Bab 3: Terus Berdiri

Drama Series 2686

(Pada mulanya,
Aku memegang tangan kau,
hanya untuk berdiri semula,
Namun, semakin waktu berlalu,
Aku sedar,
Aku sudah pun tegak berdiri,
Namun tidak mampu melepaskan tangan kau)

Haifa masih leka didalam pejabat walau jam sudah menunjukkan pukul 11 malam. Miraz yang kini sedang bersiap-siap untuk pulang menjenguk Haifa diruangannya.

“Tak balik lagi?” Soal Miraz.

“Hhmm.. belum lagi. Ada kerja tak settle lagi. Kau nak balik dah?” Soal Haifa, namun matanya masih pada skrin komputer.

“Aku ada meeting esok dengan client. Awal pagi, so better aku balik. Tidur.” Jawab Miraz.

“Haa..baguslah tu. Get a rest, okay.” Ujar Haifa.

“Jomlah balik. Aku tak senang hati biar kau sorang dekat office.” Ajak Miraz. Sesungguhnya dia risau mahu membiarkan Haifa sendirian di pejabat pada waktu lewat begini.

“Kau baliklah dulu. Sekejappppp lagi aku balik. Boleh?” Suruh Haifa.

“No! aku potong gaji kau nanti sebab overwork.” Ugut Miraz.

“Aduhh.. bos apa macam ni. Kita kerja overtime patutnya naik gaji ni nak potong pulak.” Tutur Haifa namun matanya masih tetap pada skrin.

“Jomlahhhhhhh, pleaseeee.. Aku ada meeting esok ni. Jomlahhhhh…” Miraz memujuk Haifa untuk pulang. Dia sudah muncung seperti anak kecil.

Haifa mengalihkan pandangannya kepada Miraz. Dia tersenyum. Kemudian, jam dipergelangan tangannya dipandang sekilas. Jarum panjang sudah menunjukkan pada nombor 3. Lagi 45 minit menjengah tengah malam.

“Okay, aku balik.” Haifa akhirnya akur. Dia mengemas sedikit mejanya supaya tidak nampak bersepah. Siap mengemas, mereka berjalan bersama-sama menuju ke parking kereta.

“Have a safe drive, okay.” Pesan Miraz. Haifa menangguk. Dia menekan minyak meninggalkan kawasan parking.

Daripada memandu pulang, Haifa memandu keretanya menuju jalan ke arah KLCC.

 

(Malam,
Terlalu gelap,
Terlalu banyak manusia,
Namun aku masih dalam gelap,
 Aku sudah letih mencari jalan keluar,
Aku sudah letih mencari cahaya,
Tolong sambut tangan ini,
Kerana aku semakin hilang)

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience