5| AB

Action Series 22760

"TAKE Aurora first" arahan diberikan melalui earbuds yang dipakai di telinganya. Beberapa orang mengangguk.

"Ja" (Yes)

Rata rata jemputan sudah melarikan diri daripada menjadi sasaran seterusnya. Ada yang menyorok di dalam bilik hotel yang ditempah.

Aurora yang sedang memangku Carl ditarik oleh Waller supaya menyelamatkan diri. Aurora memberontak tak mahu pergi dari Carl. Jelas gadis itu sudah jatuh suka pada Carl yang sememangnya tampan.

"Go Aurora! Ich werde auf ihn aufpassen!" (I will take care him!) Alexa memarahi adiknya. Keadaan tengah cemas. Boleh pulak buat drama Korea.

Sky dan Zero sudah datang membantu. Sky merupakan gelaran kepada pertahanan jarak dekat dengan menggunakan pistol, pisau atau senangnya berhadapan dengan pihak musuh. Zero pula gelaran kepada pertahanan jarak jauh seperti sniper ataupun tidak turun dalam gelanggang petempuran dan hanya back up Sky jika ada musuh menyerang hendap. Ada satu lagi gelaran iaitu Edder yang hanya memberikan maklumat dari belakang tabir. Tidak bertempur namun masih ada skill dalam pertahanan diri.

Seorang Sky jatuh tumbang apabila dia menjadi sasaran seterusnya. Alexa mengetap giginya.

Drees yang dipakai dikoyak sehingga menjadi pendek untuk memudahkan dia berjalan. Ada beberapa bilah pisau diikat pada kakinya.

Alexa berlari ke ruang atas sambil memasukkan peluru pada pistolnya. Dia tahu penyerangnya dari atas walaupun sasarannya tidak tepat. Namun dia tahu, penyerang itu hanya menggertaknya. Dalam hati memikirkan kata kata Eduard. Adakah Eduard berselongkol?

Muncul seorang lelaki yang bermask dan topi hitam. Lelaki itu menyerangnya dari tepi. Alexa terjatuh setelah dirempuh. Mulutnya menyumpah seranah. Alexa menembak beberapa kali lelaki itu. Lelaki itu mengelak dengan mudah. Lelaki itu mengeluarkan pistolnya yang tersisip di pinggang. Kepala Alexa disasarkan. Jika dia dapat membunuh gadis itu. Maka itu adalah satu kejayaan buat dirinya. Kepala gadis itu bakal dipersembahkan kepada Tuannya. Namanya bakal disebut sebut.

Alexa membuat back flip dan peluru itu tersasar. Picu pistol ditekan namun pelurunya sudah habis. Glock 19 itu dibaling ke tepi. Pisau di kakinya diambil dari sarung. Dia sudah dapat menjangka serangan akan berlaku tetapi dari siapa, dia tidak tahu. Ada yang mahu cari pasal dengannya.

Pisau dilarikan ke muka lelaki itu. Sedikit goresan terhasil di tepi matanya. Darah mengalir sedikit. Alexa tersenyum sinis mengejek lelaki itu.

Lelaki itu menggunakan pistolnya untuk menggertak. Namun, Alexa sudah menyepak pistol yang dimiliki lelaki itu jauh jauh. Lelaki itu sedikit goyah. Pisau rambo dikeluarkan dari tepi seluarnya. Alexa menyerang dari tepi lelaki itu tanpa disedari. Lelaki itu dapat menjangka serangan Alexa lalu tangan Alexa dicapai. Muka Alexa sedikit terkejut.

Lelaki itu sungguh pantas.

Pisau yang dipegang oleh Alexa dibuang ke tingkat bawah. Alexa menyumpah lagi. Tidak adil. Perut Alexa dijadikan sasaran namun tersasar apabila Alexa mengelak. Namun, dengan tangannya dipegang kuat, baju Alexa terkoyak di bahagian bahu sekaligus bahu Alexa turut cedera. Alexa mendesis kesakitan. Kaki lelaki itu menyepak belakang lutut Alexa. Alexa melutut.

Lelaki itu meletakkan pisau rambonya di bahagian leher Alexa. Leher Alexa dicekik namun tidak melemaskan Alexa. Lelaki itu tergelak sinis.

Keadaan Alexa yang tengah demam menyebabkan dia kalah. Muka Alexa merah menahan marah dan sakit.

"Wer bist du?!" (Who are you) walaupun perlahan namun suara itu tegas dan keras.

"Before you die, I want you to know who wants your head. 'He' wants you know it" Alexa tergelak sinis. Pasti ke dia akan mati?

"Hell you" mulutnya sedikit mencarut apabila lelaki itu menekan lehernya lebih kuat. Lelaki itu sedikit tercabar dan pisau rambonya menghiris leher Alexa sedikit dan menghasilkan luka yang panjang. Darah mengalir keluar. Alexa mendesis lagi.

Dia tidak takut pada lelaki itu. Baginya takdirnya di dalam tangannya sendiri. Tidak berhak mengambil nyawanya.

"He's.." tanpa sempat menghabiskan kata katanya, lelaki itu sudah jatuh terlentang di lantai. Tangan lelaki itu diambil dengan kasar . Jari tangan kanan lelaki itu dipatahkan satu persatu oleh seorang lelaki yang menjadi penyelamatnya. Teriakan lelaki itu sungguh membingitkan. Kemudian, kepala lutut lelaki itu dipijak tanpa belas kasihan. Leher dicekik memaksa untuk bangun. Namun, lututnya yang sudah dipijak melambatkan pergerakannya.

"Who send you?" lelaki yang menjadi penyelamat Alexa bertanya. Suaranya sungguh menyeramkan. Kasar dan mendalam menyebabkan aura kejamnya tersebar.

"Err.. err.. Theo" suara lelaki itu jelas kesakitan dengan keadaan yang sakit. Selepas mendapat jawapan yang dimahukan, muka lelaki itu ditumbuk sekali gus menyebabkan lelaki itu pengsan.

Lelaki yang menjadi penyelamat memandang Alexa yang sudah terbaring. Alexa yang sudah lemah diserang dan disebabkan demamnya yang cukup teruk. Perlahan lahan, dia mencangkung memandang Alexa.

Alexa memandang muka yang cukup putih melepak seperti rambutnya. Baju biru yang dipakai kelihatan sedikit darah yang tercalit. Kemudian, mata lelaki itu dipandang. Anak mata yang berwarna merah menyala perlahan lahan berubah kepada warna biru pekat. Riak muka lelaki itu yang tegang perlahan lahan reda. Mulut yang berwarna pink tersenyum. Namun matanya yang mula kabur tidak dapat menangkap rupa lelaki itu.

Badan Alexa diangkat perlahan. Gadis itu benar benar lemah. Haba panasnya dapat dirasai pada badan lelaki itu.

"Who?" hanya perkataan itu dapat dikatakan dengan perlahan.

"I'm Ab" lelaki itu menjawab lalu turun dari tingkat atas.

Sofa yang berdekatan dihampirinya. Keadaan yang kecoh langsung tidak dipedulikannya. Alexa diletakkan berhati hati di atas sofa. Sapu tangan yang berwarna biru milik lelaki itu diletakkan di atas bahu Alexa yang sedikit terdedah. Tidak mahu dilihat oleh orang lain.

"Bye Gabriella" mulut lelaki itu menyebut dengan perlahan namun dapat didengari oleh Alexa. Lelaki itu berlalu ke pintu belakang ballroom hotel. Anak mata Alexa yang sudah kabur mengikuti jejak lelaki itu sehingga bayangan lelaki itu hilang.

Mata Alexa tertutup perlahan lahan. Fikirannya memainkan nama yang sama.

AB.

________________________________________________________________________________

Kaki melangkah keluar dari pintu masuk hotel. Aysar yang sedang mengelap bajunya yang penuh dengan darah disapanya.

"Wei, baju aku dah kotor.. Mahal doh aku beli." Aysar mengurut setelah nampak sepupunya. Mulutnya terkumat kamit memarahi. Sebenarnya bukan dia beli pun, rakan perempuannya yang menghadiahkannya. Aryan tergelak. Ingat dia tak tahu? Bajunya juga tercalit darah. Aishh, macam tak biasa pulak.

Beberapa kereta hitam masuk ke perkarangan hotel. Beberapa orang lelaki keluar dari kereta tersebut.

Aysar mengenali seorang lelaki yang berkaca mata hitam antara lelaki lelaki tersebut. Adrean Drexal. Abang kepada gadis yang disukainya. Dia tidak mahu berjumpa dengan lelaki itu. Dia tak suka.

"Wei, Aryan. Jom pergi dulu." Aysar mengajaknya. Mereka menuju ke arah kereta sport Aysar. Enjin di start. Aysar menekan pedal kereta setelah dipastikan tiada siapa yang menyedari kehadiran mereka.

Aryan memandang ke arah hotel tersebut. Dia memikirkan gadis yang dilihat semasa awal party tadi. Apakah nasib gadis itu ya? Dia mahu menolong gadis itu namun tidak dijumpainya. Fikirannya benar benar serabut.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

Siapakah Ab?

Kalau nak lagi please vote and comment!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Haa.. macamana aksi tadi? saya tak pandai buat cerita aksi tapi saya cuba. HEHEHEHE...........

Bye bye!!!!!!!!!!!!!!!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience