Bab 4: Orang Baharu

Drama Series 2686

Miraz melangkah masuk ke pejabat bersama seorang lelaki.

Berpakaian kasual, jeans dan t-shirt berkolar. Miraz berhenti.

“Guys, minta perhatian semua.” Miraz bersuara.

“Aku kenalkan, head editor kita yang baru. Aiman Ikram.” Miraz memperkenalkan Aiman kepada semua pekerjanya yang ada ketika itu.

“Hai, saya harap kita dapat kerja bersama-sama dalam projek yang akan datang.” Sepatah dua kata diberikan Aiman.

“Majlis sesi suai kenal nanti hujung minggu kita buat. For now, let’s get back to work.” Masing-masing kembali ke meja.

Aiman mengikut Miraz ke ruangannya. Mata Aiman meliar seperti mencari sesuatu atau lebih kepada seseorang?

“Fatin dengan Haifa takde, dorang pergi site visit. Hari Jumaat baru balik. So, tell me. Which one did you look for?” Tempelak Miraz. Aiman tersenyum malu.

“Dorang mesti terkejutkan bila dorang nampak aku nanti.” Ujar Aiman.

“Fatin, iya! Kalau Haifa aku tak pasti.” Balas Miraz.

“Haifa tu single lagi ke?” Soal Aiman tiba-tiba.

“Ohh…. Tahu dahlah siapa.” Miraz tertawa.

“Aku tanya je.” Aiman berdalih. Dua kali dia tertangkap. Miraz memang cepat menangkap situasi.

“Kalau nak kenal dengan dia, kau kena kuat sikit. Dia tu lain.” Pesan Miraz. “Dahlah. Meh, aku tunjuk kau studio dekat mana.” Mereka berdua keluar dari pejabat Miraz, menuju ke studio.

 

‘WELCOMING PARTY’

“I hope we can go through any obstacle together. Let’s have fun while working.” Sekian ucapan dari Miraz. Tepukan gemuruh diberikan buat Miraz.

Fatin memandang tajam pada Miraz sehingga Haifa menyinggulnya.

“Dahlah. Anak orang tu. Kang tembus kang.” Usik Haifa.

“Sampai hati dia tak cakap dengan kita. Hari tu kita jumpa kot si Aiman tu. Tak guna punya Miraz.” Rengek Fatin. Haifa menggeleng.

Fatin memandang Haifa.

“Fa, kau okey tak ni? Makin pucat lah muka kau.”

“Aku okey je. Letih sikit je ni.” Ujar Haifa. “Aku nak pergi tandas jap eh.” Haifa berlalu ke tandas.

Tiba di tandas, Haifa mencapai tisu yang disediakan dan menyapu air matanya yang mengalir. Entah secara tiba-tiba, air matanya mengalir. Dadanya terasa sakit. Dan lebih malang sekali dia terlupa membawa ubat yang dibekalkan doktor.

Agak lama Haifa di tandas, Fatin datang mencarinya.

“Eh, kau okay tak ni?” Soal Fatin kerisauan.

“Okey. Jom kita keluar.” Haifa keluar dari tandas, diikuti Fatin dari belakang.

“Fa, jomlah kita balik. Aku risaulah kau ni.”

“Aku takde apa. Rileks je okay?”

“Faaa…”

“Shhhhhh…” Haifa menyuruh Fatin diam ketika Miraz dan Aiman menghampiri mereka.

“Mana korang pergi? Jenuh aku cari.” Soal Miraz.

“Toilet.” Jawab Haifa.

“Hai, Encik Aiman. Nice to meet you again. Tak sangka pula you orangnya.” Ujar Haifa.

“Nice meeting you too. Well, bos kesayangan korang tak bagi I cakap apa-apa. Surprise katanya.” Balas Aiman.

“Well, I hope we can build great team together.”

“Me too.”

“Miraz, boleh tak kami minta izin balik dulu?” Tiba-tiba Fatin mencelah.

“Awal lagi kot.” Kata Miraz.

“Serius aku tak larat. Sorry okay. Next time eh. Lagipun kita jumpa hari-hari kot dekat office. Takyah lah rindu sangat.” Balas Fatin.

“Okay. Careful.”

Baru sahaja ingin melangkah, Haifa tiba-tiba merentap lengan Fatin kerana dia hampir tumbang.

“Eh, Fa?! Kau okey tak ni?” Soal Miraz cemas.

“Aku nak balik. Ubat aku dekat rumah.” Ujar Haifa dengan nada perlahan.

“Jom, kita balik. Jom.” Fatin membantu Haifa berjalan ke kereta.

Aiman dan Miraz hanya sekadar mampu memandang. Kedua-dua mereka menunjukkan riak risau.

 

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience