Bab 10: Malam Tanpa Bintang

Drama Series 2686

Air mata yang mengalir dikesat dengan belakang tapak tangan. Video yang sama ditonton berulang-ulang kali dan sehingga hari ini masih meninggalkan kesan yang pedih. Padangan Haifa sudah kabur dek air mata yang tak henti mengalir. Suara gelak tawa dari video yang dimainkan merenggut perasaannya. Bahagia sungguh bunyi tawa itu.

Andai dapat diputar waktu, dia ingin kembali ke masa-masa tawa penuh bahagia itu. Waktu dimana bahagia itu milik dia.

AIMAN duduk disatu sudut café sambil menghirup mangga milkshake. Matanya meliar memerhati sekeliling. Dia suka menghabiskan masa di café yang terdekat dengannya.

Penubuhan café hipster semakin meningkat di kawasan Kuala Lumpur. Jika dahulu, warung dan kedai kopi menjadi tempat bersantai dan melepak. Sekarang, café bertemakan hipster semakin menjadi pilihan. Walaupun harganya agak mahal berbanding kedai kopi dan warung ditepi jalan. Namun tetap menjadi pilihan kerana suasana tampak moden dan selesa kerana kebanyakannya menggunakan penghawa dingin.

Sedang asyik memerhati orang sekelilingnya, bola mata Aiman tertacap pada sebatang tubuh yang sedang menolak pintu café untuk masuk ke dalam. Dalam pakaian yang ringkas, cukup ber-cardigan hitam panjang paras lutut, sweat-pant berwarna putih dan selendang yang dipakai ringkas

Haifa berjalan ke kaunter untuk memesan air, kemudian dia bergerak ke salah satu meja kosong ditepi dinding kaca. Pandangannya dilempar keluar. Cahaya lampu warna warni diluar lebih menjadi perhatiannya.

Aiman bangun dan menghampiri Haifa. Dia tidak tahu jika kehadirannya diterima atau tidak, namun tidak salah mencuba.

“Can I join?” Sapa Aiman.
Haifa tersentak. Serta merta dia memandang Aiman dengan wajah terkejut.
“Duduklah.” Balas Haifa. Aiman tersenyum. Dalam hatinya gembira bukan kepalang.
“Jumpa client?” Tanya Haifa.
“Taklah, tapi I ada kerja sikit area sini. You?”
“Ambik angin.” Jawab Haifa pendek. Tiba-tiba buzzer menandakan pesanannya sudah siap berbunyi.

Haifa bangun untuk mengambil pesanannya dan kembali semula duduk.

Aiman memandang sebentuk wajah dihadapannya itu. Wajah yang kelihatan sugul dan sayu. Baru Aiman perasan, mata Haifa kelihatan agak sembab dan sedikit merah.

“Kalau nak cakap apa-apa, cakap je.” Ujar Haifa. Dia menghirup kopi latte ais miliknya dan pandangannya dialihkan kepada Aiman.

“Kenapa awak menangis semalam?” Soal Aiman. Dia ingin tahu punca Haifa menangis didalam kereta semalam.
Haifa agak terkejut mendengar soalan Aiman. Dia tersenyum. “Oh, awak nampak rupanya.” Haifa mengangkat kepala dan memandang tepat ke muka Aiman. “Takde apa.”

“Tapi saya nak tahu. Saya nak tahu semua pasal awak. Seeing you cry that day, make my heart ache. Why? Who broke your heart like that.” Ujar Aiman tanpa selindung-selindung lagi.

Haifa tersenyum sinis. “Am a fool, for fall in a trap like this. But now, I choose to be a fool again for not breaking my own heart.” Dia bangkit. “You should find someone else. The one that's better than me. Bagi kasih awak dekat dia.” Ujar Haifa tegas.

Langkah disusun, Haifa meninggalkan Aiman. Dia rimas. Mula-mula sahaja kata-kata manis belaka. Penuh cinta. Selepas itu, tinggal janji manis tidak tertunai.
“Bagi saya peluang?!” Aiman menarik tangan Haifa dari belakang. Dia memandang Haifa dan menghela nafas dalam. “Sebulan… Saya tunggu jawapan awak dalam sebulan” Pinta Aiman.

Haifa merenung lelaki itu dengan perasaan jengkel. Tangannya direntap dari pegangan Aiman dan menyambung kembali langkah yang terhenti.

Pandangan kecewa dilontarkan ke arah Haifa. Sorot susuk tubuh gadis itu menghilang dari pandangan. Dia tidak akan berputus asa. Itu tekadnya.

Maaf untuk segala kelewatan. Terlalu sibuk dengan kehidupan untuk terus hidup. Maaf bagi yang menanti.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience