17| 3AM

Action Series 22760

Aryan membuka matanya. Syiling bilik dipandang seketika. Termenung melayari mimpi mimpi yang telah berlalu.

Dirinya terganggu apabila tapak tangannya digenggam kuat.

Kepala tertoleh ke sebelah. Bibir tersenyum melihat gadis yang diimpi impikannya berada di sebelah.

Alexa yang sedang tidur sambil tersandar di dinding dipandang. Lirikan mata menuju ke tangannya. Walaupun sakit sedikit tangan digenggam kuat, Aryan tidak kisah. Rindu datang menusuk ke jiwa.

Tangan gadis itu dikucup lama. Tak mahu lepas.

Beberapa minit, Aryan bangun dari pembaringan. Badan diregangkan.

Air mineral diteguk sehingga puas. Baru rasa tekak lega.

Tit!

Jam menunjukkan Jam 0300. Malam masih berlabuh tirai. Bulan masih ligat memantulkan cahaya daripada matahari.

Ya, waktu sekaranglah dia sentiasa bangun. Selalunya, pada waktu begini, dia seringkali termenung meratapi hidupnya.

Itulah manusia, meratapi kerana hidupnya tidak sempurna. Tanpa dia sedar, lebih banyak lagi manusia yang lebih merana daripada dia sama ada sejak lahir atau pun tiba tiba.

Tapi kali ini, pada malam ini, buat pertama kali, dia tersenyum kebahagiaan.

Bersyukur.

Ya, bersyukur kepada- NYA.

=============================

"Aryannnnn..." pipi anak lelakinya ditekup dengan tangan lembutnya.

"Ayan Okey tak, sakit lagi kee.." Puan Hannah membelek badan Aryan. Tergelak lelaki itu melihat karenah ibunya.

"Tau tak mama risau" gumam Puan Hannah lagi. Siapa tak risau kan bila anak yang dikandung 9 bulan didalam perut sakit didepan mata?

"Kan Aryana kan, Aryana pun mesti risau" Alexa tergamam apabila diperkatakan. Kepala ditundukkan.

Puan Hannah mengusap rambut anak lelakinya itu. Kasih sayangnya membuak buak.

Aryan memandang ayahnya yang sedang duduk di atas sofa. Mulut ditarik ke atas.

"Papa, boleh tak Harini Aryan tak masuk kerja? Off-day?"

"Kenapa?" keliru Tuan Fahrezzi. Pantang apabila anaknya itu tidak masuk kerja. Ya lah, selalunya satu minggu ni, satu hari je dia masuk pejabat. Kerana anaknya itu selalu tiada atas 'urusannya'. Urusan apa? Dia pun tak tahu. Jadi, anehlah bila anaknya minta Off- day lagi!

"Nak honeymoon." spontan Aryan menjawab. Puan Hannah yang mendengar sudah terangguk angguk bersetuju. Muka suaminya dipandang dengan penuh pengharapan.

Tuan Fahrezzi yang sudah faham maksud anaknya itu angguk bersetuju. Ah, dia sudah tidak kisah lagi.

Tapak tangan digenggam gembira. Yes!

___________________________________________

Alexa gelisah tak terkeruan. Asyik pandang kiri kanan. Ya lah, macamana boleh tak gelisah kalau lelaki kat sebelah dia ni bawa dia ke mana entah.

"Pergi mana ni?" Alexa memandang Aryan penuh tertanya.

Aryan tersenyum. Wajah Alexa dijeling.

Ah! He's hot! Bisik Alexa. Woi Alexa, kau dah angau ni!

Kereta diberhentikan apabila sampai tujuannya. Pintu kereta sebelah penumpang dibuka. Alexa tertanya tanya. Namun, tangan Aryan tetap dicapai juga.

"Jom" ajak Aryan. Tangan Alexa dipegang erat tak mahu lepas. Alexa hanya menurut.

Aryan mengeluarkan kaca mata hitam berjenama Gucci dari begnya. Satu kaca mata hitam dipakaikan ke Alexa. Satu lagi dipakai oleh dirinya. Bibir tersenyum memandang Alexa.

Kaki berjalan ke pesisir pantai. Alexa mengikutinya di sebelah.

"Awak cantik sangat dengan abaya ni. Very beautiful!" komen Aryan.

Alexa memandang baju yang dipakainya. Abaya modern. Ibu Aryan yang menghadiahkan abaya ini kepadanya. Maklumlah, sahabat baik Puan Hannah baru sahaja membuka cawangan butik baharu di London. Jadi, semua keluaran pakaian di butiknya juga baru diliriskan. Edisi terhad sahaja. Ini buatkan Alexa tergoda.

"Awak ingat tak? Tempat ni lah tempat saya melamar awak dulu? Untuk menyunting awak sebagai suri hati saya." bisik Aryan perlahan. Namun masih tetap didengari Alexa.

Ini.. ini adalah pantai haritu! Pantai dimana menjadi titik sejarah buat mereka.

Hati Alexa berdegup laju.

"Selepas kita jumpa kembali, saya gembira sangat sangat. Awak dah ingat saya." sayu suara Aryan.

"Jadi, lepas kita dah bertemu semula. Saya nak..."

Lutut diletakkan ke tanah. Tangan diseluk ke dalam saku bajunya.

"Saya nak lamar awak sekali lagi. Sudikah awak jadi peneman hidup saya." kotak merah bersulamkan bunga dibuka. Senyuman kasih diukir di muka.

Alexa tergamam. Dia tidak sangka lelaki ini akan melamarnya. Sekali lagi melamarnya.

Air mata jernih terlahir di mata Alexa.

"Yes, I do" jawab Alexa sepatah.

Aryan berdiri pantas. Dia terus berlari mendakap kuat isterinya.

Bammm!!!

Alexa terpejam rapat.

"I'm sorry"

Tiba-tiba, Alexa merasakan dirinya melayang.

sorry saya menghilang terlalu lama I have my problem, sorryyy

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience