleh buat.” Ujar Hakim. Dia bangkit dan keluar dari ruangan menyuarat. Haifa memerhati sehingga Hakim hilang dari pandangannya.

 

HAIFA menghirup coffee latte yang dibelikan Miraz.

“Errmmm.. as always. Sedap.” Haifa memandang sekeliling. Mereka berdua singgah ke café baru buka di kedai tingkat bawah. Berkonsepkan musim luruh, café itu kelihatan sangat menarik. Lain dari yang lain. Tatarias yang sangat segar berbanding café lain diluar sana.

Miraz pula menyuap kek red velvet masuk ke dalam mulut.

“Perempuan tu ex dia.” Ujar Haifa tiba-tiba.

“Perempuan mana? Ex sapa?” Soal Miraz kembali.

“Hakim.”

“Hakim? Ohhhhhhh… Kenapa dia tak bagitau aku?”

“Profesionalisme. Aku rasa dia nak tunjuk dekat ex dia, perasaan ni boleh tolak tepi and dia boleh buat yang terbaik. But expectation and reality didn’t go as what we want.” Ulas Haifa sambil menghirup ice coffee latte kegemarannya.

“Dan satu lagi, tolong nasihat editor baru kau tu, behave sikit. Aku dah lama tak makan orang, karang silap hari bulan kau tak jumpa dah dia dekat office nanti.” Pesan Haifa.

Saban hari Aiman akan datang ke ruangannya dengan pelbagai alasan. Lelaki itu terlalu berani dan juga melampau. Haifa tidak suka dengan pendekatan yang digunakan Aiman. Dia benci. Ada cara yang lebih elok lagi untuk Aiman gunakan jika benar-benar berminat untuk mengenalinya.

“Kenapa? Apa dia buat dekat kau?” Soal Miraz.

“Sekejap-sekejap tengok aku. Tak pun datang meja aku. Pagi-pagi masuk office ada sandwich lah, kek lah, kuih-kuih atas meja. Aku tak boleh nak terima tahu tak?!” Cerita Haifa.

“Bagi lah dia peluang. Kau kena bukak hati kau untuk orang lain, Fa.” Ujar Miraz. Haifa memberi jelingan tajam kepada Miraz.

“Ke… sebab perbuatan dia tu sama macam …..”

“Bos, saya naik dulu. Kerja tak siap lagi.” Haifa memotong percakapan Miraz. Dia bangun dan keluar bersama Ice Coffee Latte ditangan.

Miraz tinggal kerana ada janji temu bersama client sebentar lagi.

Setiap langkah yang dibawa Haifa untuk pulang ke pejabat bersama rasa sayu. Dia tidak ingin mendengar nama itu, mahupun cerita tentang dia. Hanya cukup dengan apa yang dirasa. Cukup hanya nama dia, wajah dia, senyumannya bermain-main dalam fikiran.

Awak…
saya tahu awak takde dengan saya
tapi kenapa?
mana-mana saya pergi 
saya terasa seperti awak disisi saya

Perasaan ini kadang kala
terlalu berat untuk dipikul

Saya tertanya tanya
adakah saya dalam fikiran awak dikala ini?

 

EPILOG

“Macam mana hari ni? Okey?” Soal Fatin sebaik sahaja tiba dirumah Haifa.

Dia meletak beberapa barang yang dikirim Haifa diatas meja, dan plastik ubat bersama buah-buahan yang dikirim Aiman diserahkan kepada Haifa.

“Letaklah atas meja. Kenapa bagi aku?” Soal Haifa.

“Errmm… ini amanah orang. Aku sampaikan dekat kau dulu.” Jawab Fatin.

Berkerut dahi Haifa. Amanah?

“Siapa bagi?”

“Peminat awaklah. Si Aiman tu.” Beritahu Fatin tanpa selindung.

“Not interested.” Jawab Haifa ringkas namun tegas.

“Fa…” Namanya baru disebut. Namun ayat selepas itu terpaksa ditelan balik.

“Kalau nak cakap pasal dia, kau nampak kan pintu tu. Aku tak larat nak bukak, kau boleh bukak sendiri.”

“Kau makan tak tengah hari tadi?” Soal Fatin, mengubah topik perbualan mereka. Dia bangun menuju ke dapur. Mahu masakkan sesuatu buat Haifa dan juga untuk dirinya.

“Aku order delivery je. Chicken spageti and orange juice.” Jawab Haifa.

“Ohh, ye ke? Sekali dengan plastik dia kau makan eh?” Soal Fatin dengan rasa tidak puas hati. Tong sampah masih kosong sejak dari semalam.

“Ifa..”

“Aku makan epal.” Jawab Haifa pendek.

“Haaa…. Baguslah tu. Makanlah buah yang Aiman bagi. Makan sampai kenyang. Jangan makan apa-apa dah.” Balas Fatin dengan rasa tidak puas hati.

Haifa memandang bakul buah-buahan yang dikirim Aiman.

‘He’s like you. And I hate him’

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience