Bab 11: Bintang disebalik awan

Drama Series 2686

Haifa menyelak tirai langsir balkoni. Pandangannya dibuang ke tengah kota raya yang disimbah cahaya lampu untuk menerangi malam yang gelita. Keluhan berat keluar dari bibirnya.

Buku diarinya yang diselit tepi tingkap dikeluarkan. Dia mula menulis sesuatu pada muka surat kosong diari.

Past few weeks have been difficult for me.
It so much harder than it looks.
Where should I start?
I have been missing you like crazy these days.
But... where should I start?

Awak,
am having a hard time...

Pen ditangan diletak. Diari itu ditutup. Haifa kembali merenung ke tengah kesibukan kota dengan mata yang berkaca-kaca.

Sepi.
Terlalu sunyi. Mungkin jiwanya yang sepi. Satu perasaan yang sukar digambarkan.

Duduk dirumah tingkat 14, memberinya segala bunyi kenderaan dari jauh. Kadang kala bunyi kapal terbang juga boleh didengari. Bunyi-bunyi kenderaan itulah yang memberi runut lagu dalam kehidupannya hampir setiap hari.

Bising, tetapi masih terasa sunyi.

HAIFA melangkah masuk ke dalam pejabat, namun semua mata tertumpu padanya. Mereka melihat dia sehingga hilang dari pandangan.

Miraz juga terkejut melihat penampilan Haifa yang terlalu kasual. Baggy t-shirt dgn lengan panjang berwarna kelabu dan seluar corak kartun Winnie The Pooh.

"Yoo!! What happen, girl?" Miraz menyoal Haifa. Dia terkejut melihat penampilan Haifa hari ini. Terlalu luar dari kebiasaan.
"What?" Haifa menyoal balik. Seolah olah tidak mengerti.
"You look too... casual." Jawab Miraz lagi. Memandang atas bawah. Dia tahu jika Haifa berkelakuan lain dari biasa, pasti ada sesuatu telah terjadi.
Haifa hanya diam. Dia meletak bag tangannya nya ke atas meja.

"Fa.." Baru sahaja Miraz ingin berkata sesuatu, Haifa sudah memotongnya.
"Editor kesayangan kau mana?" Haifa bertanya tentang Aiman.
"Field work." Jawab Miraz pendek.
"haihh..." Haifa memegang kepala. Dia ingin bertanya jika Aiman ada terlihat gelangnya tempoh hari. Ini semua gara-gara Aiman. Dia punca gelangnya hilang. Main rentap-rentap pula tangan orang. Sudahnya Haifa tidak boleh fokus pada kerja yang terbentang atas meja akibat gelang yang hilang itu. Gelang itu terlalu berharga.
"Janganlah keras sangat dengan orang tu. Give a chance." Ujar Miraz, tidak mengetahui apa-apa.

Haifa memandang tajam pada MIraz.
"Apa benda kau ni?! Aku nak tanya dia nampak tak gelang aku. Mengarut-ngarut je kau ni. Btw, that one chance is doom, Mir. " Ujarnya.
Miraz terkedu mendengar ayat yang keluar dari mulut Haifa. Seteruk itu ke untuk satu peluang?

"Kalau dah takde apa-apa aku nak sambung kerja." Tutur Haifa, sekaligus memberi isyarat 'dah, jangan ganggu aku'.

Miraz berlalu pergi, kemudian matanya menangkap kelibat Aiman yang baru masuk. Aiman terus berjalan menghampirinya.

"Ada benda aku nak cakap dengan kau." Ujar Aiman. Dia membawa Miraz ke bilik studio. Aiman berkata sesuatu kepada Miraz. Muka mereka berdua kelihatan tegang dari gelas kaca yang menjadi dinding antara ruang pejabat dan studio. Sepertinya ada masalah besar yang sedang atau telah berlaku.

Haifa dan staff yang lain duduk menunggu diluar dengan rasa penuh berdebar-debar. Sekejap-sekejap Aiman dan Miraz akan memandang Haifa diluar.

Tiba-tiba pintu dibuka dari dalam.
"Fa, masuk." Panggil Miraz.

Haifa melangkah masuk dengan rasa berdebar.
"What happen?" Haifa menyoal.

Miraz menjelaskan perkara yang terjadi dari awal hingga akhir.
Haifa menggeleng. "There must be another way! Am not going anywhere with him, for A MONTH!" Tekan Haifa.

"Fa, ni kerja. Lagipun aku tak boleh bagi projek ni dekat budak lain. Kau tau Sarah dah special request untuk kau. Please..." Pujuk Miraz.
"Then kau pergi dengan aku, projek dekat Melaka tu biar Aiman yang uruskan." Bidas Haifa.
"Tak boleh sebab projek dekat Melaka tu sebenarnya pakcik aku punya." Miraz berterus terang.
"Apa kau ni? Kau dah tau kita ada projek dekat Langkawi. Kenapa ambik job lain?!" Marah Haifa.
"Well I thought you could be profesional for the job."
"Not on ONE MONTH JOB together with HIM!" Tekan Haifa. "Please, I cannot work with him. Send someone else. Please Mir... Pick somone else. Please..." Haifa merayu. Dia sanggup berlutut jika perlu. Dia tidak selesa untuk bekerja dengan Aiman.
"Well then.. I had to use my power as your bos. Work with him or don't work on any project at all." Putus Miraz.

Haifa terdiam tidak terkata dengan keputusan yang dibuat Miraz. Selama hampir 4 tahun mereka bekerja bersama, Miraz tidak pernah berbuat seperti ini. Senua rakan kerja atau client akan diambil mengikut kata putus dan persetujuan mereka bersama, bukan seperti ini.
Melihat kebisuan Haifa, Miraz menghela nafas panjang. "Fa, am sorry." Ujar Miraz. Dia memandang Haifa dengan rasa gerun dan rasa bersalah yang tiba-tiba datang menjengah.
"You know what?! I hate you!!!" Haifa terus berlalu keluar dari studio dengan wajah bengang. Jelingan tajam diberikan kepada Aiman.

Miraz memandang Aiman.
"Thanks bro. Aku akan pastikan usaha kau tak sia-sia." Ujar Aiman. Dia akan gunakan kesempatan yang ada ini untuk menambat hati Haifa. Dia mengenggam tangannya. Nekad.
Miraz memegang kepala. Pening dengan dua-dua manusia ini. Macam-macam kerenah.

Please enjoy!!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience