Bab 7

Family Series 2826

First day kerja aku berpakaian formal....bagi aku da cukup smart da tu....kalah model...selepas di perkenal oleh semua staff akhirnya dapat juga aku masuk ke dalam bilik merangkap office aku ni...walaupun kecil tapi da cukup bagus da bagi aku...sebab aku ada privacy...yess...

tok..tok...muncul maya di muka pintu.

"Cik Liesa ni fail2 pengurusan syarikat yang cik perlu submit dan chek....selesai semua boleh di hantar ke bilik pengarah..."

Bertimbun fail di atas meja aku...banyaknya...

"Memang pending ke sebelum ni?"saja aku bertanya.

"Aah,dekat 2 bulan..sebab tak dapat cari penganti selepas encik yusuf kena buang..."

"Pekerja sebelum saya kena buang?sebab apa eh?"

Maya menoleh sekelilingnya..bila line clear baru dia bersuara...

"Sebab menyeleweng dan tidak amanah...."

"Oh....."aku senyum

"Okey la cik,kalau ada apa2 cik Liesa boleh panggil saya ye nanti..saya nak sambung tugas saya...."

"Okey,terima kasih maya.."Maya terus berlalu pergi...

~~~~~

Busy punya pasal sampai aku tak perasan da time lunch...

"Busy lagi ke cik Liesa,da time lunch ni,jom lunch.."Muncul maya di muka pintu...

"Takpa maya awak Pergi dulu.Ada sikit lagi ni saya nak siap kan...."

"okey cik....saya lunch dulu.."

15min kemudian...

"Lunch time..."satu suara memecah sepi.

Aku memandang kearah datangnya suara itu..

"Eh tuan..."

"Jangan panggil saya tuan,panggil saya zafril je.."

Aku jungkit kening...

"Macam tak formal pula panggil macam tu,saya tambah sikit ye depannya,Encik Zafril boleh?"Dia senyum..

"Boleh lah..jom lunch..semua staff da lunch ni...saya belanja.."

"Encik belanja?saya okey je..."terus kami beriringan keluar lunch..

~~~~~

"Awak diet ke Liesa?"

"Oh tidak lah,saya jaga pemakanan...tapi tengok juga la..kadang2 saya bedal juga..."Aku senyum..

"Muka awak macam seseorang yang saya kenal la..."Aku telan liur..

"Siapa tu?buah hati encik ke?"

Dia ketawe besar...tak malu betul..semua tengok kearah kami...

"Tak sempat nak jadi buah hati...tapi saya suka dengan dia.."Aku garu pipi yang tidak gatal...dia maksudkan May ke? dan May tu aku lah...Eh jangan nak perasan la Liesa...entah2 orang lain yang dia maksudkan..

"Encik Zafril,suka tu banyak maksud....macam sekarang ni..saya pun boleh di katakan suka encik..sebab encik ni bos yang sporting..Maksud saya,suka bekerja dengan encik,encik jangan salah faham...habis saya kena serang dengan isteri encik nanti." Aku berseloroh...sekali lagi dia ketawe kuat...aku sengih..apa entah yang lawak sangat...ketawe relaks2 sudah lah..tempat awam kot.

"Awak ni kelakar la,bila masa pulak saya ada isteri..."

"Encik ni saya tengok,da wajib kawin ni...takda calon ke encik?ke memilih sangat ni...muka hensem tak kan tak laku kot.."Sinis aje aku berbicara...

Dia diam...tidak berkelip dia pandang aku...kecik hati ke dia?

"Berani awak ye...baru hari pertama kerja da berani tegur saya macam ni...macam da lama kenal je..."

"Minta maaf la encik,kalau saya ni berlebih lebih...sorry,saya gurau je tadi.."serba salah pulak aku di buatnya..

"its okey..."selesai makan terus kami pulang ke office...sekali lagi aku naik kereta bersamanya,tapi kali ini kereta BMW.....

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience