Bab 1

Family Series 2826

17 Tahun sudah berlalu...Akhirnya jejak juga kakiku di Tanah Tinggi Cameron Highland....Suasana di Cameron Highlands sudah mula di sinari mentari pagi.Jam baru di angka 9...Mataku meliar memandang setiap pelusuk ladang teh yang terbentang luas....

"May.."Namaku di panggil dari arah belakang...aku menoleh...Sally senyum memandangku...

"Drink?"Dia menunjukkan setin coca cola...

Aku geleng...

"Aku da ada mineral water... "ujarku sambil menunjuk sebotol mineral water kepadanya...Dia mengeluh kecil...kecewa barangkali aku tak ambil air minuman yang di hulur...Dia sudah berdiri di sebelahku..

Cap yang di pakaiku di pusing ke belakang,bagi memudahkan aku meneguk air...Hilang dahagaku...Sejak kecil aku memang tidak suka minum minuman bergas...

Tangan kiriku masih di kocek seluar jeansku,manakala tangan kanan memegang botol mineral...sambil kaki ku yang tersarung kasut convers menguis guis tanah di ladang teh tersebut.Mataku juga di kalih ke arah kaki...Ini lah tanah tempat permainanku dulu2 di waktu kecil..rindu sungguh memori bahagia itu.Di samping mama dan papa...Aku gigit bibir...menahan mata dari berkaca.

"Kenapa kau tak nak berjalan2 atau ambil gambar di tempat peranginan ni?macam yang lain tu?kita datang sini kan nak happy2..kenapa aku tengok kau ni lain macam je"ujarnya sambil memandangku.

Aku memandangnya...tapi pandanganku tersasar ke arah susuk tubuh seorang lelaki yang sedang berdiri di hujung cafe di temani seorang wanita anggun....sally aku abaikan sebentar...mata bulatku masih memerhati.

"Itu bukan kah pengarah besar syarikat Mega Holdings...Anak Datuk Zain Hanif....Tengku Airil Zafril Bin Datuk Zain Hanif..."Bisik hatiku...Tanpa di sedari botol mineral di gengamanku di cengkam kuat...

"May,are you okey??"Sally mengerakkan tangannya di hadapan wajahku...

"Oh,sorry..."ujarku

"Kau tengok apa?"Sally pandang sekeliling..

"Tu cafe...jom aku belanja kau breakfast,orang cakap makanan kat cafe tu enak..."

"Really?rezeki jangan di tolak kalau da ada orang nak belanja...jom!"..Sally terus menarik tanganku menuju ke arah cafe.Aku hanya mengikut langkahnya...

Itu la Sally,gadis kacukan cina melayu yang berasal dari pulau pinang...Manalah orang tak salah faham,semua fikir kami ada hubungan sejenis.Tak di nafikan Sally seorang gadis manja dan periang...aku kadang terpesona juga melihatnya...tapi cepat2 aku tepis,aku masih waras.Gayaku yang sedikit lasak dan tomboy sukar untuk di dekati..malahan aku hanya mempunyai Sally seorang sahaja sebagai kawan yang rapat selama aku belajar di kolej ni..

Sedang Sally memilih juadah untuk di santapnye..fikiranku ligat berkerja keras untuk bertegur sapa dengan Lelaki segak itu...Kelihatan lelaki itu sudah mahu beredar bersama wanita di sisinya...Pantas aku memegang 2 gelas teh manakala Sally menbawa dulang makanan..Semasa kami ingin melintasi antara satu sama lain terus saja aku berpura-pura tersandung lalu tertumpah air di baju mahal lelaki tersebut..

"Opss...Sorry2,saya tak sengaja"..ujarku serba salah...

kelam kabut lelaki tersebut menepis sisa air di bajunya...aku juga pura2 tolong membersihkan..

"Buta ke apa mata you ni?"Tengking wanita di sisinya...aku memandang sekilas...Oh...model ni..Ayana.....aku senyum sinis...

"Maaf encik saya tak sengaja"...Aku tumpukan perhatian kepada lelaki di depanku...wanita sombong itu aku abaikan..

"It's okey,please Ayana behave,banyak Mata memandang"Dia bersuara...Ayana menjelingku tajam...

"Kalau awak tak keberatan saya boleh tolong cucikan kot awak ni"

"Takpa,sikit je ni...air awak pun da tumpah ni,saya belikan yang baru ye.."Wah..baik betul hati kau..ngomel hatiku..

"Eh..takpa2..saya yang salah...sorry ye encik...."aku saja biarkan ayat aku tergantung supaya dia perkenalkan diri...

"Tengku Airil Zafril.."

Aku pura2 teruja...

"Anak Datuk Zain Hanif kan..Pengarah besar Mega Holdings!"...

"Awak kenal Ayah saya.."

"Ofcoss,Siapa yang tak kenal Datuk Zain...Saya juga kenal awak...tengok ni..."Aku mengeluarkan sekeping majalah perniagaan dari bag dukungku..terpampang wajah Dia di muka depan majalah...

Dia ketawa...

"Are you student?"

"Yes,i'm student... ..you all la sumber inspirasi saya...."Pujiku bohong.

"May...."Sally sudah meregek di sebelahku...

"Sorry,kawan saya da lapar...sain please...."

Sekali lagi dia ketawa...

"Kelakar la awak ni,macam selebriti pulak saya rasa diri ni.."terus saja dia menurunkan tanda tangan di muka depan majalah tersebut...

"Thank you..."

"Most welcom.."

"See you again!"jeritku bila dia sudah berlalu pergi di heret oleh Ayana..model sendu tu...

~~~~

"Siapa lelaki tu?teruja benar kau ni jumpa dia.."Sally bersuara sambil menyental roti ke dalam mulutnya yang comel tu...makan sambil bercakap..cuba bayangkan..

"Kau tengok la ni.."Aku hulur majalah tadi...

Sally sedikit teruja....

"Wow...patut la aku tengok muka lelaki ni tadi macam familiar je....kacak betul dia bila tengok depan2 tadi..."Sally memuji.

"Kacak la sangat..."bibirku di cebik kan..

"Mesti secocok kan dengan aku,di bandingkan dengan model sendu tu.."Sally ketawa geli hati...

"Perasan!"...balas ku..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience