15| ARYANA

Action Series 22760

Izriln mundar mandir di depan pintu bilik ibunya. Rasa risaunya menjadi jadi. Sudah lama ibunya tidak sebegitu. Puan Hannah memang ada penyakit lemah hati. Rasa bersalah semakin menebal. Entahlah, dia takut.

Alexa pula duduk di sofa empuk berwarna kelabu. Kotak hadiah besar ditepinya dipandang ringkas. Walaupun seperti tiada perasaan, hatinya juga risau kalau bab bab nyawa orang ni.

Eh, Yang bunuh bunuh orang tu tak risau pula ya.

Tuan Fahrezzi terus sahaja balik apabila mendengar isterinya pengsan. Risau. Siapa tak sayang bini kan?

Pintu bilik Puan Hannah terbuka luas. Seorang Doktor lelaki muda berambut blonde keluar sambil tersenyum.

"Abang Dhe, macam mana mama?" Tanya Izriln kerisauan.

"She's okay, don't worry. She just too shock and tired" ringkas Doktor Dhe menjawab. Tiada apa yang dirisaukan sangat. Wanita berumur 48 itu masih berjaya mengatasi penyakit hatinya.

"Alhamdulillah" jawab Tuan. Bersyukur kerana Allah SWT masih memberikan dia masa bersama isteri tercinta.

Ya, dia tahu, bila bila masa sahaja nyawa mereka akan dicabut oleh Malaikat Izrail Sang Pencabut Nyawa. Hamba Allah yang membayangkannya sudah pasti kecut perut.

Rasullullah SAW juga mengalami ajal maut. Baginda yang ditarik nyawanya oleh Malaikat Izrail juga terlalu sakit walaupun Malaikat Izrail mencabut dengan lemah lembut. Apatah lagi kita sebagai hamba Allah yang biasa biasa. Keperitannya tidak dapat diungkap. Wallahualam. Semoga kita dapat berjumpa di syurga bersama sama.

Izriln berlari masuk ke dalam bilik. Katil ibunya di hampiri.

Aryan yang menemani Puan Hannah semasa tempoh rawatan tadi berundur untuk memberi ruang kepada ayah dan adiknya.

Aryan keluar dari bilik utama itu. Sofa empuk berwarna kelabu dihampirinya.

Dia duduk bersebelahan dengan Alexa. Wanita itu bermain main jarinya pada kotak hadiah.

Aryan tersenyum sekali lagi melihat perilaku Alexa.

"Dhyanda" Alexa menoleh ke arah Aryan.

"I'm sorry. If you hungry, awak boleh dinner dekat meja." pesan Aryan sambil menunjukkan dining room Di sebelah kanan.

Melihat wanita itu tidak bereaksi, Aryan mengeluh.

Memang tidaklah Alexa nak makan sorang sorang, lagi lagi dengan ibu Aryan yang tidak sihat.

Aryan mencapai pergelangan tangan wanita itu. Ditariknya ke arah dining room. Kerusi ditarik dan dia menolak Alexa duduk di atas kerusi.

"Eat" arah Aryan. Dan kali ini Alexa mahu tergelak. Kenapa nak paksa dia? Tak boleh ke berlembut lembut? Dan betul betul Alexa rasa nak kelar leher lelaki ni sekarang juga. Rasa rasanya lelaki ni lupa yang dia ni boleh bunuh orang bila bila masa je kalau dia marah. Dan sekarang, lelaki ini naikkan amarah dia. Benar benar menyakitkan hati!

Sudu dihempas ke atas meja melihat wanita itu berkeras diri.

Ahh.. It gonna worse!

Tangga dinaik. Bilik tidur menjadi tempat tujuan Aryan. Now.. dia betul betul buntu!

££££££££££££££££££££££££££££££££££££

Okey, sekarang Alexa nak pergi mana? Sekarang ni, semua dah tiada. Aryan dalam bilik dia. Izriln pun dah tidur. Maid tadi pun berlalu sahaja di tepinya.

Memang nak suruh Alexa tidur atas sofa dekat ruang tamu ni.

Seorang lelaki turun dari tingkat atas. Memandang Alexa yang termangu mangu dia atas sofa.

"Aryana" tegur Tuan Fahrezzi. Tersenyum melihat wanita itu.

"Kenapa tak masuk bilik lagi?" Tanya Tuan Fahrezzi. Pelik melihat wanita itu tidak berganjak ke mana mana.

Menyedari dia yang dipanggil lelaki itu, segera Alexa memandang wajah itu. Walaupun dikira berumur, kekacakan Tuan Fahrezzi memang tak boleh dipertikai lagi!

Memang patutlah anak dia macam tu....

Kalau tidak dikirakan agama, lengkap pakej Tuan Fahrezzi sebagai seorang sugar daddy Yang hartawan! Lagi lagi handsome pulak tu.

Woi, kau merepek apa ni Alexa!

"You call me? Emm.. Tuan panggil saya" kalau tidak diikutkan itu ayah 'penyelamatnya', sudah lama Alexa buat tak layan. Apa orang kata? Adab?

Orang sekarang adab dah melayang entah ke mana dah.

Tuan Fahrezzi mengangguk sekali.

"Emm, masuk bilik mana tuan?" Tergaru garu Alexa yang tidak gatal. Bilik mana eh? Seingat dia,tadi Izriln kata bilik tetamu ada, tapi tengah renovate. Satu lagi, Doktor Dhe yang masih single juga akan stay di rumah ni kalau salah seorang sakit untuk memantau untuk satu malam.  Dia nak tidur kat mana ni?

Ouhhh!!! Lupa!!

Bilik maid kan ada, maid tu kan perempuan. Bukannya lelaki. Bolehlah dia tumpang!

Takkan dia nak tumpang bilik Aryan atau Izriln pulak?

"Okey Okey" bisik Alexa. Alexa menuju ke bilik maid selepas menundukkan kepalanya sedikit ke arah Tuan Fahrezzi tanda hormat.

"Eh, kenapa Alexa pergi situ pulak? Kenapa tak naik bilik Aryan?"

Terberhenti kaki Alexa. Terkaku. Are you crazy? Nak masuk bilik lelaki tu. Dia lagi sanggup balik German kalau macam tu. Tak kisah lah kalau dia kena paksa kahwin ke apa.

Are you sure, Alexa Dhyanda Gabriella?

"Aryan keluar beli barang" Ooo... Bulat mulut Alexa tanda faham. Lepastu, mesti dia tumpang bilik Izriln kan?

Wait, ada orang ke yang beli barang pukul 11 malam ni? Emergency kutt.

"Okay, thank you" gumam Alexa. Entah dengar ke tidak kan. Tak kisah lah, dia dah penat nih! Nak mandi dulu!

Bilik Aryan yang berada di hujung tingkat atas dituju. Pintu bilik dibuka senyap senyap. Kalau boleh, tak nak sesiapa pun dengar! Lagaknya bagai pencuri yang memecah masuk rumah dah!

Pintu bilik dikunci betul betul. Safety yang paling penting!

BAMMMM!!

Alexa selamat terbaring di atas katil. Merenung siling bilik yang berwarna kelabu.

Okay! Alexa rasa dah wangi. Malas dah nak mandi!!

Ngantuk mulai terasa.. Kelopak mata Alexa meronta ronta mahu tertutup rapat.

Kelopak mata tiba tiba dibuka seluas luasnya! Bingkai gambar pada meja kerja dipandang.

DUP DAP DUP DAP

Jantung Alexa mengepam laju.

Tergetar getar tangan Alexa hendak memegang gambar itu.

Terduduk.

Alexa terduduk di atas lantai.

Kelopak mata menjadi kolam pada air mata yang mula menurun.

Dan.

Teresak esak Alexa Dhyanda Gabriella menangis sambil memeluk gambar itu.

"Aryana?"

WAIT FOR NEXTT!!

FOLLOW, COMMENT AND VOTE!

p/s: maaf ep ni lmbat eheh! Kawan saya kacauuu!!

maap lambattt

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience