Bab 9

Family Series 2826

Villa palma...
Sudah hampir 4 bulan aku bekerja,aku sudah mula di senangi dan menjadi kepercayaan syarikat sejak aku bertemu empat mata dengan Dato Zain Hanif...Wajahnya sudah di mamah usia..macam kurang sihat juga aku melihatnya..sekali pandang nampak baik sekali rupanya..bicaranya juga lembut dan berkhemah....berlainan pula dengan isterinya..Datin Mala....muka yang sombong dan cemberut...pandang aku sebelah mata saja...manjang nak menjeling je...Cakapnya juga kasar dan tak beradap dengan orang bawahan....

"Awak termenung apa ni?"Soal Zafril sambil membawa segelas minuman...

"Oh,takda apa,tengah fikir untuk pembentangan esok je.."bohongku...

"Cantik rumah encik ni.."pujiku

"Ni rumah Dato zain....bukan rumah saya..."

"Kira rumah encik juga la ni.."

"Saya da beli rumah sendiri....kalau awak nak tengok saya boleh bawa"...

"Saya?sepatutnya encik bawa bakal isteri encik...bukan saya..."

"Erm...awak je la jadi bakal isteri saya..."seloroh zafril.

"Cik Ayana tu nak campak mana?Lagi pun saya ni kuli encik je...tak sepadan..."Aku pun tak hingin nak berlaki kan kau...ngomel hatiku.

Dia ketawe besar....orang ramai mula memandang mandang...Ayana juga sudah menuju ke arah kami...

"Hai sayang,penat i cari you..kat sini rupanya.."
aku hanya melirik dengan pandangan sinis..gedik.

"Buat apa cari i..."

"Hiss you ni..mesti la i cari bakal suami i ni..miss you sayang..."ujar model sendu itu sambil mencuit dagu encik zafril...

"Apa you ni,ramai orang kot kat sini...bahave okey.."zafril menegur Ayana...rimas dia dengan tigkah ayana....meluat pun ada...apa la yang ibu nampak kat Ayana ni pun dia sendiri tak faham.

"You ni...i nak manja2 pun tak boleh..jom kita pergi sana,rimas la kat sini..."ujarnya sambil menjeling ke arahku...

"Encik zafril,takpa la,lagi pun saya nak balik rumah da ni,saya minta diri dulu ye...."terus saja aku mencari kelibat Dato Zain untuk meminta diri...

Zafril hanya mengeluh...musnah harapan nak berbual dengan Mayliesa...semua Ayana punya pasal!Dalam hatinya dia menyumpah seranah Ayana...dia mesti buat sesuatu...

~~~~~

Summer set Cheratting....

Aku terpaksa bersetuju mengikuti Encik zafril dalam program seminar disini selama 3 hari 2 malam...ikutkan Mardiah yang pergi,tetapi di sebabkan dia ada emergancy last minit ,aku la terpaksa mengantikannya...

"Boring kan dengar dia orang pot pet..pot pet..."Bisik Zafril ke telingaku..terkejut aku.Terasa meremang pula bulu romaku.keadaan dalam bilik metting itu memang sungguh membosankan.Tidak di nafikan itu..

Aku hanya sengeh menunjukkan baris gigiku yang putih...

"Habis ni kita pergi jalan2 okey.."Sambung Zafril lagi...pelik aku..dia ni bos..nak ajar aku ni tak fokus agaknya..kang nanti aku yang kena...

"Okey encik,tapi sekarang ni kita fokus dulu okey.."bisikku perlahan di telinganya..

~~~~~

Aku memerhatikannya....Lengan kemejanya sudah di lipat hingga ke siku...seluarnya juga sudah di lipat hingga ke lutut...dia ni nak masuk laut ke...

"Liesa..marilah...."Ajaknya...

"Takpa la encik....saya tak nak basah..."ujarku menolak...

"Marilah..bukan selalu dapat pergi laut main air,lagipun esok kita da balik da...."terus saja dia menarik tanganku...kelam kabut aku membuka kasut tumitku sambil berjalan..Tak sempat aku nak imbang badan.Aku sudah tersembam ke dalam laut....habis aku basah lencun...

"Encik...."Aku mengeluh berat sambil membasahkan muka...sudah baju kemejaku putih...terang lagi jelas menunjukkan susuk tubuhku...

"Sorry...."Ujar zafril serba salah....Dia telan liur melihat bentuk tubuh Liesa...memang dia tidak sengaja tadi...

Spontan aku memercikkan air laut ke arah Encik Zafril..padan muka dia basah...

Kami pun bergurau senda...setelah puas bermain air laut, kami jalan seiringan di gigi pantai menuju ke hotel...aku memang tidak selesa...dengan bajuku yang basah...terasa sejuk pula menyelubungi diri...pastas aku berpeluk tubuh..

"Awak sejuk ke.."

Aku angguk...

"Meh sini..."Aku tercengang dengan spontan encik Zafril memeluk bahuku dan di rapatkan ke badannya...

"Takpa encik,saya okey ni..."Aku cuba melepaskan diri...tetapi Zafril tetap berkeras tidak mahu melepaskan pelukkan..ikutkan hati aku ni nak je aku karate tangan dia tu...

~~~~~

Aku kalut bila tiba di depan pintu bilik...kelam kabut aku mencari kunci bilik ku..
"Kenapa ni?"Soal Zafril hairan...

"Alamak,kunci saya hilang..."ujarku...

"La macam mana boleh hilang?kalau macam ni takpa la,saya pergi lobi awak tumpang bilik saya dulu..da senja ni takut awak demam pulak sejuk2 ni kat luar..."

"Bilik encik?"Soalku...boleh la Liesa,lagipun kau da tak tahan nak terkucil ni kan...alang2 tumpang la toilet encik Zafril ni kejap...

"Yelah.Tak kan nak berdiri kat luar ni..saya turun sekejap je ambil kunci pendua kat lobi.."

Terus aku masuk ke dalam bilik Encik Zafril...da la aku kesejukan...nak tumpang mandi sekarang pun baju kat bilik sebelah...tumpang buang air kecil je la kejap...bisik hatiku...Baru aku nak menuju ke toilet langkah ku terhenti bila melintas di hadapan cermin...

melopong mulut aku...baju kemeja putih yang aku pakai betul2 menjolok mata setelah basah terkena air...mana tidaknya,jelas kelihatan bentuk tubuhku...laju saja aku ke bilik air...OMG....

Selesai melepaskan hajat aku terus keluar dari toilet..Terkejut aku bila pintu bilik air di buka terpacak encik Zafril berdiri di depan pintu..sekali lagi malang tak berbau..aku tergelincir di lantai toilet...

"Aduh...!"

"Sorry Liesa saya buat awak terkejut.."Pantas zafril memapah Liesa duduk di tilam biliknya...

"Aduh..sakit punggung aku..."bisikku dalam hati.

"Kita pergi klinik ye.."Dia duduk di sisiku....entah kenapa aku rasa kurang selesa...tiba2 pintu bilik di ketuk...

Aku sudah rasa tidak sedap hati..terus Dia membuka pintu..kelihatan 4 orang lelaki berkopiah muncul....

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience