Bab 14

Family Series 2826

Pecah rekod aku..sebab aku tertidur di biliknya sehingga pagi subuh...bila tersedar Zafril sudah tidak kelihatan di kamar tidurnya...Aku memeriksa tubuhku...Fuhh selamat...tiada apa2 yang jadi...kelam kabut aku keluar ingin mencari Zafril...

"Morning..."Suaranya menyapaku...pantas aku menoleh..dia sedang membaca buku di ruang rehat...

"Da okey ke luka tu?ada rasa bisa2 lagi tak?"Soalnya dengan muka bersahaja...tiada secalit senyum pun...mahal betul senyuman dia sekarang...bisik hatiku.

"Okey dah,terima kasih sebab tolong saya cuci luka dan sapu ubat semalam..."

"Sama2,Saya da siapkan breakfast,awak pergi la makan..."

"Awak tak makan sekali ke?"soalku....malu giler,sudah la bangun lewat,sarapan di buatkan...mana aku nak letak muka ni?

"Saya dah makan tadi...awak nak saya teman ke?"ujarnya berbasi basi...

"Takpa la,saya makan sendiri saja nanti."ujarku terus ke bilik mandi dahulu...

Selesai sahaja aku mandi dan bersarapan,kelihatan Zafril sudah bersiap untuk keluar....Hari2 minggu ni dia nak ke mana eh?Tak ajak aku pun...bisik hatiku..

"Awak,saya keluar dulu eh,ada hal...lunch saya makan kat luar,awak tak payah tunggu saya..."

"Oo..okey...."jawabku pendek...

Zafril terus beredar,dia berharap sangat Liesa bertanya dia mahu kemana..tapi semua itu mustahil..Liesa tak kan buat begitu....kecewa betul hatinya...

Dia nak kemana tu ye?erm...jumpa Ayana ke??bisik hatiku..Ahhh...sunyi sepinya.....!!!!

~~~~

Zafril memandang lelaki di hadapannya....Dia benar2 ingin tahu apa hubungan lelaki itu dengan Liesa....malam semalam dia tidak henti2 menelefon Liesa...oleh sebab Liesa sudah tidur dia la yang menjawab panggilan tersebut...

"Apa yang kau nak tahu sangat pasal aku dengan Liesa??"Soal Andy..

"Apa hubungan engkau dengan dia?kenapa kau hubungi dia?kau tahu kan dia isteri aku?"Soal Zafril serius...

"Kami saudara,kenal rapat sejak kecil..kami juga pernah study sama2 di jepun dahulu...so tiada apa yang menjadi masalah dalam hubungan kami kan.."jawab Andy jujur..

"Tapi kenapa kau hubungi dia malam2...kau tahu kan dia sudah bersuami....aku harap kau tidak menganggu dia lagi selepas ini.."

"Encik Zafril...antara aku dengan Mayliesa tiada siapa yang boleh halang....melainkan Mayliesa sendiri...sebab aku cintakan dia dari dulu lagi...."Terang Andy tanpa berselindung...Zafril ketap gigi...

"Tapi Liesa sudah menjadi milikku yang sah,so kau jangan bermimpi dapat memiliki dia.."

"Kau ingat aku tak tahu hati Liesa tu masih belum di miliki lagi..aku lebih kenal dia dari kau...so..aku masih berpeluang untuk merebut cinta Mayliesa...engkau yang perlu berjaga2..."Sinis bicara Andy lalu terus beredar....

Zafril mengengam buku limanya...ikut kan hati mahu saja dia tumbuk Muka si Andy itu....terus saja dia bagun dan beredar..

~~~~~

Sedang aku khusyuk memasak...zafril sudah pulang dengan wajah yang suram...

"Eh,Awak da balik...."ujarku terus mendapatkannya di ruang tamu...

Zafril memandangku...tajam dia melihatku yang sudah berappron tu...

"Awak kan sakit kenapa masak??"

"Abis saya nak makan apa tengahari ni kalau tak masak?kan awak cakap awak tak balik lunch..."jawabku...

"Okey..sorry...saya silap tadi...saya nak tanya awak sesuatu ni..sebelum tu awak pergi matikan api kat dapur tu..karang meletop rumah ni nanti..."terus aku berlari ke dapur bila zafril menyebut api....

"Habis ikan goreng aku rentung..."rungutku...

"kenapa?"muncul dia di sebelahku..

"Ni ha..hangus..."

"Biar la situ,jom pergi depan...saya nak tanya hal penting ni.."ujarnya terus menarik tanganku...aku hanya turutkan saja..

"Siapa Andy sebenarnya dalam hati awak?"Soalnya..terkejut aku mendengar dia menyebut Andy...

"Mana awak tahu pasal Andy ni?"

"Malam semalam dia call awak..memang setiap malam dia call ke?sebab tu la awak nak tido bilik lain kan.."

"Eh,bukan macam tu.."

"Habis tu??Dia cakap dia cintakan awak.."Sekali lagi aku tercengang..

"Sumpah saya takda apa2 dengan dia...dia saudara saya saja,sejak berkahwin kami sudah tidak berhubung,cuma dia saja yang tak henti2 call saya,saya harap awak tak salah faham..."Ujarku serbaa salah.
Kesal pula dengan sikap Andy..kenapa dia mahu campur urusan peribadiku....dia juga cakap dia cintakan aku?gila apa si Andy tu...aku tidak sama sekali menyukainya..sebab..hati aku sudah mula suka kan orang di hadapan ku kini...

"Saya pun malas nak salah faham,kalau awak cintakan dia,cakap terus terang...saya boleh serahkan awak kepada dia kelak....."Zafril sudah berdiri tegak...Aku tergamam...kenapa Zafril cakap macam tu?

"Sekarang awak pergi bersiap,kita lunch kat luar..."Zafril terus berlalu...Aku yang tidak sempat ingin membalas kata2nya terus saja kebilik untuk segera bersiap...

~~~~
Villa Palma..

Setahun hampir berlalu....perkahwinan kami biasa2 saja,tiada lagi kenakalan zafril....Aku rindu dia yang dulu...

"Haa,liesa,kau ni da nak setahun kawin,takkan takda isi lagi?ke kau ni mandul!"...Bicara Datin Mala buat aku tersedak....pantas Zafril di sebelahku mengosok belakang badanku..

"Apa ibu ni?cakap tu jangan la kasar sangat...liesa menantu ibu kan...soal anak tu kalau ada rezekinya..adalah nanti..."

"Ibu bukan apa zafril...risau,kalau isteri kesayangan kamu tu mandul!Ibu cakap awal2....biar kamu tak merana kelak...."

"Saya tak kisah la ibu....ada anak ke takda.."

"Tapi ibu kesah...kalau tahun depan takda tanda2,ibu nak kamu kahwin dengan Ayana!"Datin Mala bernada serius..

"Tolong la Ibu.....jangan desak2 Zafril...pening la kepala ni....Sudah la...Zafril nak balik....jom sayang..."Ujar Zafril terus menarik tanganku..

Sayang??Dia panggil aku sayang lah...

~~~~~
Kerja Office semakin berlambak...Agenda utamaku dalam keluarga ini hampir2 terkubur...dengan masalah perasaan aku lagi yang sedang melanda....Arghhhhh!!!kusut....

"Kenapa ni??"tiba2 Zafril muncul di muka pintu...

"Sakit kepala...."Jawabku pendek..moodku sudah hilang entah kemana...

"Nak pergi klinik tak?saya hantar..."

Aku menggeleng laju..Kini zafril sudah mendekatiku...

"Jom!..."ujarnya terus menarikku..kelam kabut aku mencapai tas tangan...

"Awak nak bawa saya pergi mana ni?belambak tu kerja saya kat office..."Aku bertanya hairan....

"Kita pergi Genting jom.."

"Sekarang??"Giler apa dia ni....semakin sakit pula kepalaku...

"Iya lah,saya tahu awak stress dengan kerja..."

"Tahu takpa..."balasku pendek lalu memejamkan mataku.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience