7| VATER

Action Series 22760

WALLER menunggu Alexa bangun. Dia masih tidak sedap hati. Rasanya seperti ada orang memerhati. Matanya berkalih ke jasad Alexa yang sedang baring tapi masih bernyawa lagi. Fuhh, nasib gadis itu masih hidup, kalau tidak dia tak tahu lah, boleh kut jumpa Alexa dekat alam lain.

Aurora di wad bilik sebelah menemani Carl. Setiap malam gadis itu menangis. Alaa, bukan hilang laki pun. Sekolah pun tak mahu. Keluarga lelaki itu sentiasa datang melawat, namun kehadiran Aurora yang cukup dikenali, membuatkan mereka tidak selesa. Takut anaknya akan menjadi taruhan sepertimana yang sedang berlaku.

Waller mengeluh apabila teringat adegan apabila tuannya itu diangkat oleh seseorang yang tidak dikenali. Ingatkan musuh, namun apabila jejaka itu mengucup dahi gadis itu dengan kasih ketika Alexa memejam matanya membuatkan lelaki itu hairan. Selama dia hidup bersama Alexa, tidak pernah sesekali pun dia berjumpa dengan lelaki itu. Dia menyuruh orang mencari maklumat tentang lelaki misteri itu namun satu pun tidak berkaitan. Seperti lelaki itu tidak pernah wujud.

Sekian lama, dia menuju ke bilik sebelah dimana Aurora berada. Gadis itu tidak mahu makan. Jika dipaksa pun, sedikit sahaja dia makan. Dia perlu memujuknya.Alexa ditinggalkan dan berharap agar tuannya baik baik sahaja. Pintu ditutup sebaik sahaja dia keluar.

________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________

Suasana di dalam bilik itu tegang. Jika satu pin yang jatuh pun mampu didengari. Tiada siapa yang berani bersuara.

Lelaki yang bernama Inre Gaidzan itu memandang wajah anaknya. Mukanya yang tidak pernah ceria itu ditatap oleh Adrean. Namun apabila melihat mata ayahnya yang berwarna grey sepertinya menikam tajam, matanya tunduk kembali. Tidak berani.

"So, what do you want to say?" tegas tanpa kelembutan seorang ayah.

"It's Theo. They attack us at the party. Carl, Aurora partner also attack by them. And last, Alexa didn't wake up until today. It's been 2 days." Adrean menjelaskannya tanpa rasa ragu ragu. Jejaka itu dapat mendengar ayahnya mencarut apabila terdengar.

"How about Alexa and Carl. Are they will die?" Adrean tersentak. Dia tak tahu apa apa. Semua tugasan diberikan kepada Waller untuk diurus. Lelaki itu akan memaklumkan kepadanya jika berlaku apa apa.

Inre Gaidzan yang melihat anaknya tergagap-gagap tersengih sinis. Dia dah tahu anaknya itu takkan mempedulikan hal itu. Hanya menyeksa orang yang digemarinya.

"That's why I like Alexa. She's do everything. Not like you, Adrean Drexal" Perkataan terakhir ditekan. Sengaja nak menguji anak lelakinya. Mahu lihat ketabahan jejaka itu. Adrean yang mendengarnya mengetap bibir. Dia tak suka dibanding bandingkan. Lagi lagi dengan kakaknya. Dia tahu kakaknya sempurna di mata ayahnya.

Perfect!

"I'm sorry, Vater" Adrean menunduk sedikit. Dia tidak mahu bermusuhan dengan darah dagingnya sendiri. Menyorok dimana mana walaupun di penjara sekalipun, pasti ada anak buah Inre Gaidzan. Kalau begitu, mati sahajalah yang dapat melarikan diri daripada mereka. Tak percaya? Cubalah.

Sesekali ketika berseorang, Adrean teringin juga ingin menjadi seorang perempuan. Sejak ibunya mati, ayahnya langsung tidak memperdulikannya. Hanya kakak dan adiknya diberikan perhatian penuh walaupun tidak ditunjukkan secara terbuka.

Namun, apabila difikirkan, menjadi perempuan amat menyusahkan. Lagi lagi sel sel otaknya mula berhubung berfikir, tak sakit ke perempuan keluar darah setiap bulan. Dia luka sikit yang lansung tak keluar darah langsung dah sakit. Apatah lagi, menjadi seorang perempuan ditolak sangkal yang mungkin. Tak ingin. Dia tak ingin merasai langsung.

Inre Gaidzan menyambung kerjanya apabila melihat anak lelakinya itu termenung. Sengihan yang sinis tadi mula dibekukan.

Tanpa Adrean sedar, Inre Gaidzan amat amat menyayangi anaknya itu. Tak pernah berkurang. Cuma dia tidak memanjakan anaknya itu supaya Adrean pandai berdikari. Tak mahu anaknya itu menjadi sotong.

Tengah tengah drama Korea disaksikan oleh beberapa pembantu Inre Gaidzan, seekor makhluk membuka pintu biliknya. Makhluk itu mengangkat tangannya tinggi tinggi.

"Adrean, I wait you for a long time! Where you go?!!!" Makhluk itu tidak memandang ke arah meja pejabat. Dia pasti Adrean disitu. Lolipop nya diangkat tinggi tinggi hendak mencapai langit.

Inre Gaidzan dan Adrean Drexal memandang makhluk itu. Inre sudah mengangkat keningnya. Kagum dengan tubuh itu yang langsung tak takut mati. Eheh, memang nak cari mati!

Adrean yang melihat sudah terlopong sebelum giginya diketap semula. Memang cari pasal.

"Ouh, that's you Kaka" Kaka yang mendengarnya sudah sejuk tubuh. Habislah dia. Badan dipusingkan perlahan lahan ke arah meja pejabat.

"Err, Herr Gaidzan." Lolipop disorokkan dibelakang. Lolipopnya lebih penting. Langsung dia tak tahu boss nya ada di situ.

Pintu bilik diketuk dari luar. Masuk pula seorang jejaka yang berkemeja biru.

"Entschuldigen Sie mein Herr" lelaki itu menunduk. Kaka disebelah nya terangguk sedikit.

"So, you all here, Kaka, Thomas. Earl, call my man too."Pembantunya mengangguk tanda faham.

Tiga jejaka itu duduk di kerusi setelah disuruh. Namun, masih tertanya tanya apakah yang bakal dibincangkan.

.

.

.

.

.

im so sorry, lambat update.. because sekolah nk bukak dah! Kerja sekolah banyak!

sorry eh!

Vote and comment!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience