Bab 19

Family Series 2826

Badanku yang bersandar di sebalik dinding rumah uncle Sam terus jatuh melorot kelantai selepas mendengar kesemua perbualan Dato Zain dan Uncle Sam sebentar tadi.

"Ayahku bukan la seorang yang baik seperti sangkaan aku selama ini?" Hatiku merintih.Air mataku jatuh jua ke pipi.

"May?" Tegur Uncle Sam dengan riak terkejut.

Wajah uncle Sam aku pandang sayu.
"Betul ke semua cerita itu uncle?" Aku mengogoi bagai anak kecil.

Manakala Dato Zain jelas beriak terkejut melihat Liesa anak menantunya berada disitu.

" Mayliesa?" Dato Zain bersuara bagai tidak percaya.Selama ini menantunya itu adalah Anak Mizan?

"Betul ke ayah May macam tu uncle?" Ulangku lagi sambil mengoncang tubuh uncle Sam yang sudah bertingung di depanku..Wajah Dato Zain tidak ku pandang.Perasaan malu semakin menebal.Selama ini aku berdendam dengan orang yang tidak bersalah.

"Sudah lah may,lupakan semua itu,mari masuk ke dalam dahulu" Ajak Uncle Sam lembut.

Dato Zain hanya mengekori dari belakang.Wajahnya di raup beberapa kali.

Aku tersandar lesu di sofa ruang tamu rumah.Air mataku di seka perlahan.Nafas cuba di kembalikan normal.Aku teguk liur.

" Maafkan liesa ayah" Aku bersuara sambil menunduk malu.

" Selama ni,liesa salah anggap dengan ayah" Sambungku lagi.

Dahi Dato Zain berkerut kerana tidak memahami apa yang di maksudkan dengan kata2 menantunya itu.

" Liesa terlalu percayakan papa selama ni,Liesa tak sangka papa curang di belakang mama" Air mata yang mula menitis aku seka dengan kasar.Aku marah! marah dengan apa yang papa lakukan.Dan aku juga malu,malu dengan apa yang sudah aku lakukan.Menanam dendam dengan orang yang salah.

" Maksudnya liesa kenal siapa ayah selama ini?" Soal Dato Zain ingin tahu.

Aku anggukkan kepala.

" Maknanya liesa masuk dalam keluarga ayah semata2 untuk membalas dendam?" Sekali lagi aku diam dan hanya mengangguk kepala.

" Jadi perkahwinan liesa dengan Zafril juga termasuk dalam rancangan liesa ke?" Kali ini mataku memandang tepat ke arah mata Dato zain.

" No! perkahwinan ini tak termasuk dalam rancangan liesa.Kami terperangkap.Sampai sekarang liesa tak tahu siapa punya angkara." Aku mengeluh berat.Bukan sekarang masa untuk aku fikirkan siapa punya angkara punca aku kena berkahwin dengan Zafril dahulu.

" Ayah tak sangka selama ini orang yang ayah cari ada dekat dengan ayah" Dato Zain mengukir senyum.Mayliesa tidak patut di persalahkan,dia adalah mangsa keadaan.

" Ayah tak salahkan liesa,sebab liesa adalah mangsa keadaan, ini semua adalah kemelut hidup kami di zaman muda dahulu." Dato Zain menghembuskan nafas lega bila beban yang di pikul selama ini sudah terbongkar dan berkesudahan jua akhirnya.Anak Mizan sudah di temui.Dan dia juga merupakan anak menantuku.

" Liesa minta ampun ayah,liesa malu dengan ayah." Tubuh tua itu aku hampiri lalu ku peluk erat.Samuel hanya memandang dengan senyuman di bibir.

" Shuu,hal yang lepas jangan di kenang lagi ya,kita mulakan kehidupan yang baru." Dato Zain berkata dengan senyuman dan penuh kelembutan.Hati aku tiba2 di pagut sayu dengan pengkhianatan papaku sendiri terhadap mama.Rupanya selama ini orang yang aku persalahkan itulah yang menjadi tembok penyelamat rumah tangga papa dan mama sehinggalah ke hujung hayat mereka.

~~~~~

Panggilan telefon daripada Zafril aku abaikan.Saat ini hanya ketenangan yang aku inginkan.Jika Zafril tahu perkara ini marahkah dia denganku? Memiliki seorang isteri yang menanam dendam dengan keluarganya.

Aku betul2 buntu.Kereta audi yang di panduku terus memecut laju membelah angin malam.Selepas persengketaan antara aku dan Dato Zain sudah selesai aku terus meminta diri untuk pulang.Tapi hakikatnya aku memandu tanpa hala tuju.Hari juga semakin lewat malam.

Sedang aku asyik memandu,tiba2 sebuah kereta Ford Ranger mencucukku dari arah belakang.Semakin lama semakin rapat dan akhirnya memotongku lalu memblokku secara mengejut.

Sretttttttt!

Bunyi tayar keretaku bergesel dengan tar akibat kereta di berhentikan secara mengejut.

Hampir saja kepalaku ingin menghentam stereng kereta.

Kelihatan tiga orang lelaki keluar dari Ford Ranger menghampiri keretaku.Aku teguk liur.

Jam sudah mencecah angka 10 malam.Kelihatan jalan juga sunyi dari kenderaan yang lain.

Tok..tok..

Cermin keretaku di ketuk kuat.

Siapa mereka ni?

Mereka nak rompak aku ke?

Tiba2 seorang daripada mereka cuba memecahkan cermin depanku dengan mengunakan kayu besball.

Terus saja pintu kereta aku buka kerana marah melihat keretaku di buat sedemikian rupa.

" Korang nak apa ni?!" Jeritku geram.Pintu kereta aku hempas kuat.Sorry darling.

" Akhirnya keluar juga kau ya. Sayang kereta dari sayang nyawa ke?" lelaki yang memegang kayu besball bersuara sinis.Lagaknya seperti samseng.

" Kau orang nak rompak aku ke? Kalau nak rompak silakan!" Aku bersuara sinis.

" Sombong betul betina ni" Si rakan berbaju hijau seakan memperliku.Aku merenungnya tajam.Huh! badan kurus kering ada hati nak jadi samseng.

" Sombong2 lah bagus, Baru syok nak main" Lelaki botak pula bersuara.

Aku merengus kasar.

" Apa benda korang ni? nak apa sebenarnya?" Soalku geram.Aku dah lah tengah serabut ni.

" Jangan lah marah2 sayang, jom ikut abang" Si botak cuba menghampiri dan memegang tanganku.Pantas aku tepis tangannya.

" Wow! Garangnya, abang suka!" Makin meluat pula aku mendengar mulut si botak ni bersuara.

" Jangan sentuh aku!" Jeritku lantang.

" Tolong!!!!" Jeritku lagi.

Pantas si lelaki yang memegang kayu besball menekup mulutku.Si botak pula memelukku dari belakang lalu mengheretku ke tepi semak.

" Sapa dulu yang nak?" Si kurus berbaju hijau bersuara.Aku yang masih meronta ronta cuba mencerna apa yang di rancangkan mereka.

Rogol??? Dia orang nak rogol aku!!!

Belum sempat si lelaki memegang kayu besball menjawab tangannya aku gigit kuat.Tekupan pada mulutku terlepas.

" Sakit lah sial!" Katanya sambil melibas tangannya akibat di gigitku.

Pantas hujung kakiku di hayun tegak keatas lantas mengenai tepat ke kepala si botak yang berada di belakang tubuhku lalu tubuhnya rebah ke belakang.

Si kurus mula menyerangku dengan tumbukkan tetapi pantas aku mengelak.Kini tendangan 360° dariku tepat mengenai kepalanya lantas tersembam tubuhnya ke tanah.

" Boleh tahan kau ye" Si lelaki yang di gigitku tadi bersuara lantas menyerangku mengunakan kayu besballnya.Tapi malangnya terkena keretaku.

Prakkk! Habis bonet keretaku kemek.

" Damn it!" kataku geram.

Bak...Buk...Bak..

Bahu.
Perut.
Betis.

Habis aku serang.

Dan last sekali mukanya menerima tumbukan padu dariku.Tersembur darah dari mulutnya.Tubuhnya terus jatuh rebah ke tanah.

Tanpa menunggu lama aku terus beredar dari tempat kejadian dan memecut kereta audiku selaju yang boleh.Dadaku yang berombak kencang aku cuba stabilkan dengan menarik nafas secara perlahan.Kereta di pandu pulang menuju ke rumah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience