Bab 8: Matahari Selepas Hujan

Drama Series 2686

Aku sudah hilang perkiraan waktu,
Saban hari,
Adakalanya memori itu pudar,
Tetapi ada hari,
Memori itu segar seperti baru semalam……

“Kakak, Pak Ali panggil. Dia tanya kain warna biru tu nak letak macam mana?” Izham, satu-satunya adik lelaki Haifa datang menyampaikan pesanan.

“Kejap lagi akak datang tengok. Nak settelkan sikit lagi hantaran ni.” Beritahu Haifa.

Sudah tidak banyak yang perlu digubah terhadap barang hantaran itu. Cuma menambah-nambah sedikit bunga-bunga plastik agar terlihat lebih cantik.

“Assalamualaikum.” Suara garau seorang lelaki kedengaran dimuka pintu. Haifa menoleh. Namun pandangannya kaku seketika pada sebatang tubuh yang tersenyum memandangnya.

“Kakak, sapa yang datang tu?” Puan Salbiah bertanya dari dalam bilik Aira. Ketika itu dia sedang mengemaskan bilik Aira dengan sedikit perhiasan.

“Kawan akak, ibu. Yang nak ambik gambar Aira kejap lagi tu.” Beritahu Haifa sebaik terlihat wajah Miraz yang mengangkat tangan padanya.

Haifa bangun meninggalkan barang-barang hantaran diatas lantai dan bergerak ke pintu.

“Mana Amin?” Soal Haifa kepada Miraz.

“Amin tetiba demam. Subuh-subuh call aku cakap tak boleh join. Gelabah aku weh. Nasib call Aiman dia kata dia free. Kalau tak naya aku buat kerja sorang-sorang.” Cerita Miraz.

“Aku kan ada. Boleh tolong kau.” Balas Haifa.

“Mana boleh. Kau sekarang ni dikira family client aku tau. Mana boleh tolong lebih-lebih. Alahhh… rilek ah.  Aiman ni pro lah. Ni job dia before jadi editor.” Ujar Miraz, meyakinkan Haifa. Dia tahu kenapa Haifa tidak senang dengan kehadiran Aiman.

Haifa memandang Aiman sekilas.

“Korang masuklah dulu. Adik aku tak balik lagi ni.” Haifa melihat jam didinding. Waktu menunjukkan pukul 10.45 pagi.

“Dah breakfast?” Tanya Haifa.

“Dah. Drive thru mcd on the way ke mari.” Jawab Miraz.

“Kalau macam tu aku buatkan korang air. Oh, Aira ada cakap kan dia nak shoot area kawasan rumah ni. Sat lagi aku tunjuk kat korang sementara tunggu dia balik.” Haifa berlalu ke dapur untuk membuat air.

“Kau bila pulak Fa? Dua orang adik kau dah kahwin. Umur kau dah 30 kan Fa? Kau tak muda dah Fa. Cepat-cepatlah kahwin. Kesian mak ayah kau kena kutuk sebab ada anak dara tua macam kau ni.” Maklang Kamariah bertanya namun terasa lebih kepada mengutuk dirinya. Hatinya terasa panas dengan perkataan yang tidak sepatutnya keluar dari makciknya itu.

“Saya tunggu putera dari kayangan. Lagipun, saya kahwin ke tak kahwin ke saya tak kacau maklang pun. Duit kahwin pun saya tak minta dekat maklang. Ibu dengan abah pun takde nak paksa-paksa saya.” Balas Haifa. Wajahnya tenang membalas. Tangannya pula ligat membancuh air buat dua rakannya didepan.

“Patutlah takde orang nak kau. Kurang ajaran kau ni.” Maklang Kamariah hampir melenting.

Haifa mengetap gigi. Dia mengangkat dulang berisi dia gelas air untuk kembali ke ruang tamu. Dia ingin bersegera  pergi dari ruangan yang penuh toksik itu.

“Macam ni perangai kau, sampai matilah kau jadi anak dara tua.” Sambung maklang Kamariah. Haifa menggenggam pemegang dulang. Kesabarannya sudah sampai had. Namun tiba-tiba lengannya ditarik seseorang. Haifa terkesima. Dia memandang gerangan yang menarik tangannya itu.

“Saya dahaga. Ini air untuk saya kan? Saya ambik ya.” Aiman mengambil dulang berisi air dari tangan Haifa dan kembali semula ke ruang tamu.

“Errmmm.. sedap air ni. Awak memang pandai buat air.” Aiman meneguk minumannya hingga habis. Haifa menjadi kelu. Fikirannya sedikit bercelaru dengan apa yang terjadi sebenarnya. Apa yang aiman cuba lakukan sebenarnya?

Miraz memandang Aiman. “Weh, bukan kemain lagi minum. Bukan tadi kata nak pergi tandas ke? Sekejapnya.”

Aiman memandang sekilas pada Haifa dan terus meneguk air dalam gelas sehingga habis.

“Kau minum cepatlah.” Suruh Aiman. “Awak boleh bawa saya tengok tempat Aira nak shoot tu?”

Haifa tidak menjawab apa-apa lagi, namun Aiman sudah bangkit menuju ke pintu.

“Jom!”

Melihat Haifa masih berdiri, tidak berganjak, Aiman masuk semula ke dalam dan menarik lengan Haifa untuk mengikutnya keluar dari rumah.

 

“YOU ni nak apa? Semua orang tengokkan kita.” Marah Haifa apabila mereka sudah berada dikawasan yang jauh dari manusia.

“Awak patut berterima kasih dekat saya. I save you. Instead of orang tengok awak dengan makcik awak buat drama pukul 7 dekat dapur tu, orang akan tengok awak buat drama korea dekat sini.” Ujar Aiman.

Dada Haifa berombak kencang. Dia memandang Aiman. Air matanya mula bergenang. Memori lalu kembali menerjah dan terasa seperti dejavu.

“Lepaslah!” Haifa merentap tangannya dari pegangan.
“Cuba jadi penyabar sikit. Awak nak ke orang tengok awak dengan makcik awak tu buat drama pukul 7 dekat dapur tu? Memalukan je. Kesian ibu dengan abah awak.”

“No! Go away!! Jangan dekat dengan saya.” Haifa berlari masuk ke dalam rumah, meninggalkan Aiman yang terpinga-pinga.

Dan kerna itu,
Aku ingin lari,
Tinggalkan segalanya disini,
Jauh……

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience