Air mata yang mengalir dikesat. Namun, air mata tetap bertakung di kolam kelopak mata.
Potret gambar yang mempunyai banyak manisnya itu dipandang kosong. Dia tak faham, dia masih keliru.
Gambar sepasang pasangan tersenyum manis sambil memandang antara satu sama lain. Senyuman yang sungguh manis bak itu hari bahagia mereka. Gaun pengantin berwarna putih tersarung pada tubuh si isteri. Suaminya pula lengkap berbaju melayu cekak musang sambil memegang keris yang terletak pada bahagian samping melambangkan adat orang Melayu. Sejambak bunga mawar merah dipegang bersama. Sudah terbukti photographernya bertaraf lima bintang melihat kualiti gambar itu.
Tangan Alexa mengusap gambar si pengantin lelaki. Dia sangat sangat kenal wajah itu.
Aryan Haykhal Heyda.
Ya, dialah pengantinnya.
"Aryana?"
Alexa menoleh perlahan ke tepi.
Aryan masuk ke dalam bilik. Sudah pastilah lelaki itu mempunyai kunci bilik itu.
Aryan berjalan perlahan-lahan ke arah Alexa. Dia duduk dihadapan gadis itu.
"Awak ingat?"
Alexa memandang anak mata biru Aryan.
"Awak dah kembali?"
"Awak ingat saya kan?"
"Awak ingat hari bahagia kita kan?"
"Awak ingat cinta kita kan?
Bertubi tubi Aryan bertanya. Melihat Alexa hanya memandang dirinya, tidak memberi respon, Aryan tertunduk.
Air mata lelaki nya mula mengalir. Rasa sakit di hati kembali lagi. Sakitnya benar benar terasa. Tangan memukul dada sendiri berharap dapat mengubatinya.
"Saya.
Rindu.
Awak"
Sepatah sepatah Aryan berkata. Tangisannya mulai lebat. Dia takut harapannya hanya sia sia.
Suasana menjadi sepi dengan tangisan Aryan. Alexa masih tidak berkata kata.
Terkaku.
Tangan Alexa terus ke wajah tampan Aryan.
"A.b.a.n.g"
Anak mata Aryan memandang wajah wanita itu.
Air mata mulai lebat. Kali ini, Alexa juga turut mengalirkan air mata sekali lagi.
Tangan Aryan tergapai gapai mahu mencapai meja solek. Laci meja ditarik kasar. Pernafasan semakin tak tentu arah. Kasar. Tidak sempat mengambil barang yang diingininya, Aryan tersandar pada tepi katil.
Kedua dua belah tangan ditekan pada dada. Trakea terasa semakin sempit. Oksigen oksigen pada peparu terasa seperti disedut laju.
Mata dipejam seketika. Muka Aryan semakin memerah.
Alexa yang melihat keadaan itu tidak tentu arah. Dia lekas memeluk lelaki itu. Tujuan untuk menenangkannya. Air mata mengalir lebih laju dari sangkaannya.
Tiba-tiba, pintu bilik dibuka laju. Tuan Fahrezzi cepat cepat mendapatkan anak lelakinya itu. Muka beriak risau.
Aryan dibaringkan ke atas pangkuannya.
"Sayang!! Panggil Dheran! Aryan sakit !" Tuan Fahrezzi memanggil isterinya.
Mujur dia masih belum tidur. Dia dapat mendengar loceng kecemasan tadi. Ya, memang Tuan Fahrezzi telah memasang emergency bell pada bilik Aryan. Apabila mengetahui anaknya sakit, loceng kecemasan tulah yang menjadi pilihannya dulu memandangkan anaknya itu memang tidak boleh berkata apa-apa. Berbisik pun sudah memeritkan, apatah lagi hendak berteriak meminta pertolongan. Sudah pasti peritnya seperti ditikam tikam dada.
"Aryana, ambil ubat dalam laci meja tu."
Alexa yang menyedari dirinya disuruh, lekas menurutnya sahaja.
Laci meja pertama dibuka, tiada.
Kedua, tiada.
Ketiga, barulah ubat itu dijumpai.
"Air Aryana, minta maid ambilkan"
Alexa tetap tidak membantah. Dadanya terasa hendak pecah melihat lelaki di pangkuan Tuan Fahrezzi sebegitu.
"Tuan, tolong saya angkatkan Aryan ke atas katil" Dr Dhe meminta pertolongan majikannya itu. Memang mustahil jika dia seorang yang akan angkat lelaki yang bertubuh sasa itu ke atas katil. Fuh, patah pinggangnya nanti.
"Aryan, look at me!" Dr Dhe cuba menarik perhatian lelaki itu daripada tidak sedarkan diri.
Alexa dapat mendengar lelaki itu meminta ubat. Muka Aryan juga bertambah pucat. Pernafasan tidak sekata.
"Okay, if you can, I don't want you to take the medicine. If you take it more, it can be a dangerous drug to you!" Dr Dhe cuba memberi penerangan yang mungkin tidak dapat dihadam betul oleh Aryan.
"Aryan, breath." Doktor muda itu memegang bahu Aryan. Cuba untuk memanipulasi.
Tangan Aryan mencapai sepasang tangan disebelahnya. Dia mencengkam tangan lembut itu. Alexa terkedu apabila tangannya menjadi sasaran. Tetapi, dia turut membalasnya juga sebagai sokongan.
"Out." Hembus.
Teknik pernafasan stabil tetap tidak menjadi.
"Please Dhe. Ubat" Dr Dhe menghelus. Dia yang melihat Aryan tidak boleh menahannya lagi, berputus asa. Jika dia memaksa, boleh meragut nyawa nanti. Dia tak nak ambil risiko itu.
Ubat disuapkan ke Aryan. Tuan Fahrezzi pula membantu anaknya minum air.
Perlahan Lahan, pernafasan Aryan semakin lancar. Tiada yang tersekat sekat lagi.
Dr Dhe mengambil stetoskop yang tergantung di lehernya lalu meletakkan di atas dada Aryan. Selepas berpuas hati dengan degupan jantung Aryan yang semakin tenang, Dr Dhe tersenyum lega.
"I think someone should stay with him tonight. Takut takut berlaku lagi" Selepas itu, Dr Dhe keluar dari bilik Aryan. Rasa ngantuk kembali semula. Tangan menutup mulut yang menguap.
"Aryana, can you?" Tanya Tuan Fahrezzi sepintas tanpa mahukan jawapan. Sudah tentu Alexa tetap perlu 'stay with him' malam ni.
Puan Hannah mendapatkan tangan Alexa. Tangan Alexa digenggam dengan kasih sayang.
"Please dear, he need you"
Ketika itu, Alexa tidak dapat berkata apa apa. Tidak ingin tetapi tidak juga menolaknya.
Perlahan-lahan, Alexa mengangguk bersetuju. Puan Hannah tersenyum lalu memeluk gadis itu. Lega.
Dan sekian lamalah, Alexa sekali lagi merasai pelukan seorang ibu.
÷÷÷÷÷÷÷÷÷÷÷÷÷÷÷÷÷÷÷÷÷÷÷÷÷÷÷÷÷÷÷÷÷÷÷÷
Maaf sebab dah lama tak onlinee
Thanks for 100 followers ^v^
Share this novel