Bab18

Family Series 2826

Wajah Dato Zain beriak terkejut.Tidak di sangka tuan rumah tersebut adalah Sam?

"Zain?" Suara Samuel memecah sepi.

"Apa kau buat di sini?"Soalnya dingin

"Kenapa kau yang berada di rumah ini?adakah selama ini kau yang sorok anak Mizan?" Dato Zain terus dengan soalannya.

Maknanya selama ini anak Mizan bersama Samuel?Bukan ke Samuel tiada di Malaysia?

"Kenapa baru sekarang kau nak cari anak Mizan? kau rasa bersalah ke dengan perbuatan kau di masa lalu?" Soal Samuel sinis.

"Apa maksud kau?" Dato Zain urut keningnya yang terasa sakit mencucuk di kepala.

"Kau rampas Mega Holding! kau khianati kawan baik kau sendiri Mizan,apa lagi yang kau sorok dari aku?" Samuel hambur segalanya.

"Kau salah faham!" Dato Zain mempertahankan diri.

"Apa yang aku salah? Di sebabkan perbuatan kau tu Mizan dan Munirah mati kemalangan! Kau bunuh mereka Zain!" Hambur Samuel dengan wajah bertukar ke merahan akibat marah.

"Kau salah faham! Kau kena tahu perkara sebenar supaya aku tidak di salahkan." Dato Zain mempertahankan diri.

"Aku akan bagi tahu perkara sebenar!" Dato Zain berkata tegas.

~~~

"Kau tak boleh terus begini Mizan,Share kau dalam mega holding sudah tinggal 20% je sebab kau dah jual 30%." Dato Zain membantah dengan permintaan Mizan yang menginginkan 20% sharenya yang tinggal dan ingin di jual kesemuanya.

"Aku terpaksa,aku banyak hutang!" katanya sambil meraup mukanya.

"Kau berhutang apa lagi? ke kau masih dengan perempuan simpanan kau tu lagi? duit kau habis dekat dia je kan?betul tak?" Dato Zain serkap jarang.Harap tidak benar lah.Kasihan munirah.Suaminya berlaku curang selama ini di belakangnya.

"Aku terdesak Zain,kalau tidak dia akan bocorkan rahsia kami kepada munirah! aku perlukan duit!" Mizan resah.

Zain meraup mukanya kasar.

"Kalau kau jual saham kau yang tinggal ni kau akan kehilangan kuasa dalam mega holding ni kau kena faham tu" Zain serba salah.Sedangkan syarikat itu adalah hasil titik peluh mereka berdua.

"Aku tak kisah,yang penting aku tak hilang munirah" Jawab Mizan bersungguh.

"Aku harap masalah kau ni akan dapat di selesaikan.Dan aku harap kata2 kau ni benar.Aku akan buat seperti apa yang kau pinta.Dan kau mesti berjanji akan tinggalkan perempuan pisau cukur tu faham!" Zain memberi amaran.

"Okey aku janji!" Jawab Mizan dengan keluhan berat.

~~~

"Zain,baik you cakap dengan i,betul ke Mizan ada perempuan simpanan?" Munirah inginkan kepastian.

Zain menghembuskan nafasnya perlahan.Tengkuknya di gosok perlahan.

"Baik you cakap betul2 dengan i zain!" Munirah sudah mendesak.

"Mana you dapat tahu ni?" Soal Zain serba salah.Mizan sudah berjanji perkara ini akan selesai,tetapi apa sudah jadi?

"Perempuan tu call i,dia bagi tahu semuanya,kenapa you sorok perangai mizan belakang i Zain? Kenapa you tak bagi tahu i awal2?" Munirah sudah geram.Sekejap lagi siap lah Mizan aku kerjakan.

"Baik you bincang baik2 dengan mizan,you all berdua kawan i ,i serba salah" kata zain perlahan.

"You pun sama jelah dengan dia!" Hambur munirah kegeraman.

Zain meraup wajahnya.Aik?aku pula yang kena?

Tiba2 pintu office Zain terbuka luas.Terpampang wajah Mizan di muka pintu.

"Ha! muncul pun!" Munirah sudah mula menyerang.Wajah mizan di tampar kasar.

"Kenapa dengan you ni?" Soal Mizan bengang.

"You jangan nak berdalih lah! siapa Rozie?!" Jerit munirah lantang.Mizan terkesima.

"Err....apa you cakap ni?" Mizan berdalih

"Ceraikan i mizan! ceraikan i!" jerit munirah bagai terkena hesteria.

"Baik you ceraikan i sebelum i bunuh diri!" Zain mengucap di dalam hati mendengar kata2 munirah.

"Bawa bertenang" Zain cuba meleraikan perbalahan.Mizan meraup mukanya dengan kasar.Tak guna Rozie! Dia mungkir janji!

"You pun tak berguna!" Jerit munirah lalu satu tendangan di hadiahkan di celah kengkang Zain dan terus beredar.

"Erghh...!" Terbongkok Zain menahan senak.

"Munirah tunggu!" Jerit Mizan lalu terus mengejar munirah.

~~~

Pintu kereta di hempas kuat.Mizan turut masuk di tempat duduk sebelah pemandu.

"You buat apa dalam kereta i?berambus!" Jerkah munirah marah.Enjin di start.Mengaum bunyinya.

"I tak akan keluar dari kereta ni". Jawab mizan selumber.

Munirah merengus kasar.Pedal minyak di tekan kereta terus meluncur laju.

"I rasa you patut drive slowly" Mizan bersuara apabila kereta yang di naikinya membelok laju tanpa signal.Tak sangka isterinya memandu seperti seorang pelumba kereta.

"Lelaki curang patut mati!" Munirah bersuara sinis.

"I can explain" pujuk Mizan lembut.

"It's too late" Balas munirah dingin.Entah kenapa di sebuah selekoh tiba2 kereta hilang kawalan dan terus terbabas ke dalam gaung.

~~~

"Setakat itu je yang aku tahu,selepas mereka keluar dari office aku,petang tu aku dapat berita yang kereta mereka kemalangan"Terang Zain panjang lebar kepada Samuel.

"Aku cari anak Mizan tapi tak jumpa,takda siapa yang tahu dia di mana" Nada Zain sayu.

"Aku serba salah.." Zain sebak.

"Aku tak pernah khianati mereka,sebab mereka adalah rakan seperjuangan aku dari bangku sekolah lagi."Keluh Zain.

"Aku ada bukti hitam putih persetujuan antara aku dan mizan berkaitan pemegang saham,aku tak pernah khianati sesiapa." Zain bersuara tegas.

"Maaf kan aku sebab salah sangka dengan kau selama ini,aku tak sangka kau cari Mayliesa" Samuel bernada menyesal.

"Di mana dia sekarang?" Soal Zain teruja dan ingin tahu

Tiba2 kedengaran sayup2 suara orang menangis di sebalik dinding rumah Samuel.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience