Bab 7: Langkah Pertama

Drama Series 2686

Meja yang agak bersepah sudah dikemaskan. Dokumen-dokumen yang memenuhi ruang meja sudah diletakkan dalam laci bersama dokumen yang lain. Komputer juga sudah dimatikan. Haifa tersenyum puas hati melihat mejanya sudah bersih dan kemas.

Tiba-tiba telefonnya bordering. Nama ‘mama’ terpampang pada skrin telefon. Cepat-cepat Haifa menjawab panggilan yang diterima.

“Assalamualaikum, mama.” Sapa Haifa.

“Walaikumussalam. Akak dekat mana tu?” Suara lembut seorang ibu kedengaran dihujung talian.

“Akak dekat office lagi, tapi nak gerak balik dah pun. Kenapa mama? Ada apa-apa ke?”

“Oh ye ke. Hati-hati memandu balik nanti tu. Dekat sini hujan lebat dari lepas zohor tadi. Jalan licin. Elok-elok ye memandu.” Pesan Puan Salbiah.

“Okey, ma.”

“Kejap, adik nak cakap.”

“Akak. Nak kirim.” Sepertinya pemanggil dihujung talian sudah bertukar orang.

“Kirim apa?”

“Belikan pizza.” Aira, adik bongsu Haifa membuat permintaan.

“Pizza? Kata diet.”

“Alahhh. Bolehlah. Pleaseeee…” Aira membuat suara manja.

“Kenapa tak minta buah hati awak belikan?”

“Mama dah tak bagi keluar jumpa dia.” Aira membuat suara sedih pula.

“Haihh.. Iyelah. Tapi nanti akak sampai rumah dah sejuklah pizza nya.”

“Takpe. Tak kisah. Thank you akak. Muah sikit.” Panggilan terus dimatikan tanpa sempat Haifa membalas apa-apa. Dia menggeleng. Telefonnya diletak dalam beg dan Haifa berlalu ke ruangan Miraz.

“Weh, aku balik dulu.” Beritahu Haifa kepada Miraz.

“Okey, sure. Hati-hati drive. Ada apa-apa roger je aku.” Ujar Miraz.

“Okey, jumpa nanti. Bye.” Haifa pun meninggalkan ruangan Miraz. Dia perlu bersegera keluar dari Kuala Lumpur sebelum jalan menjadi sesak.

Haifa berlalu dari ruangan Miraz. Namun, dipertengahan jalan, dia terserempak dengan Aiman yang baru sahaja keluar dari studio suntingan. Tanpa memandang ke arah Aiman, Haifa berjalan terus.

“Balik kampung?” Soal Aiman tiba-tiba. Langkah Haifa terhenti. Dia memandang Aiman. Dengan ketinggian 160cm, Haifa hanya memandang bahu Aiman yang setara dengan pandangannya.

“Yup. I balik kampung.” Jawab Haifa pendek.

“I perasan tayar belakang kereta you tak cukup angin. Nanti pergi isi angin eh. Nak drive jauh tu.” Beritahu Aiman.

“Oh ye ke? Nanti I check.” Jawab Haifa pendek.

“Have a safe drive. Take care, Ifa.” Ujar Aiman sebelum berlalu ke ruangan Miraz.

Haifa mengangguk dan menyambung kembali langkahnya. Namun hatinya tidak senang dengan keperihatinan yang diberi Aiman. Dia benci. Benci dengan keperihatinan yang diberi oleh Aiman. Dia tidak suka. Keperihatinan seperti itu hanya membawa durjana.

 

SEPANJANG perjalanan pulang ke kampung, hanya suara radio sahaja kedengaran. Celoteh si DJ radio langsung tidak didengari Haifa.

“Jam sudah hampir menemui pukul 9, maka saya akan akhiri slot jem dan roti dengan lagu ‘Love is gone’ dari SLANDER versi akustika. Kita jumpa lagi esok hari dari DJ Atika, assalamualaikum.”

Don’t go tonight

Stay here one more time

Remind me what it’s like

And let’s fall in love

One more time

I need you now by my side

It tears me up

When you turn me down

I’m begging please, just stick around

Am sorry

Don’t leave me

I want you here with me

I know that

Your love is gone

I can’t breath

I’m so weak

I know this isn’t easy

Don’t tell me that your love is gone

That your love is gone, that your love is gone

Am sorry don’t leave me

I want you here with me

I know that, your love is gone

I can’t breath, I’m so weak

I know this isn’t easy

Don’t tell me that your love is gone

That your love is gone, that your love is gone

I can’t breath, I’m so weak

I know this isn’t easy

Don’t tell me that your love is gone

That your love is gone, that your love is gone…

Air mata Haifa mengalir saat lagu ‘Love is gone’ berkumandang. Pilu rasa dihatinya terasa hebat. Rasa sebak yang datang tanpa diundang membuat Haifa terpaksa memberhentikan keretanya dilaluan kecemasan. Air mata yang mulanya mengalir sedikit, kini semakin deras.

 

HAMPIR jam 11 malam, Haifa tiba dikampung.

Senyuman terukir diwajahnya saat melihat Puan Salbiah duduk dipintu seperti menunggu kepulangannya.

“Assalamualaikum.”

“Walaikumussalam. Ya Allah, lambatnya sampai. Risau mama.” Haifa menyalami tangan Puan Salbiah dan memeluk wanita itu.

“Sorry, ma. Phone habis bateri. Ada accident tadi dekat kuala sebab tu la akak lambat sikit sampai.” Beritahu Haifa. Dia kembali ke kereta selepas menyalami Puan Salbiah. Beg pakaiannya dikeluarkan.

“Yeahhhh!!! Pizza dah sampai.” Aira memunculkan diri. Dia terus keluar dari rumah menuju ke kereta Haifa. Menyalami Haifa dan mengambil plastik berisi pizza yang dipesan ditempat duduk sebelah pemandu. Kemudian kembali semula ke dalam rumah.

Haifa dan Puan Salbiah terkebil-kebil memandang perlakuan Aira.

“Ini ke orang yang nak kahwin lusa ni?” Soal Haifa dalam rasa tidak percaya.

Puan Salbiah hanya mengangkat bahu.

 
USAI membersihkan diri, Haifa mengambil telefon untuk dicas. Sebaik telefonnya dihidupkan semula, berpuluh-puluh notifikasi masuk. 5 notifikasi dari mesej Aiman. 10 missed call dari Aiman dan 3 missed call dari mama.

Tidak lama kemudian, telefonnya bordering. Nama Aiman terpampang diskrin. Haifa membiarkan panggilan itu tidak berjawab. Kemudian dia menghantar mesej kepada Aiman.

I dah sampai. Phone takde bateri. I penat, nak tidur. Bye.

Pendek dan ringkas mesej yang diberi kepada Aiman. Selepas meletak telefonnya dalam mod senyap, Haifa terus memanjat katil dan memejamkan mata.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience