Pintu bilik Alexa diketuk dari luar. Alexa terus menuju ke arah pintunya.
"Who's there?" Dia mendekatkan telinganya ke arah pintu bilik.
"Aryan" selepas beberapa saat, barulah Alexa membukanya.
Lelaki tampan dihadapannya itu dipandang Alexa. Wait, what? Alexa gelarkan dia lelaki tampan? Kau betul betul dah angau ni Alexa.
"Yes, sir? What do you want?" Alexa bertanya. She's very curious. Apa yang lelaki ni nak lepas baru malukan dia tadi?
"Pack your things" ringkas sahaja jawapan yang diberikan. Raut wajah Alexa berkerut. Eh, lelaki ni nak halau dia ke. Eh macamana dia nak hidup dengan bumi asing ni?
"Don't worry, Dhyanda. Relax. Okay? Now pack your things and let's go to honeymoon!" Terjatuh rahang Alexa, Apa? Nak pergi honeymoon ke? Lelaki di depan dia ni benar benar gila. Kalau macam ni, lebih baik dia larikan diri dulu!
Aryan yang melihat wajah cuak Alexa terus tergelak. Walaupun wanita di hadapannya dikenali sebagai antara pewaris Mafia yang digeruni, tapi bila bab bab ni je, terus takut dibuatnya.
Aryan tak takut ke? Laa.. buat apa dia nak takut? Dia pasti wanita ini tidak mampu mengalahkannya. Apatah lagi mencederakannya. (Uishh, yakinnya kamuu~)
Kerana dia benar benar yakin, wanita ini tidak akan meng-apa - apakannya.
"Just kidding Miss Dhyanda" Aryan tersengih. Buat masa kini, apabila melihat wajah tak puas hati Alexa, buatkan Aryan mahu mencubit cubit sahaja pipinya.
Pintu bilik ditutup kasar. Fuh, nasib baik Aryan sempat mengelak, kalau tidak nasiblah, patahlah hidung mancungnya.
Harini, dia nak bawa wanita itu ke tempat istimewa.
•••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••
Okay, Alexa telah selamat sampai di pantai. Cermin mata hitam dipakainya. Nasib tak panas sangat. Pakaiannya pun okey, tidaklah over sangat.
Tapi, Tengoklah, lelaki di sebelahnya cukup lengkap bertutup semuanya. Baju t-shirt berlengan panjang, seluar treksuit panjang, topi lebarnya, dan cermin mata hitam. Tak lupa juga, sebelum keluar dari kereta tadi, dipakainya sun protection di kulit. Lepastu, siap dibawa payung biru.
"Okay here we go!" Jerit Izriln. Kini dia berlari lari di sepanjang pantai. Lama sungguh dia tidak pergi ke pantai. Bukan nak salahkan abangnya itu, dia faham kondisi abangnya yang merupakan salah satu pesakit yang tidak boleh kena cahaya matahari. Tapi dia benar benar rindu air masin ni!
Alexa dan Aryan menuju ke arah pondok yang kosong.
Aryan membuka set pembakar yang disewanya tadi. Harini, jom makan BBQ! Api dihidupkan. Susah jugak! Tapi, mana boleh Aryan Haykhal Hayde mengalah begitu sahaja! Kena lah tunjuk hebat!
Selepas beberapa minit, barulah api benar benar berjaya dihidupkan. Daging dan ayam yang dibeli pagi tadi diletakkan di atas jaring. Apabila dagingnya benar benar masak, barulah diangkatnya.
Mata menjeling ke arah Alexa yang duduk bersila di atas pasir. Eishh, buat apa tu, tak nak tolong dia ke ni. Lah panas ni.
"Miss Dhyanda, excuse me?" Mata yang dipejam terus dibuka. Kepala terus berpaling ke arah Aryan yang sedang mengipas wajahnya dengan tangan. Alexa terus bangun dan menuju ke arah Aryan.
"Yes, sir? Why?" Kipas diberikan kepada Alexa. Eh, nak suruh kipas Aryan ke ni?
"Tolong sekejap, kipaskan asap asap ni, takut api padam" pinta Aryan. Alexa yang sememangnya tengah bosan itu menurutnya sahaja. Seketika, matanya ralit memandang wajah tampan Aryan. Dia tahu lelaki itu sakit. Tapi dia nak buat apa? Tak boleh nak diubati dah.
Aryan tersenyum apabila perasan Alexa sedang memerhatikan wajahnya. Tahu la dia tampan. (Ehemm, perasan~)
"I know you miss me" bisik Aryan. Tapi kata kata itu dapat ditangkap Alexa.
°•°•°•°•°°••°°•°•°•°•°°•°•°•°•°°••°•°•°•°•°•°°•°•
Matahari semakin menurun. Jam 1714. Kali ni, barulah Aryan menanggalkan topi.
Sesi BBQ baru sahaja tamat. Aryan sedang baring di atas pasir. Langit dipandangnya. Dia tak malu pun jika ada orang memerhatikan nya. Kerana haritu ialah hari kerja. Tiada orang pun disini kecuali mereka bertiga. Lagi lagi mereka pergi ke private beach, yang dimana hanya mereka yang mampu menyewanya sahaja dapat pergi kesana.
Seketika, dia melihat Alexa bangun dari duduk. Sejak tadi, wanita itu hanya diam sahaja. Yang paling menikmati percutian ini, tidak lain tidak bukan, adiknya sendiri, Izriln.
Tadi kata special bukan? Memang istimewa kerana dia sahaja yang tahu apa istimewanya.
Alexa berdiri menghadap pantai, gerakan gerakan kekudanya dibuka. Tumbukan dan sepakan diberikan pada angin yang berlalu.
Aryan yang melihat keadaan itu terus bangun menuju ke arah Alexa. Sekarang ni dia nak test kekuatan Alexa, benar ke wanita ni kuat seperti yang dikatakan? Ataupun hanya desas desus sahaja?
Kuda kuda silat dibuka. Sengaja mahu menunjukkan budaya melayu pada perlawanan kali ini.
Aryan memang tahu banyak jenis seni pertahanan diri, seperti silat, taekwondo, karate, Muay Thai dan banyak lagi. Bukan apa, semasa zaman persekolahannya dulu, dia pernah menjuarai pertandingan seni pertahanan diri bebas semasa peringkat negeri. Namun dia sengaja untuk tidak sambung sehingga peringkat kebangsaan dan antarabangsa.
Alexa menyerang Aryan dahulu. Dengan pantas, Aryan menangkap tangan kiri Alexa membuatkan Alexa terberhenti. Tapi dia tak putus asa, tangan kiri dihalakan ke muka Aryan, tapi sekali lagi dengan mudah, Aryan menghindar dari tumbukan itu.
Senyuman Aryan yang semakin membuat Alexa meroyan! Seakan akan mengejeknya. Walhal, tidaknya dia nak buat sebegitu.
Izriln yang menyokong dari tepi membuatkan Aryan terleka sebentar. Menyedari ada peluang disana, Alexa menahan kakinya ke tepi kaki Aryan. Sekali gus, Aryan terjatuh ke bawah.
Alexa tersengih sinis, tu la siapa suruh main main lagi. Muka Aryan bertambah masam. Merajuk!
Alexa yang memandang perlakuan itu, menghulurkan tangannya untuk membantu Aryan bangun. Dengan rela ya, Aryan menyambut tangan itu.
Bukk!
Alexa jatuh di atas Aryan. Badan dikunci dengan memeluknya. Alexa meronta ronta. Ishh, lain kali tak payah dibantu lelaki ini. Sengaja Aryan menarik wanita itu jatuh ke pelukannya.
Mata kelabu milik Alexa dipandang. Perlahan lahan, Alexa berhenti meronta apabila menyedari lelaki itu memandangnya. Mata tajam menikam ke arah mata lelaki itu. Aura gerun dan kejam menyelubungi tempat itu. Izriln yang bersorak pun terdiam melihat wanita itu cukup marah.
Namun, apa yang diminta yang lain pula dapat.
Aryan gelak melihat situasi itu. Dia tersenyum lagi.
"Ich liebe Dich, Dhyanda" ( I love you)
Sepantas kilat, kepalanya diangkat sikit lalu sekilas mencium bibir merah wanita itu.
Melihat Alexa yang terkaku itu, Aryan cepat cepat melarikan diri. Habislah, nanti dia kena belasah!
Izriln kembali menepuk tangan dan bersorak!
Alexa yang baru tersedar mengejar lelaki itu.
Gelak tawa mereka bertiga menghiasi petang itu.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
VoTe & coMmeNt
Hellooo, vote lah kalian semuaaa!!
Eheh!
silalah VoTe & coMmeNt (。ŏ﹏ŏ)
Share this novel