Bab 9: Payung Dalam Hujan

Drama Series 2686

“KENAPA tiba-tiba? Aku ingat korang berdua okay kerja sama-sama.” Soal Miraz, selepas Haifa mengambil tindakan untuk menarik diri dari semua kerja yang melibatkan Aiman.

“Not anymore. Aku dah tak boleh kerja dengan dia. Aku minta maaf. Aku tak mampu untuk jadi professional.” Balas Haifa, tunduk. Mungkin kesal dengan tindakannya ini, tetapi tiada jalan lain yang lebih baik buatnya selain mengundur diri.

Miraz diam beberapa ketika. Dia juga kasihan melihat Haifa. Sebagai sahabat yang sudah mengenali Haifa sejak zaman universiti, dia tahu cukup tentang masa lalu Haifa.

“Okay. Tapi… projek warna hati kau tak boleh tarik diri. Projek tu dah 60% siap. Untuk projek lain aku akan bagi dekat orang lain.” Putus Miraz.

Haifa tersenyum tawar. “Thanks, Miraz.” Dia bangkit, menuju ke pintu.

“Fa.” Panggil Miraz. Haifa menoleh. “Aku cakap as kawan kau. Kalau boleh bagilah dia peluang.” Ujar Miraz. Haifa sekadar tersenyum dan keluar dari ruangan pejabat Miraz.

Dari kejauhan, Aiman memandang Haifa yang berlalu dari bilik Miraz. Keluhan berat dilepaskan. Lagi jauh dirinya ditolak, lagi kuat keinginannya mahu mendekati.

 

“JAUH termenung.” Tegur Miraz.

Aiman menghirup jus oren yang dipesannya sebelum bersandar pada kerusi.

“Lama dah kau kenal Haifa?” Tanya Aiman kepada Miraz.

“Almost 8 tahun dah aku kenal dia. Sejak zaman universiti lagi. Nak korek rahsia lah tu?” Duga Miraz.

“Dia memang macam tu ke?” Soal Aiman lagi.

Miraz menggeleng. “Dia okay je dengan orang lain. Dengan kau je dia tak okay.”

“Aku ada salah apa? Dia tolak aku mentah-mentah macam tu je.” Adu Aiman.

“Hhmmm… aku tak tahu. Aku takut dengan Haifa tu. Kau slow slow lah approach dia. I mean tukar strategi kalau kau betul-betul nak kenal dengan dia.” Ujar Miraz. Dia pernah melihat kegilaan Haifa beberapa tahun lalu. Dan tidak berharap untuk melihat kegilaan itu sekali lagi.

Aiman membuang pandangannya keluar. Kedengaran keluhan keluar sekali lagi dari bibirnya. Miraz juga diam tanpa berkata apa-apa. Kebisuan menyelubungi mereka berdua.

 

HAIFA membuka bonet. Kotak bersaiz sebesar pemeluk cuba dikeluarkan dengan penuh kepayahan. Dalam kotak itu terdapat barang-barang props untuk shooting hujung minggu nanti. Beratnya usah dikata. Namun dia masih mampu untuk mengangkat kotak itu.

“Need help?” Tiba-tiba satu suara menegur.

Haifa terkejut. Dia cepat-cepat menoleh orang yang menegurnya. Aiman berdiri ditepi, memandang ke arahnya.

“Yes.” Jawab Haifa tanpa berfikir panjang.

Tanpa berlengah Aiman mengangkat kotak tersebut. Haifa menutup bonet dan bergerak sekali dengan Aiman menuju ke lif.

Perjalanan naik ke tingkat 3 yang cukup pendek. Masing-masing diam tanpa bicara. Tiba ditingkat 3, pintu lif pun terbuka.

“Awak nak letak mana kotak ni?” Soal Aiman.

“Bilik props.” Jawab Haifa. Dia berjalan mendahului Aiman untuk membuka pintu bilik props.

Aiman meletak kotak itu ditempat yang disediakan. Setelah itu, Haifa segera berlalu keluar. Namun langkahnya terhenti apabila namanya diseru Aiman.

“Haifa…”

“Yup?

“Are you okay?”

“Yeah. Kenapa?”

“Takde apa. I risau you overwork.”

Haifa tersenyum. “I love overwork myself. It brings me peace.” Jawab Haifa. “Ada apa-apa lagi?” Tanya Haifa kepada Aiman.

Aiman menggeleng.

“Okey then. I ada meeting dengan client sekejap lagi. Bye.” Haifa berlalu keluar meninggalkan Aiman sendirian dalam bilik props.

Dia memandang Haifa hingga hilang dari pandangan. Kenapa soalan itu diutarakan? Dan, Haifa agak mesra dengan dirinya hari ini. Pelik.

Miraz menjenguk bilik props kerana terbuka. Dia melihat Aiman berdiri didalam bilik itu.

“Buat apa?” Soal Miraz, bersandar dimuka pintu.

“Something weird happen.” Jawab Aiman. Dia bergerak menghampiri Miraz.

“What?”

“Haifa… dia baik dengan aku hari ni.” Aiman menceritakan apa yang berlaku tadi kepada Miraz. “Pelikkan?” Namun, senyuman sudah terukir mekar diwajah Aiman.

Miraz mengangguk. Hatinya mula rasa tidak senang. Hanya ada satu sebab sahaja jika tiba-tiba Haifa bersikap baik dengan Aiman. Dia memandang Aiman. ‘Masuk perangkap dah kawan aku ni.’

Miraz menepuk bahu Aiman. “Stay strong.” Ujarnya. Kemudian, menyusun langkah ke ruangannya.

 

Epilog

Aiman menutup pintu kereta. Setelah menekan mengunci kereta, dia berjalan menuju ke lif. Namun langkahnya terhenti saat terlihat kereta Haifa ada dibahagian parking.

‘Tunggu dia keluarlah. Boleh naik sekali.’ Akal panjangnya memberi idea. Aiman menghampiri kereta Haifa namun dengan berhati-hati agar tidak ketahuan. Namun, ketika dia cuba mencuri lihat pada Haifa, dia terkedu.

Haifa sedang menangis sambil menumbuk-numbuk dadanya. Mulutnya ditutup. Seperti tidak ingin ada sesiapa yang mendengar tangisan itu. Dia melihat berkali-kali Haifa menyapu air mata yang turun deras. Apa yang terjadi sebenarnya? Kenapa Haifa menjadi begitu?

Agak lama Aiman duduk ditepi kereta sehingga dia mendengar bunyi pintu kereta dibuka. Dia bangkit dan menyorok dari dilihat Haifa. Saat melihat Haifa membuka bonet dan berusaha mengeluarkan kotak yang berat dari bonet, dia datang menghulurkan bantuan.

“Need help?”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience