Bab 6

Family Series 2826

2 bulan berlalu...aku gigih apply job sekitar KL...yang menjadi tumpuan utama aku sudah pasti Mega Holdings..Akhirnya nama aku tersenarai untuk temuduga...

"Sally,kau rasa okey ke aku macam ni.."

"Ofcoss darling...you look so beautiful....."
Rambut aku sengaja dialun-alunkan oleh Sally..muka aku juga di makeup olehnya...memang sekali pandang orang tidak akan kenal ini May...

"2 bulan gigih aku didik kau supaya jadi ladies macam ni..akhirnya berjaya!...kau kena belanja aku makan angin kat genting hokey!..."Aku cebik bibir.

"Kerja pun baru nak dapat ada hati nak suruh aku belanja kau makan angin...kau tu yang da kerja patut belanja aku.."ujarku.

"Alah....Kalau kau dapat kerja kat Mega ni kompom kau kaya,gaji berkepuk kepuk dia offer..."

"Kalau dapat..kalau tak dapat?"

"Mulut tu jangan la celupar sangat..."

Aku hanya menjelingnya..

"Cantik2 macam ni kompom dapat..don't worry darling..."

"Please la eh..don't call me darling...geli aku dengar..."

Sally ketawe besar dengar aku cakap macam tu...

~~~~

Aku rasa Air-cornd kat dalam bilik itu memang tidak berfungsi...panas membahang je aku rasa...rasa nak mengamuk pulak time2 ni...bangunan cantik besar,mewah..Air-cornd pun tak mampu nak betul kan...rungutku dalam hati.

"Sorry miss Mayliesa...you salah bilik...mari ikut saya..."Ujar staff yang baru muncul di muka pintu selepas 30 min.....Aku gigit bibir tahan geram...tetap aku pamerkan senyuman semanis mungkin,walaupun dalam hati panas membara..

"Silakan masuk.."Wanita itu membukakan pintu bilik pengarah.

Aku gugup....sempat lagi aku membetulkan baju ku dan rambutku...

"Assalammualaikum tuan..."Sapaku kepada seorang lelaki yang sedang membelek fail di atas meja.

"Waalaikumsalam,yes..have seat...your name is Mayliesa Binti ahmad Mizan?"

"Yes I'm.."jawabku sambil memandang lelaki di depan ku...Hai dia tak kenal aku ke?

"Okey,my name is Tengku Airil Zafril bin Dato Zain Hanif...merangkap pengarah besar di sini,resume awak saya da teliti...temuduga awak yang mula2 juga da lulus..memandangkan awak baru abis gred,dan takda pengalaman jadi saya...."kata2 dia aku potong.

"Saya tak dapat kerja ke tuan?at list bagi la saya peluang cari pengalaman kat sini...kalau semua syarikat tak nak ambil saya bekerja macam mana saya nak ada pengalaman..."

Dia senyum sinis sambil bersandar ke kerusi empuknya...

"Saya belom habis cakap lagi awak da menyampuk.."aku sengih bagai kerang busuk...ha,kan da kena sound.

"Maaf Tuan...."ujarku sambil menunduk...

"Saya terima awak bekerja di sini di bahagian pengurusan penbangunan..Untuk permulaan gaji saya offer begini boleh?"Dia menghulur sehelai kertas...

"Rm3k!."Aku sudah teruja...

"Jika prestasi awak baik saya akan naik kan lagi..."

"Saya terima tuan,thank you so much tuan..." Aku cukup gembira.....gembira sebab dapat bekerja di syarikat itu....

"Okey,esok awak boleh start kerja..."

"Thanks tuan,see you tomorrow..."Aku berlalu pergi....yuhuu....

~~~~~

Malam tu aku belanja Sally KFC dan karaoke sempena aku dapat kerja....sampai serak suara aku...suka betul Sally...Sally tu apa yang dia tak suka?Semua dia suka...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience